Monday, August 27, 2012

Aku Anak Kampung

Bismillahirrahmanirrahim...


Siri B.U.M Jumaat lepas tak dapat nak dikongsikan sebab aku datang lambat ke masjid. huhu. Datang dekat masjid dah tinggal 1/4 khutbah je. Disebabkan belakangan ini ada hal yang banyak jugak lah, jadi agak kelewatan ke masjid. Dalam kereta cuma dengar khutbah Kuala Lumpur punya, pasal puasa enam, adab berziarah dan makan di rumah orang. Baca dekat sini. Sangat berguna untuk menghadapi jemputan rumah terbuka yang tak putus-putus. :)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu yang lepas, aku pergi a pre-departure briefing by PMC di Hotel Double Tree by Hilton. This Wednesday ada another pre-departure briefing by JPA. Sibuk ke sana sini dengan medical check-up, bermacam borang. Busy. Busy. Nothing much about the briefing sebenarnya, biasa-biasa saja. Rasanya macam dah exposed to this things even when in Intec. Tak apa lah, take it as a reminder and a chance to get know with RCSI-ans from other colleges. Memandangkan nanti di RCSI lelaki Muslim daripada Intec 2 orang sahaja, kena lah cepat-cepat meluaskan jalur lebar sendiri. Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak pergi, kalau nak tanya apa-apa, silalah tanya. Jangan malu-malu segan-segan. Malu bertanya sesat jalan.


Ini bukan isu utama yang nak aku bincangkan. Sebenarnya ada banyak situasi di hotel itu yang banyak membuka minda, mencelikkan mata hati dan membangkit emosi. Tapi aku rasa   nak bahagi dua lah. 


1. You tak pernah makan kat hotel ke? KG.com betul


Tajuk di atas bukan dialog atau monolog sesiapa. Hanya rekaan semata-mata. hehe. Nak dijadikan cerita, waktu kami sampai di hotel tersebut, ada jugak lah dijamu dengan berjenis-jenis kuih dan minuman. Tapi standard lah, kalau setakat kuih 4-5 jenis, memang tak lah disediakan meja makan semua-semua itu. Kiranya memang style bubuh kuih dalam piring, lepas tu tenyeh pakai garpu masuk dalam mulut. Agak-agak tersedak menggagau lah cari air. 


Memang lah, ada khilaf pasal makan dan minum berdiri ini. Tak berdosa, tak makruh pun makan berdiri,  tapi tak lah pula digalakkan. Adalah lebih baik kalau duduk sewaktu makan dan minum. Hadis yang menyeru untuk kita minum sambil duduk pun lebih banyak daripada yang menunjukkan minum secara berdiri. Lagipun, memang ada kebaikannya dari segi saintifik. Tapi, andai kata, dah berada dalam keadaan yang betul-betul tak membenarkan atau tak berapa nak selesa nak duduk, berdiri lah. Jangan risau, tak "bandar" mana pun kalau makan berdiri tu, dan tak "kampung" sangat pun kalau makan duduk. Seelok-eloknya duduk, lepas tu, makan dan minum, menepati sunnah dan uruf(adat-adat) masyrakat kita. Kata nak tunjukkan budaya ketimuran dan kemelayuan pada orang luar. Ini belum fly lagi dah jadi mat salleh apa cerita. hehe. Okay, aku faham. Kerusi tak berapa nak cukup. Tapi rasanya boleh je nak tunggu sekejap orang yang duduk tu habis makan, tak kebulur mana pun. Tapi kalau memang dah rasa kebulur sangat waktu tu, makan berdiri je lah.

Aku rujuk dekat sini, sini dan sini dan beberapa links lagi yang anda boleh Google sendiri.


Lagi satu, bab makan guna tangan. Memanglah makan pakai jari-jemari ini ikut kesesuaian jenis makanan dan keadaan setempat. Kalau dah makan bubur ayam yang panas mendidih lepas tu sauk dengan 3 jari, memang cari naya lah. Jenis makanan kita tak sama dengan makanan zaman nabi dulu. Jadi, yang mana boleh dipraktikkan, kita buat lah. Lagi satu, kalau lah keadaan tak mengizinkan, nak makan guna tangan tak ada tempat nak basuh tangan, tangan pulak kotor dan diyakini berkuman, makanan pulak bergoreng berminyak, kejap lagi ada acara yang melibatkan salam orang ke apa, makan lah dengan menggunakan sudu, garfu, pisau dan sebagainya. Tak ada lah tangan berminyak, ada cili-cili kering tersekat kat celah kuku dan sebagainya. Makan ikut kesesuaian. Tapi kalau setakat kuih yang boleh hilang dengan satu suapan, kering pulak tu, tak payah lah nak cuit tenyeh-tenyeh dengan garfu. Guna tangan lagi pantas dan efisyen kut. Tak ada bunyi "Ktang Ktung" macam orang nak bertukang waktu nak cuit kuih tu. Jangan risau, tak nampak kampung mana pun. Dapat pahala sunnah, dapat jugak enzim-enzim free untuk pencernaan kita. FYI, dekat hujung jari-jemari ini, bila kita makan, ada dirembeskan beberapa enzim yang bila masuk dalam perut kita, akan bertambah senang dan lancar lah proses pencernaan makanan.


Aku memang asal daripada kampung. Jadi, memang lah aku tak kesah. Bila masa aku nak guna jari-jemari runcing ini, aku guna. Kalau tak aku pakai sudu dan garpu. Mudah dan fleksibel. :)


2. Mayang menolak seludang atau seludang menolak mayang?


Nampak macam sama tapi sebenarnya tak serupa. Dua-dua tak elok dan tak sedap dipandang. Okay, mari mengkaji simpulan bahasa ini kejap. 


Ini gambar seludang yang masih menyelaputi mayang

Yang bahagian luar, yang keras-keras itu seludang, yang berambu-ramba itu mayang


Kalau mengikut fitrah alam, seludang ini akan menyelaputi mayang sampai mayang dalam tu membesar dan matang. Bila dah boleh kembang mekar, seludang itu akan tertanggal daripada mayang.


Mayang menolak seludang diumpamakan macam anak yang lupa daratan, tak mengenang jasa ibu bapa yang menjaga mereka dari kecil. Dah berjaya tolak mak bapak jauh-jauh.

Seludang menolak mayang pula adalah situasi bila ibu bapa itu sendiri rasa kecil dan tak setara dengan anak-anaknya yang berjaya, bekerjaya dan berpelajaran. Disebabkan rasa tak sepadan dan risau akan memalukan anaknya, ibu bapa tersebut menjauhkan diri daripada anaknya.




Situasi ini adalah more applicable kepada mereka yang asalnya daripada kampung kut. Sebab kebiasaannya, mereka yang daripada kampung tak berkerjaya tinggi, tak berpelajaran tinggi, tapi budi bahasanya tinggi. Aku asal daripada kampung. Aku sebenarnya suka membiasakan diri untuk cakap yang aku asal daripada kampung. Dulu ada jugak dua tiga kali aku rasa malu nak cakap yang aku asal daripada kampung, tapi sekarang ini aku masih dan akan terus biasakan diri dengan kenyataan yang sebenarnya, biar tak cepat lupa daratan. Walaupun kampung kami tak berapa nak kampung sangat.


Ini adalah daripada pemerhatian, pengalaman, sedikit imaginasi dan auta tambahan. Ambil masa sejenak baca dan cuba renungkan.


On that day, even the event is actually nothing, but aku boleh nampak, rasa dan saksikan certain parents were trying hard to look best for their children. Ye lah, anak belajar tinggi nak pergi luar negara pulak, mak bapak biasa-biasa saja. Aku rayu sangat-sangat, anak-anak jangan pinggirkan ibu bapa sendiri, jangan pernah rasa malu dengan mak bapak sendiri, jangan kau ingat kau tu bagus daripada mak bapak kau. Jangan. Jangan. Sebak aku tengokkan.


Can't you see that they are trying really hard ? Beberapa hari sebelum nak ke majlis, they select the best dress from the wardrobe. Konon tak nak nampak "kampung" dan "kecil" di hadapan orang lain nanti. Takut anak sendiri rasa malu. Sehari sebelum tu, dah siap gosok baju cantik-cantik, sediakan awal-awal daripada kasut sampai ke tudung, takut nanti terlambat nak ke majlis. Bangun awal pagi, isi perut dengan apa yang ada, buang air yang kecil atau yang besar awal-awal, atas sebab tak nak menyusahkan orang di majlis nanti. Can't you see that ?


Pada hari berlangsungnya majlis, aku nampak juga beberapa ibu bapa yang duduk jauh-jauh daripada anak-anak. Takut cara mereka berpakaian nampak kolot di mata anda kalau nak dibandingkan dengan mak bapak orang lain. Ada juga mak bapak yang simpan keroncong perut sebab tak biasa nak ambil makanan hotel ini. Tak tahu tatacara yang betul nak ambil makanan. Dah tu anda yang konon "bandar" sangat, kenapa tak pergi ambilkan untuk mak bapak awak ? Konon dah attend dinner, high tea bagai dekat bermacam hotel, tapi tak pulak tolong bubuhkan makanan dalam pinggan. Panas hati aku.


Ada jugak mak bapak yang cuba jugak pergi ambil. Lepas tu, toleh kiri kanan cari tempat nak makan. Tak biasa makan berdiri agaknya. Tapi nak nampak "bandar" macam orang lain jugak, mereka paksakan diri makan berdiri, tapi sumpah aku nampak betapa awkward nya mereka. Why you never realise that ? They are really trying hard to match your level. Ada yang tetiba je, praktiskan beberapa English terms yang mereka sendiri susah nak pronounce. Konon nak nampak tak kampung sangat. Even bila ditanya asal dari mana, nak cakap nama kampung pun serba salah. Takut nanti anak-anak malu.


Memang ada di antara kita yang rasa tak kesah sebenarnya. Tapi kenapa lah tak cuba bagitahu mak bapak kita yang kita tak kesah. Tunjukkan pada mereka that you love them the way they are. Ouh ya, lagi satu, pasal pelajaran kita, sentiasa update dengan mereka. Time exam bagitahu mereka the details, hari ini subjek apa pukul berapa, even kalau mereka tak tahu benda itu pasal apa, bagitahu jugak. Kalau mereka tak boleh nak pronounce dengan betul, kau yang belajar tinggi-tinggi ni tolong ajar mereka pronounce, bila mereka lupa, ajar mereka berapa banyak kali pun, sampai mereka akan ingat. Dulu waktu kecil, waktu kau sememeh, sebut nama binatang pun pelat tergeliat lidah, berapa kali mereka ajar korang sampai boleh sebut dengan betul. Pengorbanan anda tak ada apa pun kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka. Kau jadi macam yang sekarang ini pun sebab adanya mak bapak kau. Kau belajar tinggi pun sebab mak bapak kau yang kau kata "kampung" itu. 




Okay, malas nak sambung. Emosi memuncak pulak. Ambil masa dan renung-renungkan. Ingat jasa dan pengorbanan mereka. Ni dah nak pergi luar negara pulak, spend time with them wisely. Takut apa-apa terjadi nanti, tak lah kau menyesal tak sudah.


"Saya anak kampung. Walau ibu bapa saya tak ada sijil yang tinggi-tinggi, tapi saya pasti mereka lebih bijak dan pandai daripada saya. Kepandaian tak diukur dengan sijil pun. Walau mak bapak saya tak kerja di bangunan yang tinggi melangit, tapi mereka mampu sediakan kelengkapan saya setanding dengan orang yang kerja tinggi-tinggi. Saya pada hari ini adalah hasil daripada pahit jerih mak bapak saya besarkan saya. Saya sayang mereka seadanya."




Sekian. Ma'assalamah.


p/s: Cooking class dah nak bermula. Ada idea tak resepi apa yang patut dicuba untuk seorang beginner ?


4 comments:

  1. assalam sol,terima kasih atas peringatan.tak sedar pun benda macam ni terjadi tp peranan anak sgt besar lah kot untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ini lebih kepada peringatan sendiri. Tempelak pun, untuk diri sendiri. Biar tak lupa daratan.

      Apa-apa pun jangan buat ibu bapa rasa kecil, atau jangan biarkan wujudnya situasi yang membuat ibu bapa rasa kecil sebab kita tak nak jadi orang yang lupa daratan dan kita juga tak nak ibu bapa kita jauhkan diri daripada kita.

      Delete
  2. Assalamualaikum Sol,
    Perkongsian yang sangat bermakna .. :)

    Btw, belajar memasak? Try Masak lemak cili api, xpun Sambal Sardin.. Plg low pun.. Spgthi Goreng! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      Semua macam rumit dan kompleks je. hehe. daripada spageti goreng, lagi senang spageti rebus pastu sapu dgn prego... hehe

      Delete