Wednesday, August 1, 2012

WOW Day 4

-Wonderful Overseas Weekend (WOW)
-Day 3 (15/7/2012)
-UPM, Serdang


Bismillahirrahmanirrahim...


Sesungguhnya aku memang dalam keadaan sedikit rush. Esok nak ke Jakarta. Jadi, selamat tinggal Bumi Malaysia. hehe. Jadi, aku akan cuba untuk habiskan dan kutip points yang penting pada hari terakhir WOW ni.


Sebenarnya pada last day itu, cuma ada last wisewords daripada Ustaz Hasrizal. Selebihnya, ada wrap up session, sesi drama spontan dan closing ceremony. Events tersebut aku kepilkan bersama gambar-gambar di bawah. Ye laah, kan 


"A picture is worth a thousand words"


*sesi lakonan spontan. Ini kumpulan 2. Lakonan terbaik adalah Kumpulan aku. haha*


*Sulaiman si kacang menang Anugerah Keterhadapan*


*Fifi menang anugerah apa entah tak ingat. Ceria kut*


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Wisewords 7 - Fiqh Overseas
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Disebabkan aku tengah betul-betul dalam keadaan tergesa-gesa. Aku list down point penting sahaja. Kalau ada soalan, sila lah post di bahagian comment. InsyaAllah aku akan jawab mana yang termampu bila balik nanti. Aku tak nak buat lepas balik dari sana sebab takut hilang momentum dan ilmu yang tak berapa banyak dalam kepala ini.


1. Sesuaikan amalan mengikut mazhab kawasan.

Okay, berkaitan solat berimamkan orang Syiah. Ini pandangan Ustaz Hasrizal. Sila kaji dan beramal dengan pegangan yang anda yakini. Untuk pemahaman yang lebih lanjut pasal Syiah, sila rujuk sini


- Boleh. Jika anda hanya sekadar tahu dia adalah pengamal Syiah.
- Boleh. Jika tiada tambahan rukun dalam solat.
- Tidak boleh. Jika secara jelasnya dia cakap tentang perkara yang bercanggah dengan akidah. Sebagai contoh, jika mereka anggap Saidina Ali adalah rasul.


Kalau dia solat dengan batu Karbala di hadapan, pandangan Ustaz Hasrizal, kalau dia, katanya, dia memilih untuk tidak berimamkan individu itu.


2. Selalu connect dengan Allah, bukan waktu solat sahaja.

Merasa diri sentiasa diperhati Allah. Bukan merasakan Allah itu hanya ada 5 kali sehari. 


3. Konsep Thaharah (Bersuci)
 
- Konsep Islam terhadap Najis dan Bersuci:
   1. Mencegah sebelum menyelesaikan.
   2. Tidak menyiasat secara berlebihan.
   3. Menutup pintu was-was dan keraguan.

- Isu-isu lazim:
   1. Samak rumah sewa, peralatan dapur. 
  (Samak yang nampak jelas sahaja. Jika hanya tahu pemilik memiliki anjing, tidak perlu samak seluruh kawasan dalam dan luar rumah. Menyusahkan dan memberi imej buruk kepada orang bukan Islam)

   2. Makan di restoran bukan Islam.
   (Tidak perlu geledah masuk ke dapur, melihat macam mana peralatan dibasuh, ayam disembelih dsb.)


4. Perlunya mempelajari macam mana sesuatu perkara itu difatwakan.
    (Hukum berkaitan banyak perkara sewajarnya diteliti prosesnya, hadis dan dalil Quran yang digunakan, khilaf ulama', situasi yang membolehkannya. Jangan hanya bergantung kepada jawapan daripada seorang Ustaz. Jawapannya mungkin betul, tapi kita mungkin tersalah faham dan sebagainya. Pegangan yang ada tidak utuh dan goyah bila disangkal dengan persoalan-persoalan.)


InsyaAllah itu sahaja yang termampu. Salah silap minta tolong tolong tolong betulkan. Saya budak baru belajar. :)


*singgah makan di Carl's Junior lepas habis WOW. Ukhuwah fillah. :) *


p/s: akan ke Jakarta dalam misi Pemantapan Ukhuwah dan misi Mencari Islam di Jakarta. 1/8 hingga 7/8 (melancong. hehe)
p/ss: harap dapat istiqamah dalam ibadat bila di sana nanti.



No comments:

Post a Comment