Sunday, August 12, 2012

Tautan Pesantren Menuju Illahi


-Jakarta dan Bandung
-1 hingga 8 Agustus 2012


Bismillahirrahmanirrahim...



Seperti yang aku tetapkan sebelum ke Indonesia, klik sini, ada beberapa misi yang ingin aku penuhi. Salah satu daripada misi nya ialah Misi Mencari Sinar Islam di Indonesia. Tajuk tu saja bagi boom-boom sikit. hehe. Tapi InsyaAllah ada kaitannya.


*flight petang ke Jakarta. Sunset. Wooo*

Sepanjang di Indonesia, ada beberapa sinar Islam yang aku sendiri dapat lihat, dengar, dan rasa dengan hati. Sinar Islam yang tak ada di Malaysia, atau mungkin ada cuma aku yang tak berpeluang merasa.


1. Meriahnya sahur di Jakarta




Adat lah orang bermakan angin, melancong, berlawatan sambil belajar dan macam-macam lagi terma yang boleh diguna pakai, balik lewat malam lepas tu letih lesu. Jadi, aku pun macam itu jugak lah. Balik ke hotel dah lewat malam, lepas solat Jama' dan Qasar, habis Tarawikh dan Witir dah terbongkang. Tetapi dalam lebih kurang pukul 4.30 pagi waktu Jakarta dan 5.30 pagi waktu Malaysia, aku terjaga daripada ulitan mimpi. haha. Rupa-rupanya di sini ada wake up call. Terdengar satu suara yang kuat dan jelas daripada bilik kami,

"Waktu Imsak berbaki lima minit lagi ! Waktu Imsak berbaki lima minit lagi ! Ayuh bersiap! "

Aku yang mamai-mamai, bangun merangkak ke sisi meja hotel, minum seteguk dua air Aqua. (Ouh ya, dekat sini, air mineral jenama Aqua famous gila ! Kalau pergi kedai makan, dalam menu mesti ada air Aqua, baru 3000 rupiah which is approximately seringgit) Lepas tu, mata berat gila. Mengengsot ke katil balik, konon-konon nak sambung tidur. Tiba-tiba bergema sekali lagi:

"Waktu Imsak sudah tamat ! Ayuh persiapkan diri untuk menunaikan ibadah Subuh ! "

Aku pun bangun sambil bermonolog dalaman sejenak dua,

"eh, bagus jugak kalau ada macam ini di Malaysia. Kat kampung aku ada mengaji je. Itu pun sayup-sayup ditelan keheningan pagi. Meriah pun zaman-zaman sekolah asrama dulu je."

So, mungkin lepas ni, masing-masing boleh cadangkan kepada surau atau masjid kawasan masing-masing. Pendekatan begini aku rasa lebih sampai kepada orang yang mendengar. Saling ingat-mengingatkan. :)


2. Toleransi agama




Ingat lagi, waktu duduk dalam Taksi Blue Bird Group, (Taksi ini je yang paling banyak kami naik sebab paling dipercayai. Syarikat besar lah katakan). Sambung cerita. Tengah seronok melilau kiri kanan tengok pemandangan, mata ini sempat menangkap satu banner yang digantung di tepi jalan, sayangnya bila nak snap dengan kamera tak sempat pulak.

"Mahasiswa Kristen Indonesia mengucapkan Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa"

Kristen itu Kristian ya kawan-kawan. Terkejut jugak bila baca. Sangat open minded, saling hormat-menghormati. Satu panorama yang masih tidak aku jumpa di Malaysia. Perbezaan agama bukan suatu perkara yang sensitif, bukan perkara yang menjadi sempadan dalam persahabatan, bukan menjadi alasan untuk bertikam belakang.


Untuk pengetahuan anda-anda semua, ucapan yang sebegitu memang bersepah-sepah di jalan-jalan. Bermacam-macam pertubuhan, agama, meraikan bulan Ramadhan ini. Padahal Islam di sana, tidaklah semajoriti di Malaysia. Apatah lagi kalau di bandar macam Jakarta. Jadi, saya pun terpanggil jugak nak ucapkan kepada sesiapa yang membaca blog ini,

"Wilujeng Ngalaksanakeun Ibadah Shaum"

Bersempena dengan fasa Ramadhan yang terakhir ini, ayuh lah sama-sama kita mencari malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. :)


3. Eh, Indonesia tak ada lagu Raya ke ?


*Ini live interview pasal Ramadhan di tengah-tengah mall. Baru nak poyo bergambar dengan si Dude Herlino ni tapi melepas pulak. Elok-elok turn aku je, host rancangan dah panggil.* sigh *


Salah satu daripada keajaiban dunia agaknya, sebab lagu Raya tidak didengari di corong-corong radio baik dalam taksi, malls, shops, food courts, hotel dan sebagainya. Lagu wajib didengari sebanyak dua puluh kali sepanjang di Indonesia setiap hari ialah lagu-lagu Maher Zain. Open Your Eyes, InsyaAllah, Allahi Allah Kiya Karo, Baraka Allahu Lakuma, Number One For Me dan macam-macam lagi. Eh, tak nak sambut lebaran ke? Asyik-asyik pasal Ramadhan je? hehe.


Ouh ya, lagu daripada Manbai pun ada di sini. Lagu yang,

"~~Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih makna~~"

Bukanlah nak promosi lagu-lagu Maher Zain, tapi Raya tu tak diheboh, dikecoh, digilai ditunggu-tunggu. Ingat lagi, sampai je di Malaysia, dalam Air Asia Malaysia itu, dah ada melodi "Balik Kampung". Tapi sebenarnya sebelum masuk Bulan Ramadhan lagi, lagu Raya dah berkumandang di kedai-kedai perabot dan butik pakaian sambil digantung meriah "Raya Sale !" "Promosi Terhebat Untuk Raya". Alahai ! Dah ter-skip satu bulan nampaknya. Sesampai daripada tanah seberang, dalam kereta nak balik ke rumah pun dah dengar lagu raya di radio. Lagu raya dah pun menjadi trend lagu-lagu permintaan walaupun Ramadhan berbaki belasan hari. Seronoknya nak beraya ea ! Nak beli baju raya punya pasal sanggup kurangkan jumlah duit untuk disedekah, nak bake Almond London punya pasal sanggup lepaskan Tarawikh. Kalau besederhana dalam preparations raya itu pun okay kut, apa kata kita cuba bermewah-mewahan dalam ibadah bulan Ramadhan pulak tahun ini. :)


4. Ukirkan Kalimat Quran di Hati Kami

Selepas berbuka puasa dengan soto dan bakso di sebuah kedai di sisi Jalan Karapitan, Bandung, kami mencari masjid yang terdekat untuk Solat Jama' dan Qasar untuk Maghrib dengan Isya'. Lepas tu, ternampak lah rambu di sebuah lorong, yang bertulis Masjid Jami al-Abroor.

*model upahan Aizul Zulkifli. hehe*


Rambu itu papan tanda. Okay, tutup sesi glosari. Masuk lah kami ke masjid tersebut. Lepas ambil wudhu' dengan air dingin beku sebab iklim dekat bandung sentiasa sejuk ala-ala Cameron Highland sebab the whole Bandung is at a high altitude, masuk lah kami ke ruang solat. Tiba-tiba ada suatu scene yang sangat menarik.


SubhanaAllah ! ada sekumpulan anak-anak kecil 7 tahun dan ke bawah sedang belajar mengaji al-Quran bersama-sama. Ada juga yang menghafal surah-surah lazim. Sangat-sangat terkejut. Kalau dapat dilihat daripada gambar tersebut, yang paling tua adalah kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun dan masih berada di Sekolah Dasar (SD). Dan yang paling muda berumur 5 tahun, si baju kuning, comel je budak-budak ini. Nak bawak seorang balik ke Malaysia tapi mak dia tak bagi. haha. *joking*


*Walaupun orang mungkin cakap pakaian inappropriate tapi mereka masih belajar. Kesungguhan itu yang penting*

Tak ada Pak Ustaz yang datang mengajar, tak ada orang yang menghantar dan memaksa mereka mengaji al-Quran, tak ada halangan untuk mereka keluar bermain seperti anak-anak yang lain. Tak ada ! Mereka belajar dengan rasa kecintaan terhadap Quran, kerelaan untuk mengkaji mukjizat tersebut. SubhanaAllah ! Betul-betul terpukul hati yang entah-entah dah keras dan hitam ini. Bila ditanya bila akan berhenti mengaji,

"Satu hari setelah habis bahagian ini kami akan berhenti" 
sambil menunjukkan Ruangan Juz Amma.

Lepas solat, kami sempat bergambar sekejap dengan anak-anak ini. Tetapi rasanya panorama yang tertangkap di memori kali ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. InsyaAllah.


*suka-suka hati je aku kacau bebudak ni mengaji. dah tu ajar buat peace pulak tu. haha semoga mereka membesar dengan semangat Islam yang utuh dan kukuh.*


Selesai solat, kami sambung berjalan di sisi jalan tersebut. Ternampak pulak rambu Panti Asuhan Annida Rosada. Aizul ajak masuk, katanya nak tengok macam mana panti asuhan itu. Okay, cerita ini aku simpan kemudian. Nanti lari tema pulak. hehe. Alangkah terkejut beruk nya lagi, bila dapat berjumpa dengan anak berumur dua tahun yang dah berjaya menghafal satu juzuk daripada al-Quran. Ya Allah ! Suburnya Ruh al-Islami di sini. Terkesima sambil tertunduk malu di situ, umur dah nak cecah 20 tahun tapi hafalan entah ke mana. Insaf ! Insaf !


5. Saya Nak Solat Ni. Mana Surau ?

Sebelum jejak ke sana, banyak juga lah aku dengar cerita,

"Alaah... Islam dekat sana gitu-gitu aje. Islam pada nama je."

"Diorang kan kahwin campur agama pun macam tu je."

Tapi bila sampai, eh, indah rupa daripada khabar ! MasyaAllah, musholla bersepah kat Jakarta tu, Masjid di lorong-lorong Bandung merata-rata. Kalau lah konon-konon choosy and picky, tak selesa nak sembahyang tepi jalan atas hamparan pavement, walaupun boleh, surau dekat sini baaaaaannnyaaaaaak. Pilih lah ! Kalau kata tak boleh nak sembahyang itu, alasan semata-mata. 



*beberapa Masjid yang ada di lorong-lorong sekitar Bandung*


Banyak lagi Masjid dan Musholla yang kami nampak, tapi takkan nak bubuh semua kan. Cukup lah tiga empat gambar menjadi bukti. Lagi satu, sewaktu kami ke Dufan (Dunia Fantasi), Taman Impian Jaya di Ancol, (Dufan ini ala-ala Genting Higlands cuma tak ada casino). Melencong sekejap, Taman di Ancol itu luas banget deh, dalam Taman itu ada Dufan, ada water theme park (Atlantis), ada beaches, ada dinosaurs and ocean parks, ada hotel and resorts. Senang cerita macam 10 in 1. Jalan sepuluh hari pun belum tentu habis. hehe. 


Back to the Dufan's story, waktu kami nak solat Zohor dan Asar, mencari lah musholla. Dalam hati ada terfikir jugak, tempat-tempat theme park macam ini surau mesti sempit sikit, kadang-kadang tak ada pun. Kalau tak jumpa ingat nak sembahyang dekat luar Dufan je, sebab nampak banyak musholla sebelum masuk gate ke Dufan ini. Tiba-tiba ada masjid yang luas dan besar dalam theme park macam itu.




Terkejut aku. Biasanya tempat-tempat macam ini selalunya surau itu besar toilet je. (Indonesian tak tahu tandas, mereka panggil kamar kecil). Arah Kiblat pun lukis dengan marker pen. Ni haa... Gedabak besar ! Dah macam parking lot dah. 20 kereta boleh masuk. hehe. Nak cerita dekat sini, fasiliti dan keperluan umat Islam dipelihara dan diberi perhatian. :)


6. Panti Asuhan Islam, Pesantren Menuju Tuhan






Okay, nak sambung cerita yang kami masuk ke Panti Asuhan An Nida Rosada ni. Mula-mula ingat nak meninjau je, tapi kedatangan kami disambut dengan begitu baik sekali oleh Kepala Panti Asuhan. Sayangnya, time kami datang itu, mereka ada majlis berbuka puasa. So, tak dapat nak berjumpa dengan semua anak-anak yang ada di situ. Katanya, total ada 75 orang. Paling kecil 7 tahun di SD dan paling besar 17 tahun di SMA. Best-nya panti asuhan ini, ianya ditaja dan diuruskan oleh keluarga mereka sendiri. Katanya, ini warisan keluarga. MasyaAllah, hebat sungguh. Semua biaya ditanggung oleh keluarga mereka dan sikit-sikit daripada yang sudi menyumbang. Dekat situ lah, aku berjumpa dengan budak 2 tahun yang hafal Quran itu. Kiranya tempat ini menjadi satu medium semaian belia-belia yang akan membangunkan Islam. Hebat ! Hebat ! Kami datang waktu itu pun tangan kosong je sebab tak ada plan pun pada asalnya. Tapi bila melihat kondisi dan keadaan yang terpampang di depan mata, berfikir jugak kalau ada apa yang termampu, tapi sedihnya wang pun tak seberapa, ilmu tak tinggi mana, khidmat tenaga tak sekuat mana jadi kami berjanji untuk cuba menyebarkan berita pasal panti asuhan ini. Harap-harap ada yang berkemampuan untuk menyumbang. Nak-nak bulan Ramadhan, lepas tu, sedekah pulak kepada yang kurang berkemampuan, yatim piatu, pelajar yang mendalami bidang agama. InsyaAllah, besar ganjarannya.  Terfikir jugak agak-agak kalau dah jadi doktor nanti, buat rawatan amal dekat tempat-tempat macam ini, okay jugak. Siapa nak join ? hehe.


Okay, ini link untuk ke website Panti Asuhan ini. Donasi boleh dibuat dengan arahan yang disediakan. Semoga Allah membalas jasa anda semua. Kalau tak dapat nak menderma, dapat sebarkan berita pun okay juga, biar ramai yang dapat menderma. 


 *bapak berbaju hijau tua itu adalah macam ketua panti asuhan ini jugak. beliau pun dah tak berapa sihat. kencing manis, darah tinggi. tapi dah berpuluh tahun berbakti dalam mendidik anak-anak di sini.*


*budak kecil ini namanya Taszkia, manis je. dia baru balik daripada majlis berbuka puasa*


Okay habis cerita panti asuhan ini. Fuhhh ! Tertunai juga janji. Nak dijadikan cerita, waktu perjalanan balik kami ke Soekarno Hatta Airport, kami naik Taksi Blue Birds Group jugak. 


*aku memang recommend taksi ini sebab comfy, trustworthy and the drivers, setakat ini yang aku jumpa, boleh tahan peramah dan friendly


Dalam perjalanan balik itu, kami dapat seorang supir muda, lahir tahun 1991. Tua setahun je daripada aku. Dah merantau dari kampung dan bekerja dah. Mula-mula lah masing-masing speaking Indon dengan brother ini, ngobrol-ngobrol sementara menghadap macet jalanraya. Katanya dia datang daripada daerah yang kuat ajaran dan amalan Islamnya. Dia bekas pelajar pesantren, tapi dia berhenti untuk mencari rezeki. Dari cara dia bertutur dan cara dia berhujah dengan kitab-kitab yang dipetik. Sah ! Dia tak menggoreng. hehe. 


Aku tanya dekat dia, dah alang-alang belajar agama, kenapa tak jadi pak ustaz aja. Katanya,

"Kalau belajar agama itu gampang mas, emangnya udah jadi pak ustaz. Tapi belajarnya itu susah. Perlu banyak pengorbanan yang pahit. Saya itu nggak suka sama pesantren sekarang, makannya udah disiapin, fasilitas nya banyak, kurang kemandiriannya mas"

Lepas tu, dia siap cakap lagi, dia bersyukur sebab dia belajar agama dulu. Katanya baru ada asas yang kukuh untuk jadi bekalan bila dia sampai di Jakarta, walaupun jauh daripada ibu bapa, bebas, tapi dia masih dapat membedakan yang hak dan batil. Alhamdulillah !


Tapi the best part was, when he said,

"cewek Malaysia itu juga cantik-cantik. Tapi mahu ditegur, jadi malu mas. Soalnya mereka semua lagi berkerudung. Malu ! "

Aku tersedu-sedan je. Malaysian please ! Jangan hampakan mereka. Jangan sampai tanggapan murni mereka meleset bila sampai di Malaysia sebab nampak rambut-rambut berkarat. hehe. Cover your aurah, sisters.


To sum up, these are the 6 points that we do not have. aku rasa lah. Kalau orang selalu kaitkan 6 dengan jahanam, aku nak namakan enam points ini sebagai Enam Jalinan Jannah. Okay tak? hehe. Itu sahaja perkongsian kali ini. Kalau ada kesempatan sila lah berkunjung ke sana. Selamat berburu ! Maassalamah wa illal liqa'.


p/s : Mungkin ini perkara yang aku seorang je rasa. Mungkin keburukan mereka lebih banyak daripada kita. Tujuan perkongsian kali ini bukan untuk condemn negara, cuma nak menambah baik yang sedia ada. Mungkin ini hanya wujud di Jakarta dan Bandung dan bukan keseluruhan Indonesia dan aku dah buat banyak generalisasi. Tapi aku rasa amatlah molek untuk kita berbaik sangka dan berfikiran positif. Ambil yang baik jadikan pedoman, buat tampalan kekurangan dan kekosongan. :)


10 comments:

  1. wahhh.. mantap2... teruskan pengembaraan di ireland pula.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita berdoa sama-sama. Moga-moga result khamis ini, okay untuk semua orang. Risau deh. hehe

      Delete
  2. Sol, sangat best sol punya susunan cerita and thanks perkongsian yang cukup tepat dan padat. Thanks sol.. :) Jgn lupa follow blog kita manisnyacoklatpahitnyakopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. mencari jugak blog abg nash. I follow u ~~

      Delete
  3. terbaik sol..penggunaan ayat yang gramatis dan bertepatan..A* aku bagi..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melestarikan Bahasa Ibunda di blog sendiri. (padahal bahasa rojak berlambak-lambak)

      Delete
  4. sgt2 mantap penulisan ko sol.. teruskn.. terharu aku bce.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih ya mas. Sumbang saran dan komentar emang dibutuhkan. haha

      Delete