Sunday, August 19, 2012

La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim...


"Hari ini masih mendung nampaknya. Tapi tak semendung semalam dan kelmarin. Dalam timbunan awan hitam hari ini, dapat aku lihat dan rasa akan hadirnya sinar mentari yang baru. Biarpun hanya malap-malap dan kurang gemerlapannya, aku yakin dan pasti ianya akan terus bersinar dari hari ke hari, malah lebih terang daripada sebelumnya. Sinar baru yang wujud setelah hilang dihumban taufan dan ribut. InsyaAllah, suatu hari nanti, aku percaya langit akan kembali cerah. :) "


Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menyambung ilmu warisan Ibnu Sina. Dikurniakan satu lagi nikmat yang aku rasakan besar dalam hidup aku. InsyaAllah, tidak akan aku persiakan peluang kali ini. Syukur, walaupun diri ini masih banyak kurangnya, bersepah sana-sini lopongnya, tertunai juga doa yang selama ini aku panjatkan. Terima kasih, Allah. Sesungguhnya Ramadhan kali ini membawa makna yang cukup besar dalam hidup aku. Itulah sebaik-baik hadiah untuk Aidilfitri kali ini.


Tawakkal itu datangnya selepas usaha. Usaha daripada semua pihak yang aku cuba maksudkan. Usaha ibu dan bapa yang tak pernah putus-putus memberi semangat dan dorongan, menangis berdoa di tikar sejadah untuk kejayaan anak-anaknya, peluh keringat dalam memastikan kelengkapan pelajaran aku. Usaha saudara mara yang gigih menyuntik semangat, meletakkan harapan disamping doa yang tak putus-putus. Tak lupa juga, usaha pensyarah-pensyarah dalam menyampaikan ilmu kepada kami semua. 

Physics: Miss Yasmin, Miss Azrina dan Dr. Ahmad
Biology: Madam Syuhada, Dr. Noraini dan Madam Ilyani
Chemistry: Mr. Hussein, Miss Lim dan Mr. Allan
English: Madam Faizah dan Miss Evelyn
Islamic Studies: Ustazah Rukiah dan Ustazah Kurshiah

Walau banyak kerenah, banyak cekadaknya, masih sabar mengajar kami. Masa yang diluangkan memang tak terkira banyaknya, baik waktu kelas atau private session

Terima kasih, cikgu.
Maafkan kami, cikgu.
Halalkan ilmu, cikgu.
Doakan kami, cikgu.
InsyaAllah, saya jadi doktor, cikgu !

(ucapan habis kelas yang biasa budak Saser sebut-sebut, cuma the last part tu aku alter sikit)

Juga, ucapan terima kasih sangat-sangat kepada sahabat sebilik, jiran di Kolej Cendana dan Kolej Cemara, teman-teman sekelas, rakan-rakan persatuan, ikhwah-ikhwah seusrah, dan semualah senang cerita. Terima kasih, melayan aku dengan sebaiknya. Ilmu yang aku dapat daripada kalian semua akan aku gunakan sampai bila-bila. Dan aku akan cuba untuk ingat anda semua baik dalam ingatan mahupun doa selagi otak tidak diserang Alzheimer. Thank you, Allah for sending me beautiful and amazing people !





------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pagi 16 Ogos 2012, bersamaan 27 Ramadhan 1433, aku konon-konon nak bangun pagi dan pergi ambil slip keputusan a-level di Intec. Hati berdebar-debar, lub-dub lub-dub, sesak nafas dua tiga kali bila teringat pasal keputusan. Lastly, tidur lambat. Lepas sahur dan Subuh, bantai tidur sampai pukul 10 lebih. Eh, dah lah janji dengan bekas budak-budak bilik nak ambil sama-sama pukul 11 nanti. Hujan pulak mencurah-curah lebat macam tak bagi pergi je. Tapi sebab dah berjanji dan bila call, masing-masing masih jauh lagi dan mungkin sampai pukul 1 petang, aku teruskan niat nak pergi pejabat Madam Rita. Tiba-tiba masa ini jugak lah customers tak putus-putus, masing-masing order barang berkoyan-koyan. Nak tak nak terpaksa lah punggah barang masuk Exora putih itu dua tiga kali, berulang-alik hantar barang bagi pemborong-pemborong tetap. Rezeki Syawal jangan ditolak. Hati tak tenteram masa memunggah barang, otak ni dah keluar macam-macam cerita dah. Akhirnya, dalam pukul 1.50 petang sampai ke Intec.


Langkah aku laju, meluru masuk ke pejabat Madam Rita. Toleh kiri kanan cari members, tak ada ! Semua dah ambil keputusan lah ni. Ketuk-ketuk pintu, bagi salam dan duduk  depan timbunan slip a-level. Kena tandatangan dulu sebelum ambil slip, entah gopoh ke gementar punya pasal, cari nama sendiri tak jumpa-jumpa. Dua tiga kali belek kertas senarai nama tu.   Okay, dah jumpa. Dekat situ sempat juga tengok nama kawan-kawan. Ouh, semua dah tandatangan, dah dapat keputusan lah ni. 


"Muhammad Salihin Mahadi. Nombor giliran 54."

Dapat saja slip macam ting tong sekejap. Betul ke ni ? Siap confirm-kan dengan Madam lagi tu, betul ke ini huruf A. haha. Alhamdulillah, syukur tersangat-sangat. Nampaknya usaha yang tak seberapa ini dibalas juga. Teruja pun ada nak tahu keputusan kawan-kawan. 


Melangkah lagi laju, meluru ke kereta ayah. Buka je pintu sisi kiri, aku sebut,
"Alhamdulillah, yah. Pass ! "


Ayah pun angkat tangan tanda syukur. Rasa sebak pun ada juga waktu itu, tapi control je. Ayah pun laju mendail nombor mak. Semua rasa lega dan syukur teramat sangat. Aku pun ajak ayah ke Pusat Islam Intec, nak sujud syukur dan solat Zohor, lagipun aku pasti budak-budak ni mesti ada dekat sana. Turun daripada kereta nampak seorang hamba Allah ini melambai dekat aku, arah tangan tunjuk, kami dekat sini !


Aku berjalan dengan muka senyum seronok dapat berita gembira dan dapat jumpa mereka. Dah lama tak berjumpa ramai-ramai macam ini. Tiba-tiba, daripada jauh nampak air mata yang mengalir deras. Dalam hati masih berkira-kira, entah tangisan apa yang ada depan mata aku ini. Tangis syukur ? Tangis pasrah ?


"Sol, aku tak lepas"

Nak gugur jantung dengan ayat itu terpacul keluar daripada mulut dia. Allahu Rabbi, besarnya dugaan untuk dia pada kali ini. Aku terus peluk erat sahabat aku sorang ni, tangis teresak-esak tak henti-henti. Air mata yang bergenang dari tadi, menitis juga akhirnya. Kami dalam posisi macam tu agak lama jugaklah. Lepas tu, aku pun ajak dia duduk di pondok untuk cuba bertenang. Kemudian, datang lagi seorang sahabat karib sekepala aku, yang akan ke destinasi yang sama dengan aku.
"Aku tak lepas sol, dapat 11"


Terkedu. Terkesima. Hilang kata-kata yang boleh terucap. Hati yang tadi gembira terus bertukar sedih. Perit dan pedih. Bila ditanya siapa yang lepas, ini tak lepas, itu tak lepas, si dia kurang lagi satu point, si polan ini akan tukar destinasi yang sepatutnya. Ya Allah. Hati pada waktu tu remuk dan berkecai. Agaknya inilah rasa yang ingin digambarkan dengan "cubit peha kiri, peha kanan juga terasa sakitnya". Aku rasa kosong. Tak bermaya. Walau ada riak wajah yang macam selamba tak ada apa-apa, ada yang tersenyum konon aku okay saja. Dalam anak mata mereka, aku dapat nampak cerita yang sebenarnya. Ya Allah, dugaan kali ini cukup hebat. Kuatkanlah hati-hati mereka. Janganlah kau jadikan mereka insan-insan yang lemah dan berputus asa. 






Lepas solat Zohor, aku cepat-cepat cari alasan nak balik. Tak sampai hati nak duduk lama-lama dengan mereka. Kalau ikut falsafah Three Idiots, hati akan jadi lebih parah. Dan aku tak nafikan, kalau aku juga di tempat mereka, mungkin aku akan lakukan perkara yang sama, walau rasa bangga dengan yang berjaya, tapi rasa sedih itu akan jadi melampau-lampaunya. Dalam perjalanan balik itu, hati aku puas mendoakan kejayaan mereka dalam masa yang akan datang.


"That day we learned, when your friend flunks, you feel bad, when he tops, you feel worse"

-Farhan Qureshi- 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Luahan 1 Syawal...

Tiap-tiap kali peperiksaan besar aku akan rasa dan berada dalam dilemma yang sama. Alhamdulillah atas rezeki yang mencurah tak henti-henti. Tapi aku akan menghadapi masalah yang sama. Nak tanya keputusan orang lain, nanti dikata berlagak, showing off result. Nak duduk diam tunggu ditanya, pun dituduh sombong, tak nak tegur orang dah semenjak dapat keputusan bagus. Bingung ! Jadi, dekat sini aku nak cakap, kepada sesiapa yang tak keberatan nak berkongsi cerita dan keputusan mereka, silakan. Baik secara public ataupun private. Aku memang tertunggu-tunggu khabar berita daripada kalian. Tapi kalau anda tak rasa selesa untuk bercerita, aku okay je. 


Lepas tu, aku nak tekankan sikit dekat sini. Tak payah nak rasa kecil, rasa rendah dan jauhkan diri daripada aku. Aku masih aku. Masih aku yang korang kenal. Yang suka kikis duit korang bawak pergi makan-makan sampai kenyang membuncit, yang tidur lambat bangun lambat, tidur awal bangun lambat, yang kecoh bila berborak dengan korang. Masih yang sama. Jangan disebabkan keputusan ini, korang sisih dan pulaukan aku. Dan aku pun takkan sisihkan korang disebabkan keputusan kali ini. Aku bukannya a spoiled brat, nak bragging dengan markah yang macam nasib-nasib je dapat tu. Okay ? Rasa gembira pun dah lama hilang sejak ambil keputusan lagi. Macam mana aku nak gembira kalau tengok kawan-kawan menangis, muka muram, muka expressionless. Nanti bila korang dah ada placement kita bergembira-gembira balik. Okay ?


Kalau ada apa-apa yang aku boleh bantu, feel free to ask me, kalau perkara itu dalam ruang kemampuan aku, aku akan cuba sedaya upaya. Kalau nak berbincang pasal tempat mana yang lebih elok mungkin aku boleh bagi sikit sebanyak pendapat. Kalau nak apply universiti dalam Malaysia, aku ada sikit buku panduan untuk cari univesiti, yang aku dapat daripada WOW. Kalau nak, andai kata ya, nak retake a-level dan dah tak ada materials yang sepatutnya, aku ada lagi textbooks and notes. Dan kalau anda-anda nak khidmat consultation atau pun nak orang yang boleh mendengar, InsyaAllah aku siap mendengar.


Jadi, anda yang berkenaan, jangan sedih lama-lama. Aku akui memang itu fitrah manusia, bersedih atas perkara yang kita tak dapat. Nak-nak pulak yang kita letakkan harapan yang tinggi menggunung, tiba-tiba impian itu jatuh macam itu saja. Macam yang aku cakap sebelum ini



"Jangan sedih lama-lama. Peluang yang ada depan mata jangan dibiarkan, takut melepas. Ouh ya, kata Prof. Dr. Muhaya, jangan fokus pada yang tiada, tetapi angkat tangan dan bersyukur pada yang ada di depan mata. Gunakan apa yang ada untuk jadikan kita orang berjaya. Bersyukurlah kita masih dapat ke luar negara walau bukan destinasi yang diminta, bersyukurlah kita masih berpeluang belajar dalam bidang ibnu sina, walau hanya dalam negara. Bersyukurlah kita menjadi yang terpilih untuk mengkaji ilmu Allah, walau bukan sebagai bakal doktor. Bersyukurlah kita dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menerima kita seadanya. Bersyukurlah kita ditempatkan dengan sahabat-sahabat yang selalu ada bila kita memerlukan mereka.  Bersyukurlah kita masih bernyawa, diberi peluang untuk menebus dosa. Bersyukur lah kita kerana hidup mengenal Islam."





Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Buat yang ke Ireland, India, Indonesia, ini kali terakhir anda nak feeling-feeling raya di Malaysia. Cabaran kali ini mungkin sedikit sebanyak cuba nak dekatkan kita dengan keluarga. Inilah masanya nak meraih dorongan daripada keluarga, inilah juga waktunya nak mencari sokongan daripada sahabat handai rakan taulan. Inilah detiknya di mana anda akan mengumpul kekuatan untuk menjadi kuat semula. 





Aku juga, orang kata nak susun sepuluh jari bersalaman maya dengan anda, meminta maaf atas keterlanjuran aku dalam bertindak, kelancangan dalam berbicara, fikiran yang tak berapa nak matang, tingkah laku yang kadang-kadang kurang rasionalnya. Aku minta maaf bebanyak. Aku pun nak minta maaf sebab aku pentingkan diri, aku lepaskan diri sorang-sorang tinggalkan korang, mungkin zaman-zaman belajar dulu aku tak kongsi apa yang tahu dengan sebaiknya. Tak tolong apa yang nampak macam boleh dibantu. Minta maaf kalau aku ada tersimpan ilmu. Sesungguhnya memang aku tak ada niat nak buat macam tu, mungkin itu salah satu daripada kelemahan aku agaknya, Wallahu'alam. Halalkan juga makan, minum, ilmu, duit, benda-benda lain yang aku ada terambil daripada anda semua, kalau rasa tak dapat  nak halalkan, tolong hubungi aku, aku akan cuba settle secepat mungkin. 


Selamat Maju Jaya. Selamat Menjadi Insan yang Berjaya. Selamat Memburu Kerjaya. Dan Selamat Hari Raya. :)





p/s: entry agak gopoh. sebab disiapkan pada masa-masa lapang di hari raya.

6 comments:

  1. Replies
    1. thanks. Congrats to you too. See u there.

      Delete
  2. salam.. sol.. hee.. patutla nk cepatbalik ea hari tu.. kantoi sudaa.. haha, teringat kat kelas saser ko tulis ayat tu.. haha.. tq sol, gud luck kat RCSI k, nnti sebelum fly, kita lepak2 la kl jap, aku turun, hee.. btw, selamat hari raya sol, besnes mantap kan, xkn aku xdpt duit raye.. hehe.. -mad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. nak duit raya kenalah jumpa aku nanti. InsyaAllah kalau tak busy aku hantar korang semua fly. :)

      Delete
  3. Congrats and selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks member lama. haha. selamat hari raya, maaf zahir batin

      Delete