Friday, August 17, 2012

Bekalan Untuk Muslimah #4


-Khutbah Jumaat "Menghidupkan Akhir Ramadhan"
-Masjid Jamiul Ehsani, Kg. Sijangkang
-17/8/2012 bersamaan 28 Ramadhan 1433

Bismillahirahmanirrahim.


Alhamdulillah, hari ini dapat juga aku bersolat di masjid kampung sendiri. Walaupun dah lama bercuti tapi baru hari ini dapat pergi ke masjid ini. Selama ini asyik disibukkan dengan urusan-urusan luar. Sekejap. Nak promote masjid kampung aku ini kejap. Kalau nak tahu masjid ini yang mana, buka channel tv9, setiap kali azan nampak lah masjid kampung aku. hehe.




Hari ini aku off. Bercuti untuk rehatkan minda. The thoughts of them never leave my head.  I felt so empty. Kosong. Speechless and clueless. Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau aku yang dipilih untuk merasa peritnya ujian itu, entahkan boleh aku bertahan, entahkan tidak. Kawan-kawan, aku akan sentiasa doakan kejayaan kita bersama walau kita nanti berada di tempat yang berbeza. Tapi InsyaAllah, kita bergerak dalam misi dan matlamat yang sama.


"Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Kau tiupkanlah rasa ketenangan dalam hati-hati mereka, kau bisikkanlah bibit-bibit redha dalam benak mereka. Kau jadikanlah mereka insan-insan yang kuat dan sabar."


Ameen... Alhamdulillah, kita sekarang ini betul-betul berada di penghujung Ramadhan. Khatib dekat masjid tadi, sangat menyeru supaya kita semua memaksimakan sisa Ramadhan yang berbaki 2 hari lagi ini. Khatib ini memang best sebab dia tidak membaca teks khutbah, tapi dia menyampaikan khutbah. Suara tak mendatar, khutbah disampaikan dengan emosi yang bersesuaian, intonasinya ada variasi. Bagus sangat ! Haha. Dah macam pengkritik mingguan dah ni. Tapi betul memang seronok mendengar khutbah walau peluh menitik-nitik sebab cuaca yang agak panas. Cuma yang aku kurang berminat bila ada 2-3 perkara isu-isu politik yang diselitkan. Bukan kata tak bagus ke apa, cuma aku sendiri yang tak berminat. 


Menjawab persoalan hamba Allah yang seorang ini, berkaitan politik, aku boleh dikatakan tak nak bergelumang dengan politik Malaysia sangat. Tak nak menjadi obses, takut-takut nanti semua benda yang berlaku depan mata di-politik-kan. Semua yang didengar dikatakan helah konspirasi. Ya, politik itu satu cabang ilmu yang dituntut dalam Islam. Dan berpolitik itu tak semestinya mengikut parti. Lagipun, aku rasa belum sampai masa untuk aku betul-betul masuk ke dalam dunia ini lagi, masih banyak cabang-cabang Islam yang belum aku terokai, yang belum aku kuasai. Biarlah aku simpan cabang ini untuk masa yang akan datang. Lagipun, rasanya sekarang ini dah ramai yang berkecimpung dalam membincangkan isu-isu politik ini baik daripada mahasiswa, penjawat awam sampailah ke artis. Semua-semua sibuk membincangkan hal-hal politik. I'll count on you guys, ya. Belajar berpolitik elok-elok dan majukan agama, bangsa dan negara. Aku tumpang dengar dan baca berita pasal politik yang ada, biar orang kata, cakna dengan isu semasa. Itu sahaja yang termampu untuk aku sekarang ini. Let us hope for a better future, guys. :)


Berbalik kepada khutbah Jumaat hari ini, Khatib berkali-kali menekankan pasal takwa. Adakah amalan kita kali ini bersifat Ramadhaniyyah atau Rabbaniyah ? Adakah ianya Ikhlas kerana Allah Sang Pencipta ? Khatib pun ada juga mempersoalkan, adakah Ramadhan kali ini dah berjaya mendidik kita ? Adakah kita dah rasa terbiasa dengan berjemaah di surau atau masjid pada setiap waktu solat ? Adakah kita dah ada rutin harian untuk bangun malam berqiamullail ? Adakah kita akan terus istiqamah bila sahaja kita keluar daripada madrasah Ramadhan ? Tepuk dada tanya iman, tepuk dahi "lu pikir lah sendiri". 


"Waktu awal Ramadan, pecut sehabis tenaga.. Bila dah di 10 terakhir Ramadan, laju lagi nenek tua berlari.. Padahal, di 10 Ramadan terakhir itulah 'hadiah' berganda-ganda... Tak ke rugi namanya tu.."
-iluvislam.com-


Khatib juga ada menimbulkan persoalan, adakah Ramadhan kali ini, Ramadhan yang terbaik yang pernah kita buat ? Adakah surau-surau sentiasa penuh untuk solat Tarawikh ? Eh, makin hampir kepada penghujung Ramadhan, makin ramai yang dah berpatah arah, berputus asa. Makin besar ganjaran dan janji-janji Allah, makin berkurang amalan hariannya. Adakah ibadah kita, ibadah hangat-hangat tahi ayam ? Adakah ianya bermusim ? Berdas-das tembakan kena dekat aku, lebam hati aku kena serangan bertubi-tubi daripada khatib tadi. huhu. 


Khatib pun ajak muslimin yang ada di masjid tadi untuk terus memaksimakan waktu yang berbaki ini. Katanya, kita belum terlambat, ada beberapa hari lagi untuk kita bertarawikh, bangun malam dan sebagainya. Sebab hidup dan mati kita tak ada siapa yang boleh menjangka. Kalaulah ini Ramadhan terakhir kita, adakah cukup amalan kita untuk jadi bekalan di sana ? Jadi, jom kita pecut dan kerah tenaga yang ada, lepas tu, barulah boleh raya. hehe. Tapi, ada orang kata, bukan bilangan amalan yang jadi ukuran tapi keikhlasan yang jadi cagaran. Memang betul, Allah tak lihat pada kuantiti tetapi kualiti. Tapi.....

'Aisyah mengatakan,
"Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima'), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya." 
(HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)
Dari Aisyah RA ia berkata:-
"Kebiasaan Rasulullah SAW adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan Ramadan melebihi ibadah beliau dalam bulan-bulan lainnya. Dan beliau juga bersungguh-sungguh ibadah dalam sepuluh hari terakhir Ramadan melebihi kesungguhan ibadah pada hari-hari Ramadan yang lain." 
(HR. Muslim no. 1175)

Eh, nabi Muhammad kekasih Allah yang dijamin syurga pun beribadah sampai macam ini. Kita ? Dah terjamin ke syurga ? Cukup ke amalan yang sedia ada ini nak menjamin syurga ? Cukup ke duit seringgit yang kita selitkan dalam tabung masjid itu untuk menjadi bekalan kita di akhirat sana ? Baju raya boleh beli 3-4 pasang, tapi masuk masjid tangan kosong je ?


Senang cerita, di akhir-akhir Ramadhan ini, tersangat lah elok untuk melipat gandakan amalan yang sedia ada. Kalau sebelum ini zikir atas tikar sejadah je, lepas ini, kita berzikirlah sambil-sambil pasang langsir, anyam ketupat, cat rumah dan sebagainya. Kalau sebelum ini, kita Tarawikh lapan je, apa kata cuba 20 puluh pulak. Tahun ni tak dapat hari-hari dua puluh, dapat dua tiga kali okay lah kalau kita dah terlampau penat sangat kerja. Tapi kalau setakat duduk goyang kaki tengok tv sambil memperabihkan makanan-makanan lebihan berbuka tu, apa kata kita solat Tarawikh full. Malu lah tengok pak cik-pak cik tua yang menggeletar jalannya, gigi pun tinggal sebatang dua, boleh solat penuh, kita yang muda gagah perkasa, pumping 50 kali sehari, angkat dumbbell 20 kg sebelah tangan, lengan baju sendat dek biceps besar ala-ala Popeye, badan berketak-ketak six pack, tapi solat 8 je. Itupun ikut hari, ada masa kadang ada kadang tak ada. Ayuh, jadi belia pemangkin Islam. :)




Okay lah kut. Aku rasa dah ada 20 panah tertusuk dekat hati ini, jom tingkatkan amalan di hujung-hujung Ramadhan ni. Kita sentap-menyentap lain kali pulak ya. Renung-renungkan dan terus beramal ! Sehingga bertemu lagi di lain kali :)




p/s: Kepada kawan-kawan, jangan sedih lama-lama. Peluang yang ada depan mata jangan dibiarkan, takut melepas. Ouh ya, kata Prof. Dr. Muhaya, jangan fokus pada yang tiada, tetapi angkat tangan dan bersyukur pada yang ada di depan mata. Gunakan apa yang ada untuk jadikan kita orang berjaya. Bersyukurlah kita masih dapat ke luar negara walau bukan destinasi yang diminta, bersyukurlah kita masih berpeluang belajar dalam bidang ibnu sina, walau hanya dalam negara. Bersyukurlah kita menjadi yang terpilih untuk mengkaji ilmu Allah, walau bukan sebagai bakal doktor. Bersyukurlah kita dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menerima kita seadanya. Bersyukurlah kita ditempatkan dengan sahabat-sahabat yang selalu ada bila kita memerlukan mereka.  Bersyukurlah kita masih bernyawa, diberi peluang untuk menebus dosa. Bersyukur lah kita kerana hidup mengenal Islam.


p/s: entry kali ini agak pendek dan mungkin tidak sarat dengan informasi yang sepatutnya. Salah aku sendiri jugak sebenarnya sebab tak mampu nak ingat semua yang khatib pesan dek kerana sibuk melayan panasnya dunia.  


1 comment: