Tuesday, August 14, 2012

Ukhuwah Fillah Abadan Abada


-Jakarta dan Bandung
-1 hingga 8 Agustus 2012


Bismillahirrahmanirrahim...





Bergerak ke misi seterusnya, Misi Pemantapan Ukhuwah. Alhamdulillah, rasanya misi ini pun berjaya mencapai matlamat dan objektif yang aku tetapkan. Daripada kenal nama, dah kenal perangai. Daripada kenal luar, dah arif dengan yang dalam. Daripada tahu kekuatan saja, dah dapat korek kelemahan. hehe. Ingatkan dua tahun dekat Intec dah cukup untuk betul-betul 'masak' dengan perangai budak-budak ini, rupanya ada lagi yang terlepas pandang. 


Berfikir 5-6 kali jugak waktu nak mengarang entry kali ini. Should I reveal these things or should I keep for myself. Should I tell everything specifically or should I discuss the topic briefly. Aku tak rasa aku ada hak untuk canang cerita orang, perkara-perkara personal macam ini elok lah orang discover sendiri. Ye dak ? hehe.


Sejujurnya aku memang bersyukur sangat-sangat dikurniakan kawan-kawan yang sebegini. Aku juga bersyukur dipilih masuk ke Intec, satu kolej persediaan yang sangat subur Roh-roh Islaminya. Ditempatkan pulak bersama golongan yang menjadi pasak pembangunan Islami di sana. Alhamdulillah, terjaga jugak akhlak diri yang lintang-pukang ini.




Sebelum aku sambung cerita import daripada Seberang ini. Aku rasa lagi okay kut, kalau aku kongsikan sedikit ilmu yang aku cedok daripada WOW tentang ukhuwah. Dikatakan, serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah melebihkan orang lain daripada diri sendiri. Rasanya Qimi pun pernah cerita pasal ukhuwah ini, siap dengan kisah para sahabat lagi. Tak percaya ? Klik sini


Okay, mula daripada bersangka baik dengan sahabat masing-masing. Pernah tak anda ber-husnu zon dengan kawan anda ? Eh, macam semua pernah je. Kawan masam muka, kita pun termenung fikir masalah dia. Kawan tertinggi suara, kita pun cuba tenangkan hati dia dan hati kita. Kawan monyok mencuka, kita pun selidik diri apa yang tak kena. Kalau semua orang pernah, aku nak ubah soalan pulak. Pernah tak kita tak bersangka baik dengan kawan kita ? Haaa... Ada yang kata sekali dua, ada yang kata, eh, tak terkira. Aku termasuk dalam golongan yang mana ni ? Astaghfirullah. Teruk aku ini. Memang kadang-kadang kita bersangka baik, tapi terkadang juga kita bersangka buruk. Bisikan dalam kepala tu, sibuk suruh fikir yang bukan-bukan dulu. Dah siap reka cerita pasal orang tu, baru teringat nak bersangka baik. Lepas tu, istighfar dan reka cerita yang baik-baik pulak. Jadi, kalaulah kita masih dalam golongan yang macam ini apa kata kita tukar mind set kita cepat-cepat. Positif. Ini prinsip yang aku selalu bisikkan kepada hati, bersangka baik pada manusia dan bersangka baik pada Allah. Kiranya aku macam nak menyeru jugaklah kepada semua-semua, supaya bertukarlah ke kanta mata positif ini, lihatlah dunia dari sudut pandang yang positif. InsyaAllah, things will look totally different from the view that it used to be. Ini testimoni ni, haha. Cuma aku sendiri pun belum mahir dan betul-betul master dalam bab ini. Saya budak baru belajar. :)




Dalam aku klik sana klik sini, terjumpa lah satu perkongsian yang sangat-sangat menarik. Tips-tips untuk bersangka baik. Curious ? Nak tahu lebih lanjut ? Jom sambung baca. haha

Tips ini datangnya daripada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Aku olah daripada sini

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :

“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku”


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku”


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk" 




Okay,berbalik kepada al-ithar, ukhuwah tahap tinggi, ianya bermaksud melebihkan saudaranya daripada diri sendiri. Kalau yang tahap rendah pun masih jarang-jarang dibuat, apatah lagi tahap yang tinggi. Apa nak jadi ni. Kata Ukhuwah Fillah. Haish. Aku rasa lah, aku pernah melebihkan orang lain daripada diri sendiri tapi bukan dalam perkara-perkara penting. So, tak rasa berkorban sangat. Kalau bab makanan, pakaian, wang dan benda-benda remeh, aku tak kisah sangat. Kalau ada, aku bagi, kalau aku tak dapat, aku tak berkira. Tapi kalau menyentuh bab pelajaran dan masa itu aku agak cerewet sikit. Kata seorang pelajar, jadi kalau ada yang mengganggu gugat hal ehwal pelajaran ini memang panas hati jugak lah. Biar diri sendiri yang menjadi punca, jangan orang lain, takut-takut suatu hari nanti aku mengungkit pulak. Biar diri sendiri yang dipersalahkan bukan orang lain, risau cacamerba ukhuwah yang terjalin. Ouh ya, bab masa pun aku agak cerewet, aku tak suka buat orang menunggu dan aku pun tak suka menunggu, even my pace waktu berjalan pun aku lajukan sebab rasa macam masa itu dihiris, disembelih, dicincang depan aku kalau masa itu digunakan untung berlenggang itik pulang petang, inikan pula orang yang drag masa tak tentu hala, tak ikut jadual. A big no no. haha. Aku ini kena belajar banyak toleransi lagi ini. 


Okay, aku nak kongsi sikit pasal tips-tips nak bertoleransi, aku tujukan benda ini khas untuk mereka-mereka yang ada simptom yang sama macam aku. Kalau kita datang awal atau terpaksa tunggu orang lama-lama mesti rasa panas hati kan ? Lepas tu, mula fikir yang bukan-bukan. Tak pun mulut mengomel maki-maki manja, lepas tu, mencarut pulak dalam hati. Sangatlah tak berbaloi. Dah lah datang awal dapat dosa pulak. Tak nak dosa kering kan ? Meh, try benda ini. Setiap kali kita travelling tak kisah lah by bus, train, kereta, plane, atau pun kita pergi hang out dengan kawan-kawan atau menunggu orang, sila bawa bahan bacaan, (buku fiction genre fantasy ! hehe. buku non-fiction, komik, akhbar, magazine). Kalau nak yang lain sikit pun okay jugak, apps dalam android masing-masing, mp3 player dan macam-macam lagi. Kalau macam ini, baru lah kita akan rasa masa kita akan terisi dan bermanfaat. Lepas tu, kadang-kadang tak sedar pun orang yang ditunggu dah sampai. Haa... dah lah terlepas dosa, dapat pulak ilmu. :)


Toleransi atau tolak ansur. Perkara yang paling penting dalam persahabatan. Tak mungkin kita akan berjumpa dengan orang yang sama perwatakan, serupa perangai, habits pun sebijik dengan kita. Itu agak mustahil. There must be at least a slight difference between you and them. Even kalau sama pun, hati manusia ini memang susah nak dipuaskan, mesti ada satu dua perkara yang tak berapa sedap di mata kita. Jadi, apa nak buat ? Bertolak ansur ! KIta terima kekurangan, ketidak matangan, kelemahan mereka and of course you wanna yours to be treated in the same way, kan ? Belajar menerima dan bukan menghukum. Saya ada kelemahan, awak ada kekurangan, mereka juga ada lopongnya. Itulah gunanya persahabatan, you fill up the empty spot. Saling melengkapi antara satu sama lain. 




Persahabatan itu umpama susunan jigsaw puzzles. Kita kurang satu bahagian tapi kita lebih pada satu bahagian yang lain. Begitu juga kawan-kawan kita. Kita perlukan mereka untuk lengkapkan diri kita, dan mereka pun perlukan kita untuk melengkapkan diri mereka.

Sebab apa wujudnya term satu kepala

Sama macam jigsaw ini jugak, kalau yang lain jenis, kita tekan, picit bagi masuk pun tak masuk-masuk jugak. Ada bentuk yang tertentu je yang boleh masuk. Ianya diciptakan dengan bentuk tertentu dan hanya boleh 'ngam' dengan bentuk itu. 

Eh, kadang-kadang kalau kita tekan, masuk jugak, macam mana tu ? 

Kalau puzzle itu kita tenyeh jugak, memang dia akan masuk tapi the whole picture nampak pelik, buruk, ada yang tak kena kan ? Tapi if we arrange it nicely, the picture turns out to be amazing, perfect and mesmerizing. 


Eh, bila nak cerita pasal trip to Indonesia ini. haha. Sebenarnya aku sengaja bagi tips-tips di atas ini untuk memantapkan ukhuwah anda dan sahabat-sahabat anda. Kami ada cerita kami sendiri dan aku pasti dan amat yakin, setiap orang ada cerita pasal ukhuwah mereka yang tersendiri, setiap dari kita ada memori persahabatan masing-masing. Take time to appreciate your friendship. Bagi yang belum ada cerita, jom kita reka ceritera kita sendiri. Ayuh berukhuwah ! 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau waktu menunggu plane ke Malaysia kami main "Truth or Dare" versi muhasabah diri, dan waktu dalam plane kami buat sesi refleksi sambil menghirup maggi kari, biar kali ini aku pula list out several facts that I finds interesting in them


1. Aman
*kacak dengan kaca mata fotokromik. huhu*


Seorang yang ceria dan tak pernah marah-marah. Sebab tu aku suka sakat kau. haha. Lepas tu, pemurah dan rajin, selalu belanja dan jadi bibik buat "kopi + teh" beserta biskut untuk kudap-kudap malam. Terima kasih terima invitation aku untuk berpindah bilik. Walaupun mula-mula banyak konflik and seems impossible, tapi Alhamdulillah sebilik jugak kita. 

"Aman, lepas ini kalau pergi berjalan-jalan, tolonglah bawak stok minyak angin, pil-pil yang berpatutan dalam kuantiti yang banyak. Sorry, waktu dalam plane tu, aku bubuh minyak angin dalam beg kargo, so, tak dapat eden nak nolong. hehe."

Tak tahu pula kau ada motion sickness. Tapi dah kita masuk ke Dufan, memang aku paksa lah kau naik semua wisata tu. Baru berbaloi. hehe. Aku ingat lagi muka kau masa naik wisata yang macam DNA mixer dekat Time Square cuma dalam gigantic version tu. Berkerut-kerut muka sambil pejam mata. hehe.


2. Aizul


Bekas roomate kat Kolej Cendana selama setahun. Berpisah sekejap dekat Cemara, di hujung-hujung semester akhir di Intec, berkampung lagi sekali di bilik yang sama. haha. Seorang yang peramah, berani dan malu bertempat. Sepanjang di Jakarta dan Bandung, dialah yang rancak berborak dengan setiap supir-supir yang ada. Walau bahasa Indonesia yang diguna ala-ala Sabah, tapi yang penting komunikasi itu dua hala. Kan ? Yang penting kita faham apa yang orang cakap, dan orang mengerti apa yang kita tuturkan. After all that is the main function of communication. Kami masuk ke Panti Asuhan itu pun sebab dia yang cadang dan meluru masuk ke lorong itu. Alhamdulillah, kalau tak, tak merasa lah kami apa itu panti asuhan. 

"Berani itu kadang-kadang jadi aset yang berharga. Kadang-kadang jadi perkara yang bawa padah. Berjaga-jaga ea. Kalau boleh fikir dua tiga kali sebelum ambil tindakan. Tapi jangan pulak lepas ini jadi pengecut pulak, jadi seorang yang berani dan bijak menganalisa situasi. Bertindak mengikut kesesuaian. Okay ?"




A complete stranger waktu di Kolej Cendana. Entah bila mula rapat pun aku tak ingat. haha. Sangat berkepimpinan dan seorang yang jenis tak berkira. Senang nak bekerjasama dan bergerak. Dialah master planner for this trip. Makasih ya mas, ajak-in aku. haha. Dia jugak lah yang menjadi tour guider sepanjang 7 hari di sana.

"Wan, sukat cili pedas di perut sendiri. hehe. Nak buat macam mana kalau dapat perut Eropah, tak biasa dengan makanan pedas. Kalau mengidam, icip-icip ambil rasa udah le. hehe."




Ini lagi lah a complete stranger, ajnabi sepanjang dua tahun dekat Intec. Nak-nak pulak umur jauh berbeza. Macam yang aku bagitahu dekat dia, aku ini susah sikit nak bergaul rapat dengan orang yang lebih tua. Selalunya aku akan elakkan untuk berinteraksi dengan orang-orang yang tak sama umur ini. Asal dia datang ke Cemara, memang aku tak turun ke bilik bawah. Tahu nama, tapi tak pernah sua muka. Projek ambil gambar itu pun paksa-rela. haha. Entah macam mana boleh rapat pulak sebelum ke Jakarta, dekat sana makin bertambah-tambah pulak rapatnya. Tak ingat apa yang trigger, tau-tau dah boleh buka cerita. hehe. Dia seorang yang caring, dan sangat-sangat tak berkira. Buat kerja lebih pun tak kisah, tak merungut, tak mengomel. Bagus ! hehe.

"Abg Nash, is okay to be humble but don't downgrade ourselves. Bersyukur dengan keadaan yang ada, tapi dalam masa yang sama kita sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik. Sol pun orang-orang biasa, don't worry, we are on the same boat."




Orang pertama yang aku cari lepas dapat tahu keputusan JPA. Konon-konon nak cari teman dekat Intec, sebab datang daripada sekolah yang sama. Memang pun dua tahun dekat Intec memang nampak muka dia je. haha. Walau tak sebilik, bermusafir ke bilik aku dah jadi perkara wajib buat Mad. Yang best-nya, senang nak dibawa ke mana sebab mesra alam dan jenis yang tak berkira. Eh, bila tengok balik, ramainya kawan aku yang jenis tak berkira. Alhamdulillah. :)

"Lepas ini kalau nak travelling, sediakan awal-awal lip bum tu. Tak payah nak Angelina Jolie sangatlah kan, pakai yang pink colour. haha. Jaga kesihatan bibir anda. huhu"


Eh, pesanan yang aku tulis dekat atas ini, konon-konon pemerhatian aku lah, kalau rasa macam tak ada kena mengena, sila abaikan. huhu.



*CFC menjadi saksi lambang ukhuwah kita bersama*


Okay dah, ini saja buat masa ini. Aku dah kebuntuan idea. haha. Good luck with the A-level results. Whatever happens on that day, I will always be there for all of you. Bittaufiq wan najah. Kalau sesuatu yang tak berapa nak best berlaku pada aku pada hari 16 Ogos itu nanti, aku harap korang semua pun dapat sokong aku daripada belakang, mungkin aku berdiam buat beberapa hari sebab ini merupakan satu batu loncatan yang sangat besar dalam hidup aku dan mungkin juga dalam hidup korang semua. InsyaAllah, yang terbaik untuk kita semua. 


*aku lari tema. haha. sesuka hati buat peace muka gembira*


Di kesempatan dah nak sambut hari lebaran ini, aku nak minta maaf yang terkasar bahasa, tersasul dalam berbicara, terlancang dalam kata-kata. (Okay, aku tahu ini banyak kali. Kadang-kadang mulut aku lagi laju daripada otak yang berfikir. Tak sempat nak filter. Ampun !) Tapi percaya cakap aku ini, aku tak pernah berniat nak marah, hina, keji, cerca, cuma sekadar nak melawak dan menceriakan suasana. Minta maaf juga kalau aku biadap dalam tindakan seharian, perangai aku yang mengguris rasa, tingkah laku yang mengusik jiwa, membentak minda, mencengkam nurani. Ampun ! Ampun ! Woah, terharu cikgu BM kalau baca madah berhelah ini. hehe.


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."




Uhhibukum Fillah Abadan Abada :)




p/s: Sorry, kurang info dan agak peribadi sikit entry kali ini.
p/s/s: Eh, ini untuk semua orang, roomates daripada Intec, jiran rumah di Intec, rakan sekelas, ikhwah seusrah, teman se-Intec, kawan-kawan sekolah lama dan semua yang mengenali diri yang tinggi lampai ini. huhu.




11 comments:

  1. Sol, thanks for the notes...Siyes tersentuh hati ini...Thanks a lot....Mungkin lepas ni kita akan berpisah, namun hati kita masih tertaut di atas tali persahabatan ini...Mungkin jasad akan terpisah, namun kasih dan persahabatan ini akan utuh terbina di atas janji kepadaNya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi. Kalau tak berkesempatan di dunia, lets work hard to meet in Jannah. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam Sol, Nice post actly, xsangkakan, dahulunya hanya kenal nama at last apa yang jadi pada kita, tawa dan ukhwah yang berpanjangan. Thanks atas penulisan nama abg nash. I will remember the word don't worry, we are on the same boat. Selamat Hari Raya Sol. Nntkan duit Rayanya ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. we are the matching puzzles. hehe. seronok dapat kenal dengan abg nash. :)

      Delete
  3. solihin mahadi, aku sgt kgum dgn ko, serious.. one of the best ppl that i hav ever met dlm dunia ni.. InsyaAllah sol, truskn gali diri ko, u will end up becoming someone great dunia akhirat.. aku doakan.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aku akan usaha lagi untuk jadi yang lebih baik, but I hope u will always be there to support me. :)

      Delete
  4. whoaa.. best2! haha n pic sume cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok cameraman lah. haha. (Abg Nash, Thanks !). Lepas ni, kalau keluar, kau pulak tangkap gambar, kimi. hehe

      Delete
  5. ya Allah Aizul..berbunga habis ayat kau..x sangka aku..haha..nice one..sol thanks sol..hampir aku menitiskan air mata aku yang berharga ni dek kerana ayat dan lagu tema kau ni..aku doakan yang terbaik untuk kau..ubat2 dan MINYAK ANGIN insyaAllah tak kan kau lupa untuk di bawa kalau aku travel..perkara wajib tu..hehe..thanks for this superb entry!!!love u sol!!!haha..uhibbukum fillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aizul ada bakat terpendam ni. cuma malu-malu nak tunjuk pulak. haha. Jumpa esok ! :)

      Delete