Monday, July 23, 2012

Ramadhan Buat Saya Cepat Marah

-Radio Ikim.fm
-23/7/2012  11.00 am
-Dalam kereta


Bismillahirrahmanirrahim...




Woah. Tajuk meletup semacam. Haha. Aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat sambil bawa kereta ke kedai pagi tadi. Channel Ikim ni, waktu-waktu dalam pukul 10 ke 11 lebih best sikit. Ada penceramah jemputan macam hari itu Ikim jemput Dr. Muhaya. Tajuk yang diambil semuanya mantop-mantop. Ada cerita pasal depression, sains dan islam, kejadian manusia, adab suami isteri dan macam-macam lagi. Tajuk yang diambil sangat luas skopnya. Dah alang-alang aku ke kedai waktu-waktu ini, dapat lah dengar tiap-tiap hari. Ouh ya, waktu aku balik dari kedai pun ada slot yang menarik juga. Dalam pukul 6 macam itu. Beberapa hari ini the slot was fully in English. Semuanya speaker dari luar, bukan Malaysia. Hari itu ada Arab kut. 



Hari itu dalam perjalanan nak ke kedai, waktu tengah khusyuk-khusyuk dengar perkongsian ilmu itu, the most clich√© and typical-malay-drama-thingy berlaku dekat aku. Tergelak aku sekejap. Okay ini selingan je. Tengah gigih mendaki bukit itu dengan kereta yang tak berapa nak pick-up itu, tasbih yang tergantung kat cermin itu... terburai ! Jatuh berbutir-butir dalam kereta. Dalam hati aku, kalau ada background music, lepas tu aku buat ekspresi muka ala-ala sinetron mesti saspens habis. Lepas tu, terfikir benda yang bukan-bukan. Hmmmm... Moral of the story, tak payah lah percaya benda-benda macam ini. Khurafat tau. Asal cermin dekat rumah retak bersepai je, esok lusa mesti bapak mati accident, asal jari tercucuk dengan jarum waktu nak menjahit je, malam nanti mak dekat kampung kena heart attack. Toksah ler.




Okay, dah berbalik kepada perbincangan.


Ustaz penceramah yang tak sempat aku nak tahu namanya itu, cakap manusia ini terbentuk daripada beberapa unsur. Antaranya akal, nafsu, hati, badan dan lain-lain. Jadi bulan Ramadhan ini merupakan satu medium yang terbaik untuk tarbiyah
SEMUA unsur-unsur itu. Tawaran terhebat ini 4 in 1.




1. Tarbiyah Akal:




Di waktu Ramadhan inilah kita dapat berfikir secara rasional sikit. Kalau bulan-bulan biasa tu, dah lah dipujuk dek nafsu lepas tu dibisik pula oleh syaitan. Jadi, inilah waktunya untuk mendidik akal kita supaya membiasakan minda berfikir dan bertindak secara rasional. Contohnya, kata ustaz tu, kalau bulan biasa ada mat rempit yang mencilok depan kereta kita, mulut dah sumpah seranah dah, tangan dah tekan-tekan hon macam main playstation dah. Tapi waktu bulan Ramadhan, nak memaki hamun takut kurang pahala puasa jadi akal akan tertarbiyah untuk bersangka baik. Ouh, mungkin mak dia dekat rumah kena heart attack lepas tercucuk jarum tadi, atau mungkin dia dah lambat nak ke tempat kerja. Lepas tu, berdoa pula untuk kesejahteraan mat rempit tersebut.




"Ya Allah, engkau selamatkanlah perjalanan mat rempit tersebut" atau


"Ya Allah, engkau berikanlah hidayah kepada mat rempit tersebut agar ingat akan orang yang tersayang" atau



"Ya Allah, kalau gedebuk itu baik untuk beliau, kau gedebuk kan lah dia"


Haa... kan positif dan optimis sikit. InsyaAllah cara pemikiran yang Husnu zon yang macam inilah yang akan dibawa keluar daripada Madrasah Ramadhan.





2. Tarbiyah Hati:




Fitrah sesebuah kejadian manusia itu, memerlukan Tuhan dan agama. Roh yang ada dalam tubuh badan kita ini, perlukan iman dan Islam. Bukankah sebelum kita dilahirkan, kita dah berjanji dengan Allah. Lepas tu, Ustaz ni cerita kan pengalaman dia sewaktu dia Russia. Kata nya di negara komunis itu diharamkan beragama, makanya rakyat-rakyat negara itu jadi lah atheist. So, pada suatu hari, selepas dia membentangkan kertas kerja dia, Ustaz itu was approached by a Russian lecturer. Pensyarah itu pun bertanya dekat Ustaz itu,


"Dah lama-lama kau duduk di Russia ini, apa pandangan kau tentang belia di Russia ini"

Balas Ustaz tu, "Secara jujurnya, akhlak mereka sangat teruk. Gejala sosial merata-merata. Yang bercumbu-cumbuan dan berasmaradana bersepah-sepah di subway, taman bunga, tepi jalan"



Respon spontan pensyarah tersebut, "Betul lah itu. Kami tidak ada agama. Lain lah macam di Malaysia, Islam menjaga penganutnya"

Nak cakap dekat sini, secara spontan nya sebenarnya pensyarah tersebut mengakui kebenaran Islam dan sangat-sangat terdesak untuk beragama, mempunyai Tuhan dan hidup berperaturan. Fitrahnya, kita dijadikan sebegitu. Jadi janganlah menolak fitrah. Bulan Ramadhan ini, adanya solat Tarawikh yang 20 rakaat supaya kita dekatkan diri kepada Allah. Kita didik hati kita untuk mendekati Allah. Dari satu rakaat ke satu rakaat yang berpuluh-puluh itu, kita diberi peluang untuk membetulkan hati kita. Kalau 4 rakaat tak mampu betulkan, ada 16 rakaat lagi, kalau sehari tak cukup ada 29 hari lagi. Jadi jom kita ketuk-ketuk hati kita di bulan ini.
Ketuk-ketuk Ramadhan !




3. Tarbiyah Badan:




Katanya, Ramadhan ini mengkoreksi cara pemakanan kita yang sebelum ini terlebih gula, terlebih garam, terlebih seafood sampai diabetes mellitus, hypertension, gout dan sebagainya. Time inilah nak menunjukkan kalau kurang gula pun boleh je hidup, tak ada garam dari pagi ke petang pun boleh je bernafas. Lagi satu, waktu inilah nak membetulkan waktu makan kita yang dah berterabur sepanjang tahun. Breakfast pukul 12, tengah-tengah malam makan nasi berlauk kari kepala ikan 2 pinggan dan macam-macam contoh realiti kehidupan. Ouh ya, rokok pun begitu. Okay je, tak merokok sepanjang hari. Ini nak membuktikan kalau ada kezaman boleh berhenti merokok bila habis Ramadhan nanti. Tapi kalau amalkan "Rokok bersama orang-orang yang merokok instead of ruku' bersama orang yang ruku' " Habislah ! hehe. InsyaAllah, berhentinya merokok itu untuk kebaikan badan dan ekonomi diri. 




4. Tarbiyah Nafsu:




Ustaz itu kata, Ramadhan itu tak membina kesabaran tapi sebaliknya mencabar kesabaran yang ada. Di waktu-waktu kelaparan dan kehausan inilah nafsu kita memuncak-muncak. Waktu inilah nafsu yang terkunci dalam diri menyinga keluar. Bak kata Ustaz mak tak hidang juadah berbuka lagi terus mengamuk, lepas tu marah pak bilal tak azan-azan lagi sebab kurma dah dekat tangan, walaupun lagi 15 minit baru nak berbuka. Inilah yang aku cuba nak sampaikan dekat tajuk post ini. Ada lah jugak semalam dan kelmarin, hati nak mengamuk je bila mak aku minta tolong tanak nasi. Balik dari kedai, badan pun penat lesu, hati apa lagi memberontak lah tapi nasib baik baru nak terpacul macam-macam hati teringat, aku kan sedang berpuasa lepas itu cepat-cepat beristighfar. So, kiranya kita ini, dalam bulan Ramadhan, kesabaran kita dicabar. Bila dicabar barulah kita dpaat tahu tahap kesabaran kita, barulah meningkat kesabaran kita, ye dak? hehe.







Inilah yang sempat aku dengar. Sebab masuk-masuk kereta je dah separuh program, keluar dari kereta pulak tak habis lagi program. Jadi yang masuk ke kepala saja lah yang aku kongsi ea? Salah silap minta ampun. Sehingga ketemu lagi. :)




p/s: I'm still working on WOW Day 2. Terlampau banyak yang nak di cerita. Kena sort the info dulu.


3 comments:

  1. mak suruh tanak nasi pun nak marah..ish2!haha..

    ReplyDelete
  2. okay memang nampak lame. tapi time tu penat lah. jiwa kacau sikit. haha

    ReplyDelete
  3. ye ye je aman komen... blog takpe post pape pun.... :P hahaha

    ReplyDelete