Saturday, August 11, 2012

Bekalan Untuk Muslimah #3


-Khutbah Jumaat "Al-Quran Pegangan Umat Islam"
-Masjid Berhampiran Tesco Klang
-10/8/2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433

Bismillahirahmanirrahim.


Hari ini bertukar masjid pulak. Orang kata sekali-sekala bertukar angin baru dapat tengok gelagat orang-orang yang baru, dapat merasa persekitaran yang baru, dapat mendengar cara penyampaian yang baru. Senang cerita, it is not a bad idea at all to go to different mosques. Bak kata seorang Brother ini, persekitaran masjid dan suasana masjid itu juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan sampainya ilmu kepada audiens yang mendengar. 


Alhamdulillah, hari ini pun dapat ke masjid awal sikit, jadi adalah sedikit tazkirah ringkas yang aku nak kongsikan. Tazkirah tengahari tadi berkisar tentang "Pujian Yang Berlebihan". Seronok mendengar sebab Ustaz yang menyampaikan tazkirah itu sangat best and knowledgeable. Banyak lencongan dan selingan yang ditambah, tapi InsyaAllah berkait rapat dengan tema asal. Tapi sayang seribu kali sayang, aku sampai di masjid pun dah sekerat jalan. So, bila dengar tu blur sekejap to figure out the main point.


Waktu aku masuk tu, Ustaz tengah bercerita tentang kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir. Ingat lagi tak? Alaaa... yang bocorkan sampan, bunuh budak pastu bina tembok tu. Kalau agak-agak kabur, meh klik sini. Tapi yang nak ditegaskan di sini ialah kisah yang membawa kepada kisah ini. Kisah di mana, Nabi Musa a.s telah mengaku dia yang paling berilmu sewaktu dia berpidato kepada golongan Bani Israel. Lepas tu, baginda ditegur oleh Allah s.w.t kerana sepatutnya ilmu yang ada itu adalah hak Allah dan semuanya perlu disandarkan kepada Allah. Kisah inilah yang membawa kepada pencarian Nabi Khidir tu. 


Kisah ini sebenarnya dipetik sebab nak cerita yang ilmu manusia itu sangat sangat sangatlah sedikit nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Umpama setitik air daripada lautan ilmu Allah. Cuba bayangkan, contohnya, professor bahagian kornea mata hanya arif bahagian mata,  pengkaji hidupan marin  pulak pakar bidang akuatik, pensyarah sejarah dan ketamadunan pulak hafal fakta sejarah, tapi siapa pulak yang tahu semua ilmu dalam segenap bidang yang pernah diketahui oleh manusia, macam mana pulak ilmu yang belum diselongkar dan dikaji macam aturan di angkasa lepas, macam mana pulak dengan ilmu ghaib yang tak dapat dilihat mata kasar manusia? Jawapannya cuma satu. Allah yang Maha Bijaksana.


Nak dijadikan cerita, ilmu yang ada ini tak payah lah nak diriak, ditakjub, diujub, ditakbur dan sebagainya. Sikit sangat lah. Ouh ya, lagi satu nak dipesan, khidmat tukang kipas pun tak diperlukan sangat. Kipas sikit-sikit tak apa, tapi kalau dah sampai tercampak orang yang dikipas nak buat apa. Orang yang puji berlebihan ini umpama menyembelih leher sahabat yang dipuji itu. Elok-elok orang itu alim, tawadhu', rajin beribadah, lepas dikipas kuat-kuat tercampak lah pak lebai ini tadi daripada landasan Allah. Bila masuk je perasaan riak, takbur dan ujub, hilang terus pahala amalan dia, dapat dosa lagi ada laah. Jadi, kita ini bila nampak orang yang baik budi bicara tak perlu lah kita puji melangit, cukup lah sekadar kita menghargai dan berazam untuk mencontohi. Kita hargai mereka dengan melayan mereka sebaiknya, memudahkan urusan seharian mereka dan macam-macam cara lagi. Kalau nak puji pun biarlah berkias berkinayah baru nanti effects nya mild saja. Okay ? Sayang kawan kita kan? Tak nak sembelih leher anak orang kan ? Puji berpada-pada, okay?




Khutbah kali ini berkisar tentang al-Quran sebab kan baru Nuzul Quran. 


“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan 
yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian 
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk 
itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah”
-Surah al-Baqarah: 185)





Al-Quran merupakan mukjizat agung yang menjadi panduan dan pegangan umat Islam seluruh dunia. Bahkan ianya juga menjadi sumber ilmu dan rujukan kepada orang bukan Islam. Kalau kita cuba rumuskan fungsi-fungsi al-Quran, mungkin tak terkira. Tapi khatib ada menyenaraikan beberapa fungsi besar al-Quran kepada pengkajinya:

1. Al -Quran mengeluarkan manusia daripada kesesatan kepada cahaya keimanan, dengan izin Allah SWT.

2. Al-Quran adalah petunjuk ke jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah SWT dan membawa manusia kepada hidup bahagia di dunia dan juga di akhirat.

3. Al quran juga pemberi penjelasan, petunjuk dan pembawa rahmat serta berita gembira kepada orang-orang Islam. 

4. Al-Quran bertindak sebagai kitab yang membezakan antara hak dan batil.


Jadi, kalau kita teliti fungsi-fungsi yang tersenarai di atas ini, dapat lah kita simpulkan yang al-Quran ini diturunkan untuk mengubah manusia dan membawa pengkajinya ke satu darjat yang lebih tinggi dan unggul, iaitu ke arah pengabadian total kepada Sang Pencipta. 




Al-Quran itu sendiri dicipta dengan sifat-sifat syumul. Sempurna daripada segenap sudut. Segala elemen penting dalam kehidupan manusia sudah digariskan di dalamnya. You name it, aqidah, economy, politics, education, sciences , akhlak, social dan macam-macam aspek lagi. Maka tidak akan ada kecelaruan kalau kita betul-betul meneliti dan mempraktikkan apa yang terkandung di dalamnya. Manual kehidupan dah pun ada di depan mata, tinggal baca tak baca saja. Kalau dulu besar dan hadir dalam bahasa Arab sahaja, sekarang ini dah ada tafsirannya, berwarna-warni dengan tajwidnya, hadir dalam bentuk digital pun ada, tinggal Mahu dan Tak Mahu saja.


Khatib juga menyeru kita, pengkaji mukjizat ulung ini, untuk memupuk minda Qurani. Minda Qurani ini akan menjadikan umatnya hidup dengan:

1. Keimanan. 
Prinsip hidup diikat dengan keimanan. Segala apa benda yang nak dibuat, akan ditimbang tara dibanding dengan tuntutan al-Quran. Kalau okay, baru diteruskan, kalau tersimpang, cepat-cepat ditinggalkan.

2. Keilmuan.
Al-Quran itu pemangkin kepada pencarian ilmu. Ianya sendiri sarat dengan ilmu sains, sosiologi, etika dan tatacara dan bermacam-macam lagi. So, bila kita bercakap, berhujah dengan ilmu bukan macam tin kosong, pung pang pung pang tak ada isi pun. hehe.

3. Keseimbangan.
Al-Quran juga mengajar kita untuk belajar menyeimbangkan hal-hal duniawi dan ukhrawi, sunnatullah dan syariatullah, fizikal dan rohani. Senang cerita bak kata Ustaz Hasrizal, belajar untuk tidak menjadi sekular, berat sebelah ke satu bahagian sahaja.

4. Realistik.
Segala apa yang tertulis di dalam al-Quran bersifat realistik. Tercapai akal untuk difikirkan, tergapai minda untuk difahamkan, tergerak hati untuk dihayati. Senang cerita, ini bukan buku dongeng khayalan, segalanya akan terjadi, semuanya akan direalisasi kalau kita betul-betul beriman dan beramal kepadanya.


Jadi, alang-alang kita dah di penghujung Ramadhan, apa kita kita kaji al-Quran cukup-cukup. Kalau dalam Facebook, Twitter, masing-masing dah posted yang we are in the final lap, we have to boost our energy to the limit, sprint to the end point. Yes ! Inilah masanya, kita belum terlambat lagi. Ayuh kita habiskan Ramadhan yang berbaki beberapa hari ini lagi dengan pengisian al-Quran. Kalau yang masih berapa juzuk di hadapan, ayuh kita ber-"Quran Marathon". Kalau yang masih membaca begitu sahaja, apa kata kita mula bertadabbur pula, kalau yang agak-agak dah 2-3 pages nak khatam, apa kata lepas ini cuba hafal pulak. Jom Kita Upgrade amalan yang sedia diamalkan, orang kata minggu-minggu yang awal ini, warm-up phase, sekarang ini pulak ialah Minggu Memburu Lailatul Qadar. 




Jadi aku akhiri entry kali ini dengan ucapan "Selamat Memburu ! " InsyaAllah kita semua akan bertemu dengannya. Sehingga bertemu lagi. :)


p/s: The photos of these cutie angels are soooo irresistible. haha. Dah lama aku konfius pasal diri aku ini, adakah aku budak-budak yang suka aku atau aku yang suka budak-budak. Yang penting aku senang didekati oleh budak-budak. Tutup case. :)


3 comments:

  1. haha.. aku rasa ko senang didekati budak, mcm budak kecik mesti dia guna sense untuk tau orang tu boleh didekati dengan mudah kan? sebab tu dia suka especially babies... hahaha... haaa... ni aku rasa khutbah yang sangat mantap... hmmm... napelah ko punye chatbox tu menyusahkan sangat sampai nak suruh orang sign up semua... hahaha... =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak ni kan suci dan jujur. tu yang seronok tu. Chatbox tu sign in sekali je kalau tak silap. tapi okay jugak kalau dapat komentar banyak-banyak sebab last longer and boleh buat reference. hehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete