Wednesday, August 1, 2012

WOW Day 3

-Wonderful Overseas Weekend (WOW)
-Day 3 (15/7/2012)
-UPM, Serdang


Bismillahirrahmanirrahim...


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) Orang-orang yang apa bila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (seseungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"

(Surah al-Baqarah : 155-157)




Inilah ayat al-Quran yang pertama aku belajar dalam kelas Tafsir al-Quran yang pertama waktu aku form 1. Nama Ustazah yang ajar aku waktu tu, Ustazah Huda, asal Negeri Sembilan. Form 2 dengan Form 3 dapat Ustaz. Form 4 aku angkat kaki terus daripada sekolah itu. haha. Ustazah Huda ajar kami supaya ubah stigma masyarakat, tak ada lah bila orang mati je baru boleh sebut. Kalau cakap pada situasi-situasi yang lain je kena pandang serong , kena cemuh sebab doakan orang mati awal. Alahai !



Berbalik kepada cerita WOW, tengah aku sedap-sedap mengosok gigi, terdengar ada musibah yang berlaku kepada Muhammad dan keluarganya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ouh ya, si Muhammad ni plan nak datang ke WOW pada hari ketiga dan keempat je, sebab dia ada kenduri-kendara pada hari-hari sebelumnya. Jadi, bila aku terdengar berita macam itu, terfikir sejenak dua, kalau aku yang terkena, aku pergi tak ke program WOW ini. Kata orang kalau ada orang ditimpa musibah, jangan simpati tetapi empati. Sebab perasaan menagih simpati tu tak berapa best sebenarnya. Jadi, punya lah aku bayangkan aku dalam situasi dia, tup tup dengar yang dia sedang dalam perjalanan ke Serdang. Datang pula sengih je memanjang. haha. SubhanaAllah, waktu itu macam-macam yang berputar-putar dalam kepala otak ini, konsep redha, sabar, konsep rezeki dan bala, konsep kepentingan ilmu. Asyik-asyik fikir yang hilang yang tak dapat, tapi yang sudah ada depan mata, yang dah pun kita rasa nikmatnya selalu tak kita syukuri. (Ini tempelak khas untuk diri sendiri). Untuk info dan details yang lebih lanjut boleh lah rujuk blog beliau sendiri. Klik sini. InsyaAllah kita doakan Muhammad dan keluarganya tabah dalam menempuh dugaan ini dan semoga rezeki mereka berlipat ganda lagi pada masa akan datang. Ameen.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

- Wisewords 5 - Communication with Non-Muslims

- Shahkirit Kalkulal Govindji

Berbalik kepada WOW ya, kawan-kawan.





Kenal tak hero dekat atas ini? Inilah seorang yang aku rasakan sangat-sangat hebat. Boleh kata taiko dalam bidang comparative religion ni. Shahkirit Kakulal Govindji atau lebih selesa, dia kata, dipanggil Bro Shah. Aku pernah juga join Friendly Comparative Religion (FCR) ini suatu masa dahulu, waktu tu dekat Kolej Mara Seremban. Dan pernah juga dengar talk dia di Masjid Hidayah, Shah Alam. Sangat sangat menarik. Waktu tu kebenaran tentang agama memang betul-betul depan mata, satu per satu agama kami kaji, Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan juga Atheism. Keyakinan yang ada bertambah-tambah. Aku ada terjumpa blog lama dia, mungkin dia ada blog baru ke apa ke tu aku tak pasti. Tapi InsyaAllah, ilmu yang ada dalam tu valid dan relevant



Jadi, waktu program WOW tu, expectations memang tinggi lah dan memang dia tak pernah kecewakan aku. Banyak betul ilmu yang boleh dipelajari. Jadi, untuk sesi WOW yang dua jam je tu, kami diajar untuk mingling dengan orang di sana nanti. Bercakap pasal Isu perbandingan agama ini, Bro Shah kata, orang Malaysia tersangatlah sensitif, macam-macam cerita mitos yang direka. Tak salah sebenarnya kita nak belajar tentang agama lain. Tak ada nya kita pegang bible habis terlupa al-fatihah, lidah terkelu tak boleh mengucap, air holy water lah. Alahai ! mitos berganda-ganda. Belajarlah dengan yang pakar. InsyaAllah, iman yang ada akan menjadi lebih kukuh. 



MALAYSIAN  VS  WESTERN


Dikatakan orang-orang Malaysia sangat sensitif bila sebut pasal agama, yang ada tidak boleh dipertikai, tak boleh ambil tahu hal ehwal agama orang lain, tak boleh dipersoal hal ehwal agama. Kalau masyarakat Barat pula berfikiran terbuka, bebas untuk berbincang pasal agama, bebas dan tak kesah dipertikai dan dibahas apa yang mereka anuti TETAPI kebanyakannya tidak berminat pasal agama. Kristian pun pada nama, bible pun entah pernah buka atau tidak. Muslim zaman sekarang ini pun apa kurangnya. *sigh* Sebab tu ramai daripada mereka lebih selesa menjadi atheist, pilih untuk tidak mempunyai agama dan Tuhan. 


"Since there is no demand, we must create the demand first only then we can supply them with the goods"
-Bro Shah-


Kita kena suntik atau jentik hati mereka agar datangnya minat untuk berbincang tentang agama. Jadi, untuk berdakwah dan menarik mereka ke jalan yang benar, kena ada strategi. Tak lah menonong datang menerpa mereka yang sememangnya tak kisah pasal agama, lepas tu cerita pasal agama. Hujah pulak semua quote daripada al-Quran. Mana boleh terjah sembrono macam itu. Tak boleh. Tak boleh. Kita kena ada ilmu dan strategi baru boleh approach. Dakwah itu ada banyak cara, mungkin peringkat permulaan kita mula kan dengan akhlak, lepas kita dah dapat kepercayaan mereka baru kita buka langkah. Tak pun kita gunakan potensi yang ada. Tak pun guna teknik-teknik FCR. Okay, untuk makluman semua, FCR ini macam kursus. Anda boleh ikuti bila-bila anda mahu. Ada 3 fasa: teori, debat (kalau tak silap) and the third phase, pergi ke gereja atau tempat-tempat keagamaan. Kalau berminat boleh lah hubungi 013-6159030 (Bro Mas-Yuri). 



'Katakanlah (Muhammad) "Wahai Ahli Kitab! Marilah (kita) menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka), "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang Muslim" ' 

(Surah al-Imran : 64)



Bak kata Bro Shah, cari titik persamaan bukannya perbezaan. Cari topik yang sama antara kita dan mereka. FYI, kalau kita rujuk al-Quran, Tuhan itu satu. Keterangan yang sama ada disebut dalam Bible dan juga kitab Veda. Untuk tahu points yang lebih banyak lagi kena lah ikuti program FCR ini. Sebab dalam WOW ini Bro Shah cuma sempat cover macam mana nak approach dan berhadapan soalan orang-orang di sana. Nama pun pre-departure program. Jadi, kami lebih banyak berbincang tentang atheism and agnosticism


Atheism VS Agnosticism


Atheism dalam bahasa mudahnya ialah ketidak percayaan kepada Tuhan. Atheist adalah orang yang percaya Tuhan itu tidak wujud. Agnosticism pula, ketidak pastian akan kewujudan Tuhan. Mereka tidak yakin adanya Tuhan kerana kononnya kurang bukti-bukti yang kukuh berkenaan kewujudan Tuhan. Jadi, kata Bro Shah, nak bersoal jawab dengan mereka tak boleh lah berpandukan al-Quran, Bible apatah lagi Veda, tetapi kena guna logik dan sains. 


Bagi yang belajar biology, mesti arif pasal konsep mutasi. Sebenarnya, kata Bro Shah, hampir 90%  mutasi membawa kesan yang buruk dan berbahaya dan selebihnya tidak membawa apa-apa kesan. Tiada mutasi dalam dunia ini yang boleh membawa evolusi. Macam yang dijadikan teori, kononnya binatang yang terbang di udara telah berevolusi daripada dinosaur yang mengejar lalat. Ada juga theory yang mengatakan yang dinosaurs ni lari laju sangat-sangat sampai satu masa tangan bertukar jadi kepak dan lagi satu theory kata dinosaurs ini terjatuh daripada pokok dan belajar  dan develop kepak untuk terbang. Sila rujuk sini




Kalau binantang-binatang laut macam ikan paus pula dikatakan evolve daripada binatang imaginasi di atas ini. Sebab selalu makan ikan dan berendam dalam air bila berada dalam bahaya, ianya berevolusi kepada ikan paus. Yang menjadi persoalan ialah binatang yang intermediate itu, bentuk nya macam mana? Separuh bernafas dengan paru-paru dan separuh lagi dengan insang? Boleh ke berfungsi? Banyak sangat teori yang masih kabur dengan konsep evolusi ini. Jadi, kalau nak tahu lebih dalam pasal "cerita-cerita" evolusi ini, rajin-rajin lah klik search box. hehe. 


Kesimpulannya, nak berhadapan dengan mereka nanti kita kena ada at least the basic idea about this thing. Barulah boleh berhujah dan berbahas, lepas tu dapat alihkan perhatian kepada kehidupan beragama dan alihkan lagi dengan kehidupan seorang Muslim. Ouh ya, kalau nak tengok video perbahasan pasal agama ini boleh search di youtube "ahmad deedat" ataupun "dr. zakir naik" ataupun selongkar page dr. zakir naik ini.


Di akhir sesi beliau, ada Q&A, banyak sangat soalan yang ditanya dan dijawab dan masih banyak juga yang tak sempat disoal. Tapi biar aku bincang satu soalan pasal konsep keadilan.


"Adilkah Allah bila dia ciptakan manusia itu lahir dalam agama yang lain-lain? Lahir-lahir Islam, walaupun dia banyak buat dosa tapi lepas dihukum di neraka dia akan masuk ke syurga. Yang dilahirkan bukan Islam, walau dia banyak buat kebajikan tapi tetap dia masuk neraka"


Pertama kita kena tahu yang syurga itu milik Allah, siapa yang bakal menghuni nanti, itu hak mutlak Allah. Yang dilahirkan Islam tidak semestinya mati sebagai Islam dan sebaliknya. Lagi satu bukan semua non-muslim adalah kafir ! Kafir adalah mereka yang apabila disampaikan Islam, dia menolak. Jadi, andai kata orang yang hidup di kutub utara, atau orang asli yang  menetap betul-betul di tengah hutan dan Islam tidak pernah sampai kepadanya, dia bukan kafir. Lagi satu, sebagai Muslim itu menjadi tanggungjawab kita untuk membimbing sahabat-sahabat kita ke jalan yang benar. Takkan nak mereka panggil kita di Mahsyar nanti, 


"Ya Allah, mereka ini hidup bersama ku, belajar bersama ku, tetapi tak pernah mereka mengajarku tentang Islam, tidak pernah mereka membincangkan tentang Islam. Maka heretlah mereka bersama-sama denganku ke nerakaMu"


Bila terfikir macam itu, masyaAllah banyak sangat ilmu yang perlu dimantapkan dan dipelajari.  Banyak lagi tanggungjwab tak tertunai. Selama ini dah banyak yang aku tertinggal. Orang dah berlari 400m, aku baru nak belajar imbang badan nak berdiri. Haish.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lepas saja sesi Bro Shah, ada sesi dengan exco pendidikan Selangor Dr. Halimah Ali. Secara peribadinya, beliau seorang yang sangat mantap personalitinya. Hebat dalam beragama dan gah dalam profesionnya. Ada banyak perkara yang dia utarakan macam program S.P.I.E.S. Boleh rujuk blog beliau di sini. Beliau sangat-sangat tekankan agar utamakan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. 


"Di mana bumi dipijak, di situ Allah dijunjung"


Sebenarnya ada banyak lagi benda yang dia cakap tetapi atas sebab-sebab tertentu, fokus aku hilang sedikit demi sedikit bila ada masuk unsur-unsur politik. Kelemahan diri aku sendiri sebenarnya, memanglah, beliau kan ahli politik mestilah berpolitik baik secara jelas atau kinayah. Aku yang tak pandai memilih apa yang perlu dan apa yang aku mahu. Maaf ! Kena belajar lagi ini ! 


Bergerak ke event seterusnya, which was session with universities representatives, time tu sedih campur terkesima terkedu terkelu semua lah, sebab untuk Muslimin yang akan ke RCSI, 3 orang je. huhu. Walaupun sedikit, kami tetap gagahkan diri penuhi slot yang ada. haha. Banyak lah benda yang dikongsi oleh Akhi Aizuddin, senior Intec aku, dan beberapa lagi akhi yang aku terlupa namanya. Daripada perumahan, sewa rumah, belanja bulanan sampai lah ke module, peperiksaan, dan exam di RCSI yang kami bincangkan. Memandangkan tak semua pun akan ke RCSI, jadi sesiapa yang ada persoalan boleh lah tanya kepada aku. Kalau aku tahu aku akan jawab, kalau tidak InsyaAllah aku akan tolong cari orang yang mampu untuk jawab. Ada orang kata UCD lagi best dan sempoi dari RCSI, tapi bagi aku, InsyaAllah pilihan yang aku buat, aku rasakan tepat. Jadi, sangat lah berharap agar keputusan a-level 16 haribulan nanti melayakkan aku untuk mengkaji lebih dalam lagi ilmu Allah ini. :)


Selesai solat Asar, ada Travellers' Fiqh session. Serius banyak input baru yang aku dapat. Aktiviti dia macam ini. Ada beberapa checkpoints yang perlu kami lalui. Dan di setiap checkpoint ada tugasan yang diberikan oleh fasilitator. Checkpoint satu pasal hukum solat berjemaah dengan orang Syiah. Jawapan yang ini, aku simpan dalam WOW Day 4 sebab Ustaz Hasrizal pun ada bincangkan topik yang sama. Checkpoint kedua tentang makanan yang halal dan haram. Nama-nama yang kita tak biasa seperti bacon, spirit vinegar, salami dan E-code, yang itu kena ambil tahu ya kawan-kawan. Jangan nak bergantung harap pada logo halal je, kata nak halal wa toyyib, kita kena lah bijak memilih. Perhatikan ingredients yang ada biar kita betul-betul yakin dengan apa yang kita suakan ke dalam mulut kita. Di sini aku ada tempelkan satu laman web yang mengkategorikan E-code sama ada halal, haram atau pun syubhah. Bukan E-code je, ingredients biasa pun ada disenaraikan. Check it out ! Di checkpoint yang ketiga, kami diterangkan pasal urusan perbankan dan pengurusan kewangan dan yang keempat, berkaitan solat. Yang ini menarik sikit. Mula-mula, tentang menentukan arah kiblat, memandangkan semua dah biasa dengan cara-cara tradisional macam melihat matahari dan sebagainya, fasilitator tunjuk guna app je. Kan dunia di hujung jari je sekarang ni. hehe. Seterusnya, okay ini serius benda baru pada aku, penggunaan khuf. 




Inilah khuf. Sarung kaki yang diperbuat daripada kulit. Ianya merupakan salah satu rukhsah yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Di bawah ini aku ada paste kan details pasal khuf. Aku ambil daripada sini. hehe. Memandangkan dah ramai yang bercerita, dan yang mereka tulis lagi lengkap, jadi aku Ctrl+C dan Ctrl+V je lah.


Apa itu khuf?
Khuf ialah sesuatu yang diperbuat dari kulit yang dipakai menutupi dua buku lali ke atas seperti stokin. Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan 4 mazhab,samada ketika musafir,mukim,darurat ataupun tidak.Ia menepati basuhan 2 kaki di dalam wudhuk.
Khuf=stoking?
Yang menjadi tanda Tanya pastinya dalam hati kita adalah, di mana mahu di cari penutup kaki sebegitu rupa? Kalau stoking biasa pula bagaimana?
Menurut Hambali,Muhammad bin Al-Hassan dan Abu Yusof dari Hanafi, boleh. Termasuk stokin biasa. Menurut Abu Hanifah,Maliki dan Syafi’e yang boleh dengan syarat tambahan. Syarat khuf yang ditetapkan oleh imam Syafie untuk mereka yang berstokin adalah :
1- Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang/ rapat jalinannya sehingga ia boleh digunakan untuk berjalan dengannya.
2- Hendaklah ia dipakai dengan kasut
Syarat sah khuf
Terdapat 2 syarat utama penggunaan khuf.
1- Khuf itu suci(bersih dari sebarang najis)
2- Memakai khuf dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar(selepas wudhu’)
Cara Menyapu Khuf
Ambil wudhuk seperti biasa, cuma gantikan rukun basuh kaki kepada berikut:
1- Basahkan tangan dan renjiskan ke tepi
2- Sapukan tangan pada sebelah atas khuf memadai dengan sekali sapuan saja.Tapak kaki tidak perlu disapu.
Perkara Yang membatalkan Khuf
1- Semua perkara yang mewajibkan mandi hadas seperti berjunub, haidh dan nifas.
2- Tamat tempoh yang dibenarkan khuf(3 hari  3 malam bagi musafir, 1 hari 1 malam bagi yang bermukim)
3- Batal apabila menanggalkan khuf. (*menanggalkan stoking setelah berniat khuf akan membatalkan khuf)
Adakah khuf juga relevan di Malaysia?
Hukum menyapu ‘khuf’ boleh aplikasikan di Malaysia bahkan di mana-mana sahaja dalam dunia ini. Anggota tentera merupakan golongan yang banyak mengamalkan hukum ‘khuf’ di Malaysia.
Ulama besar Imam an-Nawawi telah berkata: Telah ijmak ulama (di kalangan mereka yang dikira ijmak mereka) bahawa harus menyapu ke atas ‘khuf’ bagi seorang yang bermukim atau bermusafir samada disebabkan oleh keperluan atau pun tidak sehingga harus menyapu ‘khuf’ bagi seorang wanita yang hanya tinggal di rumahnya. Wallahu A’lam.
Hadis-hadis yang menyebut tentang ‘khuf’ tidak membataskan aplikasinya di tempat-tempat tertentu sahaja.


Untuk info macam hadis yang berkaitan, pandangan ulama', video cara menyapu dan penjelasan pasal penggunaan stokin, boleh rujuk sini pulak. Berguna kan? Lepas ni boleh lah terus diamalkan. Habis daripada ini, kami bersiap sedia untuk solat Asar. Setiap kumpulan diberikan 2 botol mineral kecil untuk berwuduk. Sekali lagi diingat kan group aku ada 9 orang. Lepas tu, fasilitator aku pulak buat catuan air, lastly, kami berwuduk dengan separuh je daripada 1 botol air itu. Sebenarnya kalau buat betul-betul, tak perlu pun air yang banyak. Kan? Selesai berwuduk, kami solat bersama di court.


*pelakon upahan: aiman dan munziaq ! haha.*


*syahdu bila tengok gambar ini*


Selepas solat Maghrib ada perkongsian daripada Dr. Adiba. Beliau pun seorang yang mantap. Zaman-zaman dia belajar dulu, jadi exco fakulti perubatan tu, lepas menang election. Hebat betul ! Yang dia tekankan, dalam apa jua perkara yang kita buat mesti ada passion, barulah kita tak rasa penat, malas, putus asa dan sebagainya. Buat kerja kerana Allah, bukan kerana manusia. Barulah kita tak rasa penat, tak rasa muram bila tak dihargai, tak rasa terkilan bila tak dipuji. Biar lah sapi ke kerbau ke seladang ke hatta beruang kutub dapat nama pun kita tak kisah kalau kita bekerja kerana Allah. Aku seronok lah dengar apa yang dia kongsikan, ye lah dia kan doktor, so, memang contoh yang hebat lah. Perkongsian pengalaman menyaksikan pesakit menghadapai sakaratul maut, detik kematian pesakit, kehadiran malaikat maut (walau kita tak nampak, tapi kita dapat tengok mimik wajah orang tu), dan detik nak mengumumkan kematian pesakit kepada keluarga. InsyaAllah, kalau tak ada aral yang melintang, benda ini semua pun akan aku lalui juga. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-Wisewords 6 - Clinic for the Heart
-Ustaz Dusuki


"Sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasadnya. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Dan daging itu ialah hati".



Talk daripada Ustaz Dusuki ini sangat compact dan precise. Jadi, aku dapat salin dengan lengkap, teratur dan efisyen. haha. Okay, mula-mula nak bincangkan pasal hati. Kenapa perlunya menjaga hati ? Kenapa hati bukan otak ? Kenapa hati yang diutamakan berbanding anggota tubuh yang lain ? 


Sebab-sebabnya adalah:

1. Allah tahu isi hati hambanya. 
   (Jadi, belajarlah untuk malu dengan Allah. Jangan suka fikir yang bukan-bukan.)


2. Hati adalah tempat pandang Allah, bukan luaran kita.

    "Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa kamu tetapi Allah melihat pada hati kamu".


3. Hati adalah raja kepada anggota badan yang lain.

   Abu Hurairah juga melaporkan dalam sebuah hadis:

"Hati adalah umpama raja dan anggota badan adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga"


4. Hati juga adalah medan pertempuran syaitan dan malaikat. 
   (Dalam solat, adakah hati kita bertadabbur dengan ayat-ayat yang dibaca atau kita khayal    ...dengan cerita-cerita yang dibisik syaitan)


5. Hati adalah tempat simpan iman. 
   (Takwa pula adalah antibodi untuk iman. Ianya yang menjaga iman dan hati)


6. Hati senang berbolak-balik.
   (Oleh itu, marilah kita cuba amalkan doa ini:

"Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi 'Ala Diinik"
"Wahai zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agamaMu"



7. Hatilah yang mengubah kita daripada menjadi ahli syurga kepada ahli neraka dan sebaliknya. 
(Jasad itu tidak berubah, tetapi hati boleh berubah waktu sakaratul maut, dek kerana godaan syaitan.)



Oleh itu, kita haruslah menjaga hati kita ini. Cara-caranya adalah:

1. Ikhlaskan diri kerana Allah dalam setiap perkara. 
   (Tidak mengharap balasan daripada manusia. Sila rujuk kisah Penebang pokok dan Syaitan di sini. Ianya juga berkaitan dengan keikhlasan.)


2. Biasakan diri dengan taubat.
3. Jangan tinggalkan al-Quran.
4. Banyakkan berzikir.
5. Sedekah sebanyak mana yang kita mampu.
6. Doa untuk membersihkan hati dan ditetapkan hati pada jalan Allah.
7. Cari guru yang murabbi.
8. Perlu ada sahabat yang soleh. 


Sekian. Jagalah hati jangan kau kotori ~~


Rasanya post kali inilah yang tak berapa banyak elaboration dan agak padat dengan info, link sana sini. Harap dapat manfaat untuk aku dan yang membanca. Wallahua'lam.


1 comment:

  1. menarik2... :) banyak tersentap aku baca post ni, especially part hati. banyak muhasabah diri. kadang2 terlalu banyak dalam benak fikiran ni... :3

    ReplyDelete