Saturday, July 28, 2012

Bekalan Untuk Muslimah #2


-Khutbah Jumaat "Badar al-Kubra : Peristiwa dan Pengajaran"
-Masjid Jalan Kebun
-27/7/2012 bersamaan 7 Ramadhan 1433


Bismillahirahmanirrahim.






Pinjam logo ini kejap. B.U.M stands for Bekalan Untuk Muslimah. hehe. Alhamdulillah hari ini dapat ke masjid awal sikit sebab customer tak berapa ramai sangat. So, dapat lah dengar tazkirah pendek sebelum khutbah Jumaat. Perkongsian yang menarik dan 'terkena' pada aku. 


Ustaz tu membincangkan tentang amalan yang dituntut, baik di bulan Ramadhan ini ataupun bulan-bulan yang lain. Cuma kalau dipraktikkan di bulan Ramadhan ini, berganda lah pahala.  Ye dak? Antaranya ialah menuntut ilmu. Rasanya semua dah sedia maklum yang:


"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)



Cuma yang nak ditekankan oleh Ustaz tadi ialah menuntut ilmu agama. Kita habiskan masa berpuluh-puluh tahun untuk menuntut ilmu dunia, 2 tahun tadika, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 2-3 asasi/matrikulasi/diploma, 4 tahun ijazah, 3 tahun master dan mungkin dalam 3 tahun lagi phd. Dalam puluhan tahun itu, berapa lama yang kita luangkan untuk menuntut ilmu agama ? *speechless* Kita belajar dalam 25 tahun untuk kegunaan hidup 30 tahun bekerja. Tapi kita kadang-kadang terlupa untuk belajar ilmu agama untuk kegunaan di sana yang kekal abadi.  Kejap-kejap sebelum diserang, saya nak quote kata Ustaz Ridha dulu:


"INGAT...belajar bidang agama di universiti tidak menentukan ketinggian iman seseorang. Belajar bidang 'duniawi' tidak menentukan 'kekufuran' seseorang. Andai engkau belajar agama tetapi mengamalkan kekufuran pada Tuhan, engkau lebih tercela berbanding binatang. Carilah iman dalam hati dan amalan seharian"




Jadi yang dimaksudkan di sini tak semestinya belajar ilmu agama secara formal, yang pergi dengar ceramah, majlis-majlis Ilmu, baca blog Islamik, baca buku-buku agama pun dah dikira mendalami ilmu agama Islam. 


“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu"
Riwayat At-Tabrani


Bak kata Ustaz itu, kalau syurga dunia pun tak nak jejak, macam mana nak ke syurga yang sebenarnya. Ilmu lah yang akan memandu kita ke Jannah. Ouh ya, aku ada satu pengumuman sekejap, sesiapa yang berada di kawasan masjid jalan kebun ini, malam tadi dengarnya ada sebuah perkongsian ilmu daripada Ustaz Amirullah (kalau tak silap, macam itulah namanya) yang diterbangkan daripada Indonesia. Katanya, walau tidak mempunyai kaki tapi masih gigih berdakwah. SubhanaAllah, rasa kerdil je kalau nak dibandingkan dengan diri sendiri walaupun ada kaki yang panjang. Di Kebun Baru pulak ada talk daripada Syeikh Nuruddin. Juga seorang daie yang hebat. Jadi, kalau ada sesiapa yang berpeluang ke masjid-masjid tersebut mohon dapat share dapatan daripada majlis tersebut.


Berbalik kepada topik khutbah,


Selingan sekejap, seronok lah tadi dekat masjid, sebab daripada khatib, bilal, dan yang  angkat meja, pasang mic dan sebagainya semua muda-mudi. Cerah masa depan kalau belia sebegini yang mentadbir negara.


Tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah telah berlakunya Perang Badar al-Kubra. Ianya berlaku setelah Nabi Muhammad s.a.w mendengar khabar bahawa qafilah Quraisy di bawah kelolaan Abu Sufian bin Harb on the way pulang ke Mekah. Nabi dan 313 sahabat keluar ke Badar untuk mengambil barangan qafilah tersebut sebagai gantian kepada harta-harta orang Islam yang telah dirampas selepas mereka berhijrah ke Madinah. Walaupun qafilah tersebut  sebenarnya terselamat daripada sekatan yang dibuat oleh Nabi Muhammad, tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal still mahukan peperangan. Selepas bermusyawarah dengan sahabat daripada Muhajirin dan Ansar, nabi Muhammad bersetuju untuk berperang dengan kafir Quraisy. Para sahabat waktu tu semuanya berikrar taat setia untuk berdiri bersama Rasulullah dalam menghadapi 1000 tentera Abu Jahal.


Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan itu, Nabi Muhammad s.a.w berdoa dengan penuh pengharapan :


"Ya Allah! Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau 
janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang 
dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, jika binasa pasukan
yang kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi 
selepas ini"


Peperangan bermula dengan perlawan 3 on 3. Di pihak Islam, Ubaidah bin Harith, Saidina Hamzah dan Saidina Ali dan di pihak kafir Quraisy ada Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan al-Walid bin Utbah. Dengan izin Allah, ketiga-tiga pahlawan Islam memenangi perlawanan tersebut. Lepas tu, barulah berlaku peperangan yang sebenar. Disebabkan jumlah tentera Islam yang sedikit, mereka hanya bertahan. Rasulullah time tu tak putus-putus berdoa kepada Allah. Dan Allah hantarkan tentera malaikat untuk turun membantu orang Islam. 


"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan  kepada Tuhanmu 
lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan 
mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang 
datang berturut-turut"
(Surah al-Anfal :9 )




Waktu tentera musuh habis terpancung terputus tangan semua, mereka dan tentera Islam sendiri tak nampak tentera bantuan tersebut. Waktu itu jugalah Abu Jahal telah dibunuh. Dengan kematian ketua mereka, perang pun berakhir. 70 musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan. Di pihak Islam, 14 tentera mati syahid di medan pertempuran. Penduduk Madinah waktu begitu gembira, mereka bertakbir dan bertahlil kepada Allah atas kemenangan tersebut. Peristiwa inilah yang menjadi titik tolak kepada perkembangan agama Islam. Umat Islam dipandang tinggi dan tidak lagi sebagai kaum yang boleh ditindas. 



Secara ringkasnya, pengajaran yang nak disampaikan oleh khatib ialah:
  • Kesediaan tentera Islam untuk berkorban demi agama.
  • Kepentingan mesyuarat dan mendengar pendapat semua pihak.
  • Keimanan yang tinggi. Berdoa dengan penuh pengharapan.
  • Strategi perlu dalam apa jua tindakan yang ingin dilaksanakan.
  • Yakin dengan Allah walaupun dalam keadaan yang nampak seperti mustahil.

Itu saja kut untuk B.U.M kali ini. Ada yang bertanya kenapa dikhususkan untuk Muslimah. Secara amnya untuk semua muslimin dan muslimat, tapi khususnya buat kaum Hawa yang tak berkesempatan mendengar khutbah dan juga untuk muslimin yang berada luar daripada Selangor. :)

Wassalam.










Thursday, July 26, 2012

WOW Day 2

-Wonderful Overseas Weekend (WOW)
-Day 2 (14/7/2012)
-UPM, Serdang


Bismillahirrahmanirrahim... 



Alhamdulillah dapat jugak publish yang kedua. Tapi aku nak cakap-cakap awal-awal, hari kedua ni, ada banyak gangguan sikit jadi fokus pun kurang, mungkin aku je agaknya, orang lain semua okay je.




Katil dekat Blok Kalui tu sedap sangat agaknya sampai tak dapat nak bangun Qiamullail tapi Alhamdulillah Subuh semua tip top. Jadi, biasanya selepas Subuh dan ma'tsurat ada macam usrah sekejap. Naqib kumpulan adalah senior-senior fasilitator yang semuanya mantap dari segi akademik, agama dan sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar. Ciri-ciri orang yang hebat ! Salute lah ! Fasilitator aku, Kumpulan 6 adalah Akhi Haziq dan Akhi Johari, si pengantin baru. Baru seminggu kahwin, merah lagi inai kat jari, dah datang jadi facilitator kami. Pengorbanan yang besar tu. Kalau tak silap dua-dua daripada UCC kut. Univesity College of Cork, Ireland.


So, usrah kami, atau nama bombastik nya Wonderwall, bincang macam-macam benda lah. Aku ingat lagi first Wonderwall kut. Kami diberi tugasan untuk habiskan sebiji epal yang digantung dengan tali, hanya dengan menggunakan mulut tak boleh guna tangan. Lepas tu, kena habiskan dalam masa 2 minit. Epal tu dah lah berpusing-pusing. So, at last, we decided to eat in a pair. Seorang tahan seorang lagi makan. FYI, kumpulan kami ada 9 ahli. So, kenyang lah semua dengan buah epal tu. haha. Di akhir rancangan program, kami diminta untuk ketengah kan apa yang kami dapat. Aku punya jawapan lok lak sangat. Sebab time tu macam blur-blur sikit. haha. Orang lain jawab kerjasama, maximize pancaindera yang ada, aku jawab UKHUWAH AIR LIUR ! Lepas tu, semua tergelak besar. Nasib baik cover baik punya. Aku explain yang ukhuwah ini ada banyak tahapnya, mula-mula kita kenal nama kawan-kawan, lepas satu jangka masa, kita naik lagi satu tahap, dapat borak gelak-gelak tepuk tampar dan sebagainya. So, ukhuwah yang paling tinggi aku cakap, ukhuwah air liur, sebab bila dah betul-betul baik dengan seseorang tu barulah kita dapat kongsi makanan dengan orang tu. Betul kan? kan? So, aku cakap since kita baru je datang ke WOW dan nama pun masih ingat-ingat lupa, kiranya facilitators WOW ambil jalan pintas untuk rapat kan ukhuwah kami dengan terus ke tahap yang tinggi. So, kalau yang tahap tinggi pun dah boleh cover, yang bawah tu apatah lagi. Semua pun tertunduk-tunduk mengiyakan, okay lah agaknya jawapan aku.


Lepas breakfast, ouh ya, makanan yang disediakan ala-ala BTN sedap dan banyak. Sesuai lah dengan perut aku. Lepas breakfast ada macam LDK (Latihan Dalam Kumpulan), yang dipanggil W.A.R, aku tak tahu it stands for what, aku assume it stands for WOWs Are Rawks ! haha. Dalam sesi W.A.R itu, setiap seorang kami ditunjukkan dengan sekeping gambar. Kami diminta untuk describe apa yang kami nampak. Gambar kemudian di-zoom out dan orang kedua pulak kena explain and so on. Akhirnya, gambar pertama itu macam dah dekat microscopic level. Punya lah banyak zoom out, ada lah dalam 20 kali zoom out. So, basically, this tells us not to jump into conclusion before we understand the thing completely. Do not judge a picture if you do not know the whole story. Lebih kurang macam tu lah. Banyak lagi pengajaran yang boleh didapat tapi I give you the chance to figure it out. Sambung kan synapses yang ada ! Fire up your neurons ! 




Lepas a cup of morning tea, eceh, akan ada talk by Ustaz Ridha. Lamanya tak jumpa ustaz. Hati peserta-peserta Intec masing-masing dah berbunga dah nak dengar talk daripada Ustaz. So, sebelum talk tu aku dengan Qimi meluru ke tandas. Perut memulas sikit sebab makan sambal nasi lemak banyak sangat kut. Di tengah-tengah "acara", black out pulak Blok Kalui tu. Ahhhh.... Sudah, dah lah gelap-gelita blok yang tak berpenghuni itu. Cepat-cepat aku settle kan aktiviti tertangguh, berlari masuk ke dewan. EH, rupa-rupanya satu Kolej Kelima blacked out. Makanya, kejap lagi bergelap dan berpanas lah talk kami. Redha saja lah...




------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-Wisewords 2 - The Ambassador
-Ustaz Ridhauddin



Macam biasa sebelum ustaz nak masuk ke isi kandungan talk, ustaz pecahkan dulu peserta-peserta yang berpuak-puak. Kalau zaman-zaman dekat Intec, ustaz suruh pisahkan diri daripada kelompok negeri masing-masing. Yang Kelantan asyik duduk dengan geng-geng Kelantan je. Tak pun pecahkan assabiah sekolah. Yang SASER duduk dengan budak-budak SASER. Tak pun duduk dengan housemates dan classmates masing-masing. Macam aku zaman dulu-dulu. So, kan macam tak berkembang jaringan sosial kita. Dekat WOW ustaz pisahkan kami mengikut kumpulan dan tak boleh duduk bersebelahan orang yang sama kolej. Barulah peserta-peserta ini evenly distributed dalam hall tu. Inilah salah satu ciri-ciri seorang duta atau ambassador. Berkebolehan untuk bercampur gaul dengan orang lain dalam masa yang singkat. Aku ada seorang kawan yang macam tu, dia punya social network besar sangat. Lepas tu, nak campak ke mana pun tak ada masalah aku rasa. Peramah dan mesra alam. Inilah salah satu benda yang aku nak master daripada dia. Aku dah pun cuba belajar senyap-senyap daripada dia. Cuma tak handal lagi lah. Anda semua mesti tertanya-tanya siapakah insan tersebut kan? *Promosi habis*. Ini lah keistimewaan si Muhammad kalau anda dan anda nak tahu. Dah. Dah. Tak boleh berlebih-lebih dalam pujian. hehe.


Daripada Muawiyah Bin Abu Sufyan RA, Nabi SAW bersabda : Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh “meyembelih”.

( Riwayat Ibn Majah )




Orang kata "Don't judge the book by its cover" tapi bagi aku kalau cover pun tak reti nak jaga, tak ada effort nak mencantikkan, apatah lagi dalamnya. Macam tu lah jugak dengan seorang duta. Ouh ya, ruang lingkup atau skop duta di sini sangat luas. Duta Malaysia, duta Islam, duta keluarga dan sebagainya. Seorang duta sangat lah perlu menjaga appearance nya. Kalau anda bawa nama Islam anda haruslah berperangai seperti apa yang digariskan dalam Islam. Waktu ini aku dah termakan dalam juga sebenarnya. Biar lah muka tak sekacak mana, tak sejelita macam sesiapa yang anda rasa jelita, semua itu subjektif dan bersifat sementara. Petik kata Prof. Muhaya dalam slot Ikim pagi tadi, kita biasanya asyik fikir-fikirkan pada benda yang tiada, yang ada ni kita tak pernah rasa bersyukur. Mungkin muka kita banyak jerawat, macam aku lah kut, tapi cukup sifat ada tangan, kaki, jari semua ada. Mungkin hidung kita tak mancung mana tapi yang dalaman kita sempurna, buah pinggang, retina mata, paru-paru, kelenjar-kelenjar hormon semua berfungsi dengan sempurna. Entah-entah ada saja yang berhidung mancung nak bertukar hidung dengan kita asalkan dia dapat buah pinggang dan ginjal yang berfungsi. Bersyukur dengan kurniaan yang ada. Yang hilang atau kurang pada diri kita mungkin 2-3 tapi yang ada dan berfungsi ? Tak terkiranya banyaknya. Jadi, walaupun muka kita biasa-biasa saja tapi bermurah lah dengan senyuman. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum biar kita mudah didekati, barulah senang nak buat kerja dakwah. Senyum menunjukkan yang kita gembira dan sebenarnya senyuman ini pun contagious sama macam menguap. Perasan tak bila kita tengok cerita yang happy ending ke bila pelakon tu tersenyum kita pun tersenyum. Contagious sangat. So, kalau kita senyum kita sebenarnya tengah spreading happiness.






Seorang duta hendaklah membuat keputusan seperti yang diwakilkan. Okay, analogi yang mudah. Malaysia blocks Israel. Tak berurusan langsung dengan negara tersebut dalam apa sektor sekali pun. Kita nak menziarah negara Israel pun tak boleh. Tup tup, kita yang dilantik sebagai duta Malaysia yang dijemput menghadiri perjumpaan dunia dengan sesuka hati nya buat keputusan untuk bekerjasama dengan Israel, siap nak bagi bantuan senjata dan kewangan lagi. Ini lah contoh bila kita tidak membuat keputusan macam keputusan pihak yang kita wakilkan. Tak ke huru hara dan mengamuk pihak yang kita wakilkan. Sama juga dengan situasi kita. InsyaAllah bila ke luar negara nanti kata Ustaz Ridha, kita akan mewakili agama dan negara. Jadi, sebagai Duta Muslim kita lah yang melambangkan Islam. Setiap keputusan yang kita buat wajib selari dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita mewakili agama Islam, tapi kalau teguk arak tak fikir 2-3 kali pun, menayangkan aurat dengan bangganya, tak wajarkah oleh murka dengan kita? Kita ini juga bila di sana nanti adalah cerminan negara bahkan keluarga. Kalau belajar entah ke mana perangai tak seberapa, tak nak bergaul dengan orang dari negara lain, tak memasal rakyat Malaysia, negara Islam dilabel jumud, kolot, tak mesra dan sebagainya. Kalau tak segan silu berpeluk dengan pasangan tak halal masing-masing, agak-agak apa orang akan cakap pasal mak bapak nun jauh dekat rumah. Jadi, with great opportunity comes great responsibility. Berfikirlah 3-4 kali kalau perlu sepuluh kali pun tak apa sebelum buat apa-apa keputusan. 




Okay? Proceed...


Agak-agak bila ditanya siapa berkepimpinan anda akan terfikir pasal siapa, agak-agak bila pensyarah cari seorang yang rajin anda akan tuding kepada siapa, agak-agak bila cikgu tanya siapa yang bijak anda terfikir wajah siapa? Semua jawapan mesti kepada orang lain. Yang baik-baik semua orang lain. Bak kata Ustaz, "kenapa perlu kita downgrade kan diri kita sendiri? " Kita kena tahu potensi diri. Ustaz kata bila students diarahkan untuk list down kelemahan diri, ada berpuluh-puluh, tapi untuk kelebihan diri, paling maksimum dia pernah baca 5.  LIMA SAHAJA. Bila disuruh list down kelebihan kawan dapat pulak berpuluh-puluh. Ini bukan soal bangga diri dan rendah diri, ini soal mengenal pasti kekuatan diri. Ini soal keyakinan diri. InsyaAllah lepas ini kita sama-sama fikir apa potensi diri. Bila dah dapat kenal pasti, barulah dapat kita salurkan pada tempat yang betul. Contoh kata, dalam bidang kerja dakwah, kalau mahir dalam bidang penulisan boleh set up a blog (bukan aku. aku masih dalam proses mencari potensi diri) hantar karya penulisan dalam majalah dan newspapers. Kalau jenis yang banyak cakap, boleh mula join banyak pertandingan-pertandingan pengucapan awam, start a group of usrah. Kalau otak kreatif dan pakar bidang ICT ini, boleh buat video and post on youtube, buat poster and set up a trending post in facebook, twitter and etc. Kalau tangan seni, boleh saja lukis kartun-kartun Islamik. Senang cerita kebolehan yang ada akan bermanfaat dalam apa-apa bidang yang kita nak libatkan diri. Kebolehan memasak? Siapa kata tak ada guna. the way to a man's heart is through his stomach. haaa... jadi apa yang penting kenal pasti dulu. Okay kawan-kawan?



Yang kelima adalah cakna isu semasa. Waktu ditanya pasal isu Rohingya hari itu, masing-masing menggelupur tak tahu apa nak dijawab. Sebagai duta Islam, kita kena cakna isu-isu semasa berkaitan Islam baik dalam mahupun luar negara. As the ambassador of Malaysia, sebelum nak fly ke sana, kena lah tahu serba banyak pasal Malaysia, tak lah nanti orang luar tanya pasal Malaysia, kita pula yang menggaru kepala. Caranya mudah, newspapers, tak payah nak memilih sangat lah, baca saja semua Utusan, Harakah, NST, Star, Metro, lepas tu baru buat perbandingan. Baru lah valid info yang kita tahu. Bila dah alang-alang log in ke facebook tu, rajin-rajin kan diri buka new tab. Cari maklumat pasal hot issues.


"Sesiapa yang beli dan baca surat khabar adalah orang yang matang. Yang beli dan baca !" -Solihin Mahadi-


Okay, to be honest, time talk ini, aku kurang fokus sikit sebab duduk belakang dan kepanasan. Hehe. Dah terbiasa manjakan diri. Lepas ini kena belajar tahan sikit. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lepas talk tu, ada LDK @ W.A.R, kami dibacakan satu cerita dan diberikan watak untuk setiap kumpulan. Lepas tu, setiap kumpulan diberikan masa dalam 2 minit untuk mencungkil dan menyenaraikan kelebihan diri dan mencari kesalahan watak-watak yang lain. Bab fire-mem-fire ni memang dah jadi kepakaran aku, habislah group si Aman kena. haha. Okay, ini nak buat satu kenyataan, SAYA BUKAN BERSIKAP PREJUDIS ! SAYA TAK HINA ORANG-ORANG MISKIN ! Cuma waktu itu, memerlukan aku untuk fire kumpulan lain. Aku tak lah macam itu. :) Pengajaran game ini sebenarnya nak biasakan diri kita untuk berani mempertahankan diri, pandai mencari potensi diri macam yang Ustaz Ridha sarankan. 




Habis Zohor, ada treasure hunt pulak. Best memang best. Sangat informative. Dari satu checkpoint ke checkpoint, banyak sangat benda yang dapat dipelajari. Kalau nak cerita satu-satu 3 hari 3 malam baru habis agaknya. Ada real version of hang man, masak-masak, teroka peta dunia, buat poster, travel by subway, tikar himpit and of course sesi musolla sekejap. Nak tunggu gambar, tuan punya kamera Qimi tak upload lagi. Sama-sama lah kita tunggu. hehe. Selesai treasure hunt masuk lah ke talk yang seterusnya pancit ouh !


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-Wisewords 3: Open Your Eyes
-Dr. Aminurrashid Yatiban



Sebelum nak masuk ke isi kandungan program, nak minta maaf sesangat. Time ini lose focus banyak kali. Terlentuk pun ada juga. Jadi, point yang ada tak seberapa. Sorry.




As a whole, konsep talk ini adalah untuk menyeru semua peserta buka mata yang fizikal, minda dan mata hati. Lihat nikmat Allah yang ada di depan mata kita, ibu bapa, kawan-kawan, makanan, minuman dan SubhanaAllah banyak sangat. Cuba tutup mata dan tekupkan telapak tangan di dada, nikmat nyawa, jantung yang masih berdegup, darah yang masih mengalir deras dalam salur darah. Cuba buka mata hati, cari nikmat iman dan Islam. Cuba fikir nikmat mana yang kita dustakan. Nikmat mana yang kita gunakan untuk mengejar keredhaan Allah. 




Kemudian, ustaz bawa kami ke isu perantau. Menjadi seorang perantau itu, cabarannya banyak, fizikal, emosi dan sosial. Ustaz bawakan kami satu contoh seorang perantau yang terulung iaitu Imam as-Syafie. Kami diajak untuk berfikir dengan Minda as-Syafie. Satu fakta menarik yang aku dapat tahu ialah dek kerana terkenal nya beliau sebagai seorang perantau. Masjid as-Syafie tu ada lambang kapal layar pada kubahnya instead of bulan dan bintang. 




Minda As-Syafie

- Allah adalah matlamat. Dalam setiap perkara Allah yang didahulukan. 
- Menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.
- Maksiat sifar. 


Lepas maghrib dan dinner ada forum daripada our seniors dan seorang yang telah menetap di luar negara dalam 17 tahun. Serius lama. Memang dia dah betul masak dengan orang sana. Lagi sekali, fokus saya hilang sebab kelemahan diri lah sebenarnya. Satu, sebab ada banyak berkaitan falsafah dan sosiologi yang saya kurang arif ditambah dengan bahasa yang melangit. Kedua, masuk bab ekonomi. Seronok hafifi. Time tu aku dah ting-tong, lost semua. Paling boleh masuk pun bila seorang panel tu cerita pasal comparing attitude of Muslim Malaysia dan Not-Yet-Muslim di sana. Isi yang sama seperti yang dibincangkan oleh Ustaz Hasrizal. Lepas tu, seorang lagi panel lagi yang cerita pasal kepentingan usrah dalam menjaga kita di sana nanti. Kawan-kawan join usrah ya nanti. Hapuskan stigma masyarakat pasal usrah, sesat lah, ekstremis lah, PAS lah, jumud lah, eh tak lah ! Usrah yang aku join sangat-sangat berlainan. Banyak sangat yang diperolehi. Kena cuba dulu baru tahu. 



Macam biasa sebelum masuk tidur, ada sesi tazkirah sikit dan bacaan al-Mulk. Sayu je masing-masing waktu itu. Dan setiap kali itu jugak aku berdoa dalam hati 




"Ya Allah jangan lepas kan aku daripada jalan ini. Ya Allah tetapkan hati aku ke arah ini. Ya Allah biar lah aku sentiasa berada dalam kumpulan-kumpulan ini, dipenuhi dengan Roh-roh Islami" 



Malam tu aku balik terus terbongkang. Orang lain sibuk-sibuk pasal tragedi seorang sahabat aku ini. Aku sibuk buat tahi mata. Penat badan dan minda. Saturated dengan macam-macam ilmu. Dan macam itulah berakhirnya hari yang kurang produktif bagi aku.


Pasal tragedi itu? Aku simpan untuk entry yang akan datang. Adeh, selsema dan batuk sebab jerebu dekat rumah. Dugaan waktu Ramadhan. hehe. Okay, Ma' assalamah. 







Wednesday, July 25, 2012

Video of the Week #1



Bismillahirrahmanirrahim... 









Asyik-asyik wordless wednesday je, aku nak buat pulak Wednesday's Video. Inovatif sikit. Okay. Dekat bawah ni ada satu video yang aku rasa sangat menarik. Bagi sesiapa yang tak berpeluang pergi macam aku. *sedih. ada miscommunication*. Jom, tengok video ini. 



Ouh ya, sebelum tu. Aku rasa nak buat contest lah. Lepas tu nanti anda semua yang menyertai akan diberi hadiah percuma. Okay? Jadi sebelum aku jerit wisel MULA ! pergi ambil pen dan buku catatan.  Dah? Okay.


You must now follow the rules and regulations of an examination. 
You must not get or give help to others. You must not have on or near you any unauthorised materials such as ipod, calculator cases,  mobile phone and etc. If you are found to have the items mentioned above, this will be reported to the head centre. Under normal circumstances, you will be awarded zero or disqualified from any other examinations. (haha)


You are given 2 hours and 15 minutes, and within this period of time, you must listen and jot down the points that you think are important and necessary. This contest will start as you click the 'play' button bellow. You must not scroll down unless you have completed the task. 


Bismillahirrahmanirrahim, you may start now. 



you may redeem your prize below.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Okay, sekarang sebut 'Alhamdulillah'. Tahniah anda telah berjaya menyelesaikan misi yang diberikan. Hadiahnya dah pun anda dapat. Ilmu dan InsyaAllah pahala daripada Allah s.w.t. Anda telah menaikkan tahap anda sebagai Muslim yang berilmu dan produktif kerana anda telah meluangkan masa di bulan barakah ini dengan perkara yang bermanfaat di dunia dan akhirat.


Itu sahaja untuk hari ini. Selamat beramal dengan ilmu yang baru anda perolehi. Sehingga bertemu lagi. Ma assalamah.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Buat Saya Cepat Marah

-Radio Ikim.fm
-23/7/2012  11.00 am
-Dalam kereta


Bismillahirrahmanirrahim...




Woah. Tajuk meletup semacam. Haha. Aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat sambil bawa kereta ke kedai pagi tadi. Channel Ikim ni, waktu-waktu dalam pukul 10 ke 11 lebih best sikit. Ada penceramah jemputan macam hari itu Ikim jemput Dr. Muhaya. Tajuk yang diambil semuanya mantop-mantop. Ada cerita pasal depression, sains dan islam, kejadian manusia, adab suami isteri dan macam-macam lagi. Tajuk yang diambil sangat luas skopnya. Dah alang-alang aku ke kedai waktu-waktu ini, dapat lah dengar tiap-tiap hari. Ouh ya, waktu aku balik dari kedai pun ada slot yang menarik juga. Dalam pukul 6 macam itu. Beberapa hari ini the slot was fully in English. Semuanya speaker dari luar, bukan Malaysia. Hari itu ada Arab kut. 



Hari itu dalam perjalanan nak ke kedai, waktu tengah khusyuk-khusyuk dengar perkongsian ilmu itu, the most cliché and typical-malay-drama-thingy berlaku dekat aku. Tergelak aku sekejap. Okay ini selingan je. Tengah gigih mendaki bukit itu dengan kereta yang tak berapa nak pick-up itu, tasbih yang tergantung kat cermin itu... terburai ! Jatuh berbutir-butir dalam kereta. Dalam hati aku, kalau ada background music, lepas tu aku buat ekspresi muka ala-ala sinetron mesti saspens habis. Lepas tu, terfikir benda yang bukan-bukan. Hmmmm... Moral of the story, tak payah lah percaya benda-benda macam ini. Khurafat tau. Asal cermin dekat rumah retak bersepai je, esok lusa mesti bapak mati accident, asal jari tercucuk dengan jarum waktu nak menjahit je, malam nanti mak dekat kampung kena heart attack. Toksah ler.




Okay, dah berbalik kepada perbincangan.


Ustaz penceramah yang tak sempat aku nak tahu namanya itu, cakap manusia ini terbentuk daripada beberapa unsur. Antaranya akal, nafsu, hati, badan dan lain-lain. Jadi bulan Ramadhan ini merupakan satu medium yang terbaik untuk tarbiyah
SEMUA unsur-unsur itu. Tawaran terhebat ini 4 in 1.




1. Tarbiyah Akal:




Di waktu Ramadhan inilah kita dapat berfikir secara rasional sikit. Kalau bulan-bulan biasa tu, dah lah dipujuk dek nafsu lepas tu dibisik pula oleh syaitan. Jadi, inilah waktunya untuk mendidik akal kita supaya membiasakan minda berfikir dan bertindak secara rasional. Contohnya, kata ustaz tu, kalau bulan biasa ada mat rempit yang mencilok depan kereta kita, mulut dah sumpah seranah dah, tangan dah tekan-tekan hon macam main playstation dah. Tapi waktu bulan Ramadhan, nak memaki hamun takut kurang pahala puasa jadi akal akan tertarbiyah untuk bersangka baik. Ouh, mungkin mak dia dekat rumah kena heart attack lepas tercucuk jarum tadi, atau mungkin dia dah lambat nak ke tempat kerja. Lepas tu, berdoa pula untuk kesejahteraan mat rempit tersebut.




"Ya Allah, engkau selamatkanlah perjalanan mat rempit tersebut" atau


"Ya Allah, engkau berikanlah hidayah kepada mat rempit tersebut agar ingat akan orang yang tersayang" atau



"Ya Allah, kalau gedebuk itu baik untuk beliau, kau gedebuk kan lah dia"


Haa... kan positif dan optimis sikit. InsyaAllah cara pemikiran yang Husnu zon yang macam inilah yang akan dibawa keluar daripada Madrasah Ramadhan.





2. Tarbiyah Hati:




Fitrah sesebuah kejadian manusia itu, memerlukan Tuhan dan agama. Roh yang ada dalam tubuh badan kita ini, perlukan iman dan Islam. Bukankah sebelum kita dilahirkan, kita dah berjanji dengan Allah. Lepas tu, Ustaz ni cerita kan pengalaman dia sewaktu dia Russia. Kata nya di negara komunis itu diharamkan beragama, makanya rakyat-rakyat negara itu jadi lah atheist. So, pada suatu hari, selepas dia membentangkan kertas kerja dia, Ustaz itu was approached by a Russian lecturer. Pensyarah itu pun bertanya dekat Ustaz itu,


"Dah lama-lama kau duduk di Russia ini, apa pandangan kau tentang belia di Russia ini"

Balas Ustaz tu, "Secara jujurnya, akhlak mereka sangat teruk. Gejala sosial merata-merata. Yang bercumbu-cumbuan dan berasmaradana bersepah-sepah di subway, taman bunga, tepi jalan"



Respon spontan pensyarah tersebut, "Betul lah itu. Kami tidak ada agama. Lain lah macam di Malaysia, Islam menjaga penganutnya"

Nak cakap dekat sini, secara spontan nya sebenarnya pensyarah tersebut mengakui kebenaran Islam dan sangat-sangat terdesak untuk beragama, mempunyai Tuhan dan hidup berperaturan. Fitrahnya, kita dijadikan sebegitu. Jadi janganlah menolak fitrah. Bulan Ramadhan ini, adanya solat Tarawikh yang 20 rakaat supaya kita dekatkan diri kepada Allah. Kita didik hati kita untuk mendekati Allah. Dari satu rakaat ke satu rakaat yang berpuluh-puluh itu, kita diberi peluang untuk membetulkan hati kita. Kalau 4 rakaat tak mampu betulkan, ada 16 rakaat lagi, kalau sehari tak cukup ada 29 hari lagi. Jadi jom kita ketuk-ketuk hati kita di bulan ini.
Ketuk-ketuk Ramadhan !




3. Tarbiyah Badan:




Katanya, Ramadhan ini mengkoreksi cara pemakanan kita yang sebelum ini terlebih gula, terlebih garam, terlebih seafood sampai diabetes mellitus, hypertension, gout dan sebagainya. Time inilah nak menunjukkan kalau kurang gula pun boleh je hidup, tak ada garam dari pagi ke petang pun boleh je bernafas. Lagi satu, waktu inilah nak membetulkan waktu makan kita yang dah berterabur sepanjang tahun. Breakfast pukul 12, tengah-tengah malam makan nasi berlauk kari kepala ikan 2 pinggan dan macam-macam contoh realiti kehidupan. Ouh ya, rokok pun begitu. Okay je, tak merokok sepanjang hari. Ini nak membuktikan kalau ada kezaman boleh berhenti merokok bila habis Ramadhan nanti. Tapi kalau amalkan "Rokok bersama orang-orang yang merokok instead of ruku' bersama orang yang ruku' " Habislah ! hehe. InsyaAllah, berhentinya merokok itu untuk kebaikan badan dan ekonomi diri. 




4. Tarbiyah Nafsu:




Ustaz itu kata, Ramadhan itu tak membina kesabaran tapi sebaliknya mencabar kesabaran yang ada. Di waktu-waktu kelaparan dan kehausan inilah nafsu kita memuncak-muncak. Waktu inilah nafsu yang terkunci dalam diri menyinga keluar. Bak kata Ustaz mak tak hidang juadah berbuka lagi terus mengamuk, lepas tu marah pak bilal tak azan-azan lagi sebab kurma dah dekat tangan, walaupun lagi 15 minit baru nak berbuka. Inilah yang aku cuba nak sampaikan dekat tajuk post ini. Ada lah jugak semalam dan kelmarin, hati nak mengamuk je bila mak aku minta tolong tanak nasi. Balik dari kedai, badan pun penat lesu, hati apa lagi memberontak lah tapi nasib baik baru nak terpacul macam-macam hati teringat, aku kan sedang berpuasa lepas itu cepat-cepat beristighfar. So, kiranya kita ini, dalam bulan Ramadhan, kesabaran kita dicabar. Bila dicabar barulah kita dpaat tahu tahap kesabaran kita, barulah meningkat kesabaran kita, ye dak? hehe.







Inilah yang sempat aku dengar. Sebab masuk-masuk kereta je dah separuh program, keluar dari kereta pulak tak habis lagi program. Jadi yang masuk ke kepala saja lah yang aku kongsi ea? Salah silap minta ampun. Sehingga ketemu lagi. :)




p/s: I'm still working on WOW Day 2. Terlampau banyak yang nak di cerita. Kena sort the info dulu.


Sunday, July 22, 2012

WOW Day 1

-Wonderful Overseas Weekend (WOW)
-Day 1 (13/7/2012)
-UPM, Serdang


Bismillahirrahmanirrahim...







Atas permintaan seorang sahabat aku ini, Haqimi, yang kehilangan nota WOW, terpanggillah aku untuk type, summarize dan catat nota-nota WOW dalam diari ini.




"Baguslah Qimi kau hilang note tu, kalau tak aku pun tak start blog ni. InsyaAllah the knowledge will last longer bila aku abadikan nota-nota ini di alam maya daripada simpan dalam fail yang hampir renyuk tu. haha."



For those who doesn't have a clue about WOW, this video may explain a bit about this programme in the most awesome, cool, short, simple and yet professional. 





*SPOILER ALERT : aku baru nak cerita Day 1, tapi video ini dah merumuskan sampai habis*



Haa... WOW ini sebenarnya a pre-departure programme organised by the seniors for their juniors. Ianya melibatkan semua aspek kitaran hidup seorang mahasiswa luar negara daripada lokasi universiti, pengangkutan, penempatan, masjid, tempat makan sampailah fiqh-fiqh yang perlu diamalkan dalam situasi-situasi tak terjangka. Best tak? Best kan. Rugi tak pergi.



Awal-awal pagi hari Jumaat itu, aku bertolak ke KTM Klang, tangan sentiasa pegang phone, kut-kut ada sesiapa text or call nak tanya dekat mana. Malam itu pun nak puas ber-skype dengan Aman bincang-bincang pasal WOW, nak bawa apa, nak gerak pukul berapa, nak makan dekat mana. haha. Sepanjang perjalanan itu, asal nampak remaja-remaja yang  pakai jubah je, hati mesti terdetik "Oh, ini mesti nak ke WOW" asal nampak yang bertudung labuh je "Sah, nak berkumpul dekat WOW", asal nampak yang berketayap je "Kalau tanya ni, mesti cakap akan ke WOW". Nak cerita betapa terujanya waktu itu, sampai ke mana pun asyik nampak WOW. haha.




Oh, the best part was when we (Qimi and I) were heading to Masjid Jamek for Jumaat prayer. Subhanallah, ramainya manusia, berpusu-pusu ke masjid. Dalam masjid pun tersangatlah padat sampai every single spot, eh correction, every single shaded spot was fully occupied, hatta bayang-bayang halus sebatang pokok kelapa sekalipun ada 3 orang berbaris dekat belakang itu. Cuaca pulak panas terik membahang. Lastly, kami sembahyang atas tikar (nasib baik ada tikar), di bawah sinaran sang suria. Kulit rasa macam nak terbakar, tapi pujuk hati kata ini sebahagian daripada kafarah dosa. But somehow, the feeling was very different when compared to the solat that I performed dalam masjid yang ber-air cond dan berkipas. At that moment, I felt that we, humans, are nothing compared to Allah, rasa sangat rendah dan tak berkuasa. Memang lain sangat. So, I guess it is not a bad idea at all for us to try, once in a while, performing solat in an extreme and unique environment. 


Dipendekan cerita, sampai-sampai saja kami ke UPM, terus mendaftar bilik, dapat sebilik dengan Aman. Memandangkan bilik di Kolej Kalui itu boleh tahan luasnya, kami sumbat je 3 orang satu bilik, heret tilam masing-masing masuk dalam itu. Baru meriah sikit. Lepas Asar ada sesi pembahagian kumpulan dan sedikit taaruf dalam kumpulan. Main ping pong berjemaah, barulah terjalin ukhuwah. Dari situ lah kenal dengan mahasiswa-mahasiswa dari merata pelosok Malaysia dan bidang-bidang yang berlainan dari perubatan. Mathematics ! Bidang yang rare entah ada tak ada dekat Intec. Berkembang sikit minda budak-budak Intec bila dapat bersosial dengan orang lain course ni.


Selepas Isya', bermulalah Wisewords 1, talk daripada penceramah-penceramah terkemuka dan yang pernah belajar atau bekerja di luar negara. Jadi semua nya fresh dari pengalaman masing-masing. 



 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-Wisewords 1 - Islam Heritage or Choice
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil






Ceramah dimulakan dengan bertanya respon peserta-peserta program, dari situ ada yang nampak bersemangat, ada yang kedengaran nya bersemangat, tak kurang juga yang 'bersemangat'. Dapatlah jugak satu fakta dari Ustaz Hasrizal yang aku rasakan sangat berguna kalau-kalau esok lusa nak bagi talk dekat ratusan audiens. Bila seseorang individu itu memberi respon sebenarnya hanya 10% sahaja dari perkataan, 30% daripada intonasi dan selebihnya daripada bahasa tubuh badan. 


10% - Words
30% - Intonation 
60% - Body Language


So, kalau suara je bersemangat tapi badan melentuk atau nada sarkastik semacam je, ada lah yang tak kena tu. Penceramah kena lah cepat-cepat bertindak untuk boost up the mood. 


Kata Ustaz Hasrizal, sebelum nak ke luar negara, pelajar-pelajar sangat sangatlah perlu untuk mengenal pasti objektif mereka ke luar negara. Nak merasa Sonata Musim Salju? Nak merebut peluang melihat negara orang? Nak kenali budaya Mat Salleh? Nak melepaskan diri daripada kekangan keluarga? Nak ambil segulung ijazah? Nak penuhi hasrat ibu bapa? Nak menuntut ilmu dan mengembangkan syiar Islam? Terpulang. Soal hati ini bukan boleh dipaksa, kita sendiri yang kena lentur.


Kata Ustaz Hasrizal lagi, sebelum diri itu nak menjejak kaki ke tanah orang. Wajib! Tidak boleh tidak, mesti kena upgrade ilmu. Dalami ilmu agama yang ada, banyakkan bacaan dan libatkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Contoh yang diberi kepada kami waktu itu, takkan lah nak solat diumur 20 tahun tapi masih berbekalkan ilmu Darjah 2. Sewaktu Darjah 2 itu, kita belajar the basic things about solat, tapi bila kita meningkat dewasa ini kena lah sentiasa update kan diri dengan ilmu yang tak pernah kita tahu. Cari yang mana Sunat ab'ad yang mana hai'at yang mana khilaf ulama', apa yang hadis yang dirujuk, ayat al-quran mana yang dirujuk, macam mana ulama'-ulama' itu boleh come out dengan keputusan sebegitu. SubhanaAllah, waktu itu rasa tertusuk sangat hati yang tak berapa nak bersih ini. Banyaknya ilmu yang nak kena dalami, banyaknya nak cover zaman-zaman jahiliah muda-mudi dulu. Harap-harap lah aku mampu. Cara-cara nak upgrade ilmu ini ialah dengan banyak mempersoalkan sesuatu perkara itu.





"Kamu belum betul-betul beriman sehingga kamu sudah mempersoalkan keimanan kamu" -Abu al-Hassan al-Asy'ari- 



Kalau kita sendiri takut nak mempersoalkan keimanan kita, kalau kita takut nak berbincang pasal agama-agama lain, bukankah itu menandakan ilmu kita cetek, iman kita rapuh, kita akan goyah bila diserbu dengan persoalan-persoalan daripada penganut agama-agama yang lain. Inikah ilmu yang nak dijadikan pegangan di luar negara nanti, silap-silap hanyut di sana nanti. Aku pun tertunduk-tunduk mengiyakan, dekat Malaysia yang majoritinya Muslim pun aku macam ini, kalau dekat sana nanti. Nauzubillah. Kena buat sesuatu ini. Jom ! Jom!
Okay, ini ada satu cerita best ini. Jemputlah baca. hehe.




"Al-kisahnya dekat satu negara yang tak tahu entah dekat mana sekarang ini, ada seorang pahlawan yang sangat hebat. Semua raksasa dibunuh, tutup mata pun boleh. Bila dia mati, rakyat-rakyat jelata pun berbondong-bondong datang bina tugu dia dekat tengah-tengah bandar. Pada suatu hari ada seekor gagak datang bertenggek betul-betul atas kepala patung itu. Elok je burung itu nak terbang, dia pun melepas, setepek kena kepala patung pahlawan yang gagah perkasa katang badang six pack itu. Apa patung itu boleh buat? Pasrah je lah."




ILUSI VS REALITI


Itulah bezanya antara ilusi dan realiti. Si gagak itu realiti dan patung pahlawan itu ilusi. Macam itu lah situasi umat Islam dan kaum Yahudi hari ini. Kaum Yahudi itu realiti sebab kalau kita teliti ayat-ayat al-quran, apa yang diceritakan di dalamnya masih relevan dengan kaum mereka sekarang ini. Tapi umat Islam? samakah dengan umat Islam yang diceritakan dalam Quran? Semuanya hanya tinggal ilusi dan lagenda.




"Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam"-Muhammad Abduh-


Persoalan yang dilontarkan oleh Ustaz yang betul-betul buat aku rasa terpaku, terkesima adalah :




"Cuba kita bandingkan antara Jepun dan Malaysia. Apa point yang boleh kita gunakan untuk menarik minat mereka tentang Islam. Kita nak cerita pasal Surah al-Asr? Budaya menepati masa mereka jauuuuuuuuuh lebih baik daripada Muslim di Malaysia. Kita nak cerita pasal attitude dalam bekerja? Budaya tekun dan gigih mereka dalam kerja sangat keterhadapan daripada Muslim di Malaysia. Kesimpulannya mereka lebih Islam daripada Muslim sekarang ini. Etika-etika yang diajarkan oleh Islam dah lama diterapkan dalam komuniti mereka. Fikir-fikirkan"



Beralih ke topik perbincangan yang seterusnya. 




Sunnatullah VS Syariatullah



Perbincangan kami dimulakan dengan satu analogi,

Kebun Pak Haji:
  • Pak Haji seorang yang sangat warak, tiap-tiap hari qiam, dhuha, sembahyang di awal waktu, rawatib tak tinggal. Tiap-tiap pagi lepas Subuh, dia baca Quran dan lepas dhuha baru dia ke kebun. Sebelum cucuh benih tu dia baca doa'. Dalam pukul 12 dia dah balik sebab nak bersiap-siap untuk Zohor. Ada  hari yang sempat dia membaja ada hari yang tak. Ada hari yang dia sempat menyiram ada yang tak. Ouh ya. Keluasan kebunnya ialah 12km persegi, terletak di bahagian kanan kampung, menghadap kiblat dan sebelah Masjid. Betapa Islamiknya tanah kebun beliau bak kata Ustaz Hasrizal. 
  • Hasilnya: pokok hidup segan mati tak mahu.

Kebun Henry Middleton:
  • Henry ni seorang kaki judi, tiap-tiap hari berzina, rasuah pegawai-pegawai pertanian seminggu sekali. Senang cerita segala jenis maksiat dia buat. Tapi lepas Subuh, kata Ustaz, dengan tak mandinya air liur kering kat pipi, tahi mata kat hujung mata dia pergi ke kebun. Dia pastikan baja yang diberi cukup mineral dan nutrisi nya, pH of the soil is perfect, light and water availability tip top. Dalam pukul 1 baru dia balik ke rumah untuk sambung aktiviti maksiatnya. Keluasan kebunnya juga 12km persegi, tapi terletak di sebelah kiri kampung, membuntuti kiblat, sebelah rumah pelacuran.
  • Hasilnya: pokok hidup segar bugar shining brightly.


Kedua-duanya mengamalkan sekularisme. Bak kata Ustaz, sekularisme itu apabila mementingkan satu sahaja di antara melengkapi Syariatullah dan Sunnatullah. Pokok Pak Haji bagai bunga kembang tak jadi sebab dia tidak menepati Sunnatullah untuk tumbesaran pokok tersebut. Pokok memerlukan nutrisi dan mineral untuk tumbuh membesar. Pokok si Henry subur mekar sebab dia menuruti Sunatullah yang ditetapkan untuk pokok tersebut. Tapi duit hasil yang dia dapat mugkin tak berkat, keluarga tak tenteram, masalah menimpa tak henti-henti. Kesimpulannya, untuk menjadi Muslim produktif kedua-duanya mesti seimbang. Kita kena bertindak adil barulah bahagia dunia akhirat. Contoh paling mudah, makanan yang terbaik hendaklah Halal dan Toyib. 


Halal (disembelih dengan nama Allah, bukan daripada anjing atau babi dan campurannya) untuk menuruti Syariatullah dan Toyib (baik) (rendah kolestrol, cukup vitamin, kurang lemak). Haaa... barulah sihat walafiat.


To sum up, kita sebagai Muslim ada banyak lagi tanggungjawab yang tak tertunai, kita sendiri harus membuktikan kita adalah Muslim atas pilihan kita sendiri bukan warisan keluarga. Kalau kita sedar ianya adalah pilihan, kita tak akan merasa peraturan dan hukum yang ada sebagai kekangan. Sedikit kekangan itu perlu untuk membawa kesejahteraan. Kebebasan total hanyalah membawa musibah daripada kebahagiaan. Aku umpamakan macam main wau, kalau tak ada tali, wau itu dah hilang di bawa arus angin, tapi dengan adanya tali yang mengawal pergerakan, bila agak-agak dah nak terbang tanpa hala tuju je, ada tali yang mengongkong pergerakan wau itu. okay tak?


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya nak tulis sikit je, tapi terpanjang pulak. Sebahagian daripada isi kandungan talk tersebut ada yang diolah dan diubah sedikit mengikut kesesuaian dan kefahaman aku. Kalau ada salah minta tolong tolong tolong betulkan. Okay? Ini baru Day 1, insyaAllah akan disambung pada masa hadapan. Ma assalamah.
 
p/s: Qimi O.K ke K.O post aku?