Friday, July 20, 2012

Bekalan Untuk Muslimah #1


-Khutbah Jumaat "Di Ambang Ramadhan"
-Masjid Jalan Kebun
-20/7/2012 bersamaan 30 Syaaban 1433

Bismillahirahmanirrahim.

Jam 1.15 tengahari, cuaca sangat terik. Nasib baik esok baru bermula puasa, so dapat lagi aku teguk air sebelum bergerak ke masjid. Alhamdulillah, bila sampai masjid, khutbah tak mula lagi, azan pun belum. Selesai solat sunat tahyatul masjid, sunat qabliah dan berniat i'tikaf, khutbah pun bermula.


Bila khatib cakap "Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bika Ya Ramadhan!", rasa terkesima sekejap. Ramadhan yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. InsyaAllah dalam lagi satu jam doa yang kita selalu amalkan, 


“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah hidup kami menempuh bulan Ramadhan” 


akan dimakbulkan. Masuk lah kita ke dalam madrasah Ramadhan. Alhamdulillah.


Tapi yang paling super duper best nya, inilah tahun pertama aku akan berpuasa sepenuhnya di rumah, lepas tu tak ada kerja sekolah atau bahasa mahasiswa nya assignment, tak ada exam atau peperiksaan yang menunggu, yang tinggal cuma keputusan a-level yang akan menentukan hala tuju masa depan aku. Perfect ! Waktu yang sangat sempurna untuk berdoa dan bertawakkal. Oh, lagi satu, tidak ada alasan untuk tak berterawih penuh dan berqiamullail. Jadi jom kita cabar diri untuk memaksimakan ibadah kita !


Back to the khutbah, 


Lepas tu, khatib menceritakan satu riwayat berkenaan kuliah lepas Maghrib yang pernah Rasulullah sampaikan pada akhir bulan Syaaban. Kuliah itu dicatatkan oleh Ibn Huzaimah dalam Sohih Ibn Huzaimah. Dalam kuliah itu Nabi Muhammad s.a.w menceritakan kelebihan bulan Ramadhan dan betapa istimewanya bulan Ramadhan ini berbanding bulan-bulan yang lain. 


Pertama : Lailatul qadar. Satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik dari seribu bulan. Jadi moh le kita semua jadi "Lailatul qadr's hunter". Berjaga tiap-tiap malam untuk memburu malam special ini. 
  

Kedua : Kesabaran. Masa inilah kita nak boost up tahap kesabaran kita. Bermacam-macam dugaan diturunkan Allah untuk hambaNya, tak boleh makan, minum, "bermanja-manjaan dengan isteri/suami" dan cabaran yang paling besar ialah menjaga telinga, mata, mulut dari perkara-perkara lagha dan maksiat. Senang cerita ujian itu ada 24/7 lah. 


Ketiga : Pahala 70 kali ganda. Sesiapa yang melakukan perkara kebaikan  pada bulan ini dia akan mendapat pahala tujuh puluh kali ganda amalan fardhu yang dibuat pada bulan-bulan lain.


Keempat : Bulan kebajikan. Sesiapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa ia akan 
mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, walaupun sekadar bersedekah seteguk air atau sehirup susu. So, lepas ini, alang-alang membeli-belah kat bazaar itu, beli lebih sikit and on the way back, singgah ke surau dan masjid terdekat dan sedekah kat pak bilal dan tok siak. Tak dapat banyak sikit jadi lah. karipap 3-4 ketul pun okay asalkan ikhlas. :) 



Kelima : Dipermulaan bulan Ramadhan adalah rahmah atau belas  kasihan daripada Allah, dipertengahannya pula keampunan dan maghfirah,  bahkan dipenghujungnya bebas dari api neraka. Peluang keemasan untuk semua Muslimin dan Muslimat.



Alhamdulillah. Banyak peluang yang nak direbut. Jadi janganlah jadi macam dalam hadis ini :

“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak 
mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar 
dan dahaga sahaja”


So, lepas ni, kalau dah rasa agak-agak penat, putus asa, (especially di pertengahan atau akhir Ramadhan) ingat sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Tidur orang yg berpuasa diberi pahala sebagai 
ibadah, diamnya sebagai  sedang bertasbih, balasan 
pahalanya berlipat ganda, doanya diperkenan dan 
dosanya pula diampun”                    
(Riwayat al-Baihaqi)


Akhir cerita, JOM MERIAHKAN RAMADHAN kali ini dengan ibadah-ibadah fardhu dan sunat. Sampai sini dahulu, dah mati akal dah. Maasalamah. 





No comments:

Post a Comment