Saturday, July 28, 2012

Bekalan Untuk Muslimah #2


-Khutbah Jumaat "Badar al-Kubra : Peristiwa dan Pengajaran"
-Masjid Jalan Kebun
-27/7/2012 bersamaan 7 Ramadhan 1433


Bismillahirahmanirrahim.






Pinjam logo ini kejap. B.U.M stands for Bekalan Untuk Muslimah. hehe. Alhamdulillah hari ini dapat ke masjid awal sikit sebab customer tak berapa ramai sangat. So, dapat lah dengar tazkirah pendek sebelum khutbah Jumaat. Perkongsian yang menarik dan 'terkena' pada aku. 


Ustaz tu membincangkan tentang amalan yang dituntut, baik di bulan Ramadhan ini ataupun bulan-bulan yang lain. Cuma kalau dipraktikkan di bulan Ramadhan ini, berganda lah pahala.  Ye dak? Antaranya ialah menuntut ilmu. Rasanya semua dah sedia maklum yang:


"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)



Cuma yang nak ditekankan oleh Ustaz tadi ialah menuntut ilmu agama. Kita habiskan masa berpuluh-puluh tahun untuk menuntut ilmu dunia, 2 tahun tadika, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 2-3 asasi/matrikulasi/diploma, 4 tahun ijazah, 3 tahun master dan mungkin dalam 3 tahun lagi phd. Dalam puluhan tahun itu, berapa lama yang kita luangkan untuk menuntut ilmu agama ? *speechless* Kita belajar dalam 25 tahun untuk kegunaan hidup 30 tahun bekerja. Tapi kita kadang-kadang terlupa untuk belajar ilmu agama untuk kegunaan di sana yang kekal abadi.  Kejap-kejap sebelum diserang, saya nak quote kata Ustaz Ridha dulu:


"INGAT...belajar bidang agama di universiti tidak menentukan ketinggian iman seseorang. Belajar bidang 'duniawi' tidak menentukan 'kekufuran' seseorang. Andai engkau belajar agama tetapi mengamalkan kekufuran pada Tuhan, engkau lebih tercela berbanding binatang. Carilah iman dalam hati dan amalan seharian"




Jadi yang dimaksudkan di sini tak semestinya belajar ilmu agama secara formal, yang pergi dengar ceramah, majlis-majlis Ilmu, baca blog Islamik, baca buku-buku agama pun dah dikira mendalami ilmu agama Islam. 


“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu"
Riwayat At-Tabrani


Bak kata Ustaz itu, kalau syurga dunia pun tak nak jejak, macam mana nak ke syurga yang sebenarnya. Ilmu lah yang akan memandu kita ke Jannah. Ouh ya, aku ada satu pengumuman sekejap, sesiapa yang berada di kawasan masjid jalan kebun ini, malam tadi dengarnya ada sebuah perkongsian ilmu daripada Ustaz Amirullah (kalau tak silap, macam itulah namanya) yang diterbangkan daripada Indonesia. Katanya, walau tidak mempunyai kaki tapi masih gigih berdakwah. SubhanaAllah, rasa kerdil je kalau nak dibandingkan dengan diri sendiri walaupun ada kaki yang panjang. Di Kebun Baru pulak ada talk daripada Syeikh Nuruddin. Juga seorang daie yang hebat. Jadi, kalau ada sesiapa yang berpeluang ke masjid-masjid tersebut mohon dapat share dapatan daripada majlis tersebut.


Berbalik kepada topik khutbah,


Selingan sekejap, seronok lah tadi dekat masjid, sebab daripada khatib, bilal, dan yang  angkat meja, pasang mic dan sebagainya semua muda-mudi. Cerah masa depan kalau belia sebegini yang mentadbir negara.


Tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah telah berlakunya Perang Badar al-Kubra. Ianya berlaku setelah Nabi Muhammad s.a.w mendengar khabar bahawa qafilah Quraisy di bawah kelolaan Abu Sufian bin Harb on the way pulang ke Mekah. Nabi dan 313 sahabat keluar ke Badar untuk mengambil barangan qafilah tersebut sebagai gantian kepada harta-harta orang Islam yang telah dirampas selepas mereka berhijrah ke Madinah. Walaupun qafilah tersebut  sebenarnya terselamat daripada sekatan yang dibuat oleh Nabi Muhammad, tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal still mahukan peperangan. Selepas bermusyawarah dengan sahabat daripada Muhajirin dan Ansar, nabi Muhammad bersetuju untuk berperang dengan kafir Quraisy. Para sahabat waktu tu semuanya berikrar taat setia untuk berdiri bersama Rasulullah dalam menghadapi 1000 tentera Abu Jahal.


Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan itu, Nabi Muhammad s.a.w berdoa dengan penuh pengharapan :


"Ya Allah! Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau 
janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang 
dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku, jika binasa pasukan
yang kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi 
selepas ini"


Peperangan bermula dengan perlawan 3 on 3. Di pihak Islam, Ubaidah bin Harith, Saidina Hamzah dan Saidina Ali dan di pihak kafir Quraisy ada Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan al-Walid bin Utbah. Dengan izin Allah, ketiga-tiga pahlawan Islam memenangi perlawanan tersebut. Lepas tu, barulah berlaku peperangan yang sebenar. Disebabkan jumlah tentera Islam yang sedikit, mereka hanya bertahan. Rasulullah time tu tak putus-putus berdoa kepada Allah. Dan Allah hantarkan tentera malaikat untuk turun membantu orang Islam. 


"Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan  kepada Tuhanmu 
lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan 
mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang 
datang berturut-turut"
(Surah al-Anfal :9 )




Waktu tentera musuh habis terpancung terputus tangan semua, mereka dan tentera Islam sendiri tak nampak tentera bantuan tersebut. Waktu itu jugalah Abu Jahal telah dibunuh. Dengan kematian ketua mereka, perang pun berakhir. 70 musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan. Di pihak Islam, 14 tentera mati syahid di medan pertempuran. Penduduk Madinah waktu begitu gembira, mereka bertakbir dan bertahlil kepada Allah atas kemenangan tersebut. Peristiwa inilah yang menjadi titik tolak kepada perkembangan agama Islam. Umat Islam dipandang tinggi dan tidak lagi sebagai kaum yang boleh ditindas. 



Secara ringkasnya, pengajaran yang nak disampaikan oleh khatib ialah:
  • Kesediaan tentera Islam untuk berkorban demi agama.
  • Kepentingan mesyuarat dan mendengar pendapat semua pihak.
  • Keimanan yang tinggi. Berdoa dengan penuh pengharapan.
  • Strategi perlu dalam apa jua tindakan yang ingin dilaksanakan.
  • Yakin dengan Allah walaupun dalam keadaan yang nampak seperti mustahil.

Itu saja kut untuk B.U.M kali ini. Ada yang bertanya kenapa dikhususkan untuk Muslimah. Secara amnya untuk semua muslimin dan muslimat, tapi khususnya buat kaum Hawa yang tak berkesempatan mendengar khutbah dan juga untuk muslimin yang berada luar daripada Selangor. :)

Wassalam.










No comments:

Post a Comment