Monday, July 23, 2012

Ramadhan Buat Saya Cepat Marah

-Radio Ikim.fm
-23/7/2012  11.00 am
-Dalam kereta


Bismillahirrahmanirrahim...




Woah. Tajuk meletup semacam. Haha. Aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat sambil bawa kereta ke kedai pagi tadi. Channel Ikim ni, waktu-waktu dalam pukul 10 ke 11 lebih best sikit. Ada penceramah jemputan macam hari itu Ikim jemput Dr. Muhaya. Tajuk yang diambil semuanya mantop-mantop. Ada cerita pasal depression, sains dan islam, kejadian manusia, adab suami isteri dan macam-macam lagi. Tajuk yang diambil sangat luas skopnya. Dah alang-alang aku ke kedai waktu-waktu ini, dapat lah dengar tiap-tiap hari. Ouh ya, waktu aku balik dari kedai pun ada slot yang menarik juga. Dalam pukul 6 macam itu. Beberapa hari ini the slot was fully in English. Semuanya speaker dari luar, bukan Malaysia. Hari itu ada Arab kut. 



Hari itu dalam perjalanan nak ke kedai, waktu tengah khusyuk-khusyuk dengar perkongsian ilmu itu, the most cliché and typical-malay-drama-thingy berlaku dekat aku. Tergelak aku sekejap. Okay ini selingan je. Tengah gigih mendaki bukit itu dengan kereta yang tak berapa nak pick-up itu, tasbih yang tergantung kat cermin itu... terburai ! Jatuh berbutir-butir dalam kereta. Dalam hati aku, kalau ada background music, lepas tu aku buat ekspresi muka ala-ala sinetron mesti saspens habis. Lepas tu, terfikir benda yang bukan-bukan. Hmmmm... Moral of the story, tak payah lah percaya benda-benda macam ini. Khurafat tau. Asal cermin dekat rumah retak bersepai je, esok lusa mesti bapak mati accident, asal jari tercucuk dengan jarum waktu nak menjahit je, malam nanti mak dekat kampung kena heart attack. Toksah ler.




Okay, dah berbalik kepada perbincangan.


Ustaz penceramah yang tak sempat aku nak tahu namanya itu, cakap manusia ini terbentuk daripada beberapa unsur. Antaranya akal, nafsu, hati, badan dan lain-lain. Jadi bulan Ramadhan ini merupakan satu medium yang terbaik untuk tarbiyah
SEMUA unsur-unsur itu. Tawaran terhebat ini 4 in 1.




1. Tarbiyah Akal:




Di waktu Ramadhan inilah kita dapat berfikir secara rasional sikit. Kalau bulan-bulan biasa tu, dah lah dipujuk dek nafsu lepas tu dibisik pula oleh syaitan. Jadi, inilah waktunya untuk mendidik akal kita supaya membiasakan minda berfikir dan bertindak secara rasional. Contohnya, kata ustaz tu, kalau bulan biasa ada mat rempit yang mencilok depan kereta kita, mulut dah sumpah seranah dah, tangan dah tekan-tekan hon macam main playstation dah. Tapi waktu bulan Ramadhan, nak memaki hamun takut kurang pahala puasa jadi akal akan tertarbiyah untuk bersangka baik. Ouh, mungkin mak dia dekat rumah kena heart attack lepas tercucuk jarum tadi, atau mungkin dia dah lambat nak ke tempat kerja. Lepas tu, berdoa pula untuk kesejahteraan mat rempit tersebut.




"Ya Allah, engkau selamatkanlah perjalanan mat rempit tersebut" atau


"Ya Allah, engkau berikanlah hidayah kepada mat rempit tersebut agar ingat akan orang yang tersayang" atau



"Ya Allah, kalau gedebuk itu baik untuk beliau, kau gedebuk kan lah dia"


Haa... kan positif dan optimis sikit. InsyaAllah cara pemikiran yang Husnu zon yang macam inilah yang akan dibawa keluar daripada Madrasah Ramadhan.





2. Tarbiyah Hati:




Fitrah sesebuah kejadian manusia itu, memerlukan Tuhan dan agama. Roh yang ada dalam tubuh badan kita ini, perlukan iman dan Islam. Bukankah sebelum kita dilahirkan, kita dah berjanji dengan Allah. Lepas tu, Ustaz ni cerita kan pengalaman dia sewaktu dia Russia. Kata nya di negara komunis itu diharamkan beragama, makanya rakyat-rakyat negara itu jadi lah atheist. So, pada suatu hari, selepas dia membentangkan kertas kerja dia, Ustaz itu was approached by a Russian lecturer. Pensyarah itu pun bertanya dekat Ustaz itu,


"Dah lama-lama kau duduk di Russia ini, apa pandangan kau tentang belia di Russia ini"

Balas Ustaz tu, "Secara jujurnya, akhlak mereka sangat teruk. Gejala sosial merata-merata. Yang bercumbu-cumbuan dan berasmaradana bersepah-sepah di subway, taman bunga, tepi jalan"



Respon spontan pensyarah tersebut, "Betul lah itu. Kami tidak ada agama. Lain lah macam di Malaysia, Islam menjaga penganutnya"

Nak cakap dekat sini, secara spontan nya sebenarnya pensyarah tersebut mengakui kebenaran Islam dan sangat-sangat terdesak untuk beragama, mempunyai Tuhan dan hidup berperaturan. Fitrahnya, kita dijadikan sebegitu. Jadi janganlah menolak fitrah. Bulan Ramadhan ini, adanya solat Tarawikh yang 20 rakaat supaya kita dekatkan diri kepada Allah. Kita didik hati kita untuk mendekati Allah. Dari satu rakaat ke satu rakaat yang berpuluh-puluh itu, kita diberi peluang untuk membetulkan hati kita. Kalau 4 rakaat tak mampu betulkan, ada 16 rakaat lagi, kalau sehari tak cukup ada 29 hari lagi. Jadi jom kita ketuk-ketuk hati kita di bulan ini.
Ketuk-ketuk Ramadhan !




3. Tarbiyah Badan:




Katanya, Ramadhan ini mengkoreksi cara pemakanan kita yang sebelum ini terlebih gula, terlebih garam, terlebih seafood sampai diabetes mellitus, hypertension, gout dan sebagainya. Time inilah nak menunjukkan kalau kurang gula pun boleh je hidup, tak ada garam dari pagi ke petang pun boleh je bernafas. Lagi satu, waktu inilah nak membetulkan waktu makan kita yang dah berterabur sepanjang tahun. Breakfast pukul 12, tengah-tengah malam makan nasi berlauk kari kepala ikan 2 pinggan dan macam-macam contoh realiti kehidupan. Ouh ya, rokok pun begitu. Okay je, tak merokok sepanjang hari. Ini nak membuktikan kalau ada kezaman boleh berhenti merokok bila habis Ramadhan nanti. Tapi kalau amalkan "Rokok bersama orang-orang yang merokok instead of ruku' bersama orang yang ruku' " Habislah ! hehe. InsyaAllah, berhentinya merokok itu untuk kebaikan badan dan ekonomi diri. 




4. Tarbiyah Nafsu:




Ustaz itu kata, Ramadhan itu tak membina kesabaran tapi sebaliknya mencabar kesabaran yang ada. Di waktu-waktu kelaparan dan kehausan inilah nafsu kita memuncak-muncak. Waktu inilah nafsu yang terkunci dalam diri menyinga keluar. Bak kata Ustaz mak tak hidang juadah berbuka lagi terus mengamuk, lepas tu marah pak bilal tak azan-azan lagi sebab kurma dah dekat tangan, walaupun lagi 15 minit baru nak berbuka. Inilah yang aku cuba nak sampaikan dekat tajuk post ini. Ada lah jugak semalam dan kelmarin, hati nak mengamuk je bila mak aku minta tolong tanak nasi. Balik dari kedai, badan pun penat lesu, hati apa lagi memberontak lah tapi nasib baik baru nak terpacul macam-macam hati teringat, aku kan sedang berpuasa lepas itu cepat-cepat beristighfar. So, kiranya kita ini, dalam bulan Ramadhan, kesabaran kita dicabar. Bila dicabar barulah kita dpaat tahu tahap kesabaran kita, barulah meningkat kesabaran kita, ye dak? hehe.







Inilah yang sempat aku dengar. Sebab masuk-masuk kereta je dah separuh program, keluar dari kereta pulak tak habis lagi program. Jadi yang masuk ke kepala saja lah yang aku kongsi ea? Salah silap minta ampun. Sehingga ketemu lagi. :)




p/s: I'm still working on WOW Day 2. Terlampau banyak yang nak di cerita. Kena sort the info dulu.


Sunday, July 22, 2012

WOW Day 1

-Wonderful Overseas Weekend (WOW)
-Day 1 (13/7/2012)
-UPM, Serdang


Bismillahirrahmanirrahim...







Atas permintaan seorang sahabat aku ini, Haqimi, yang kehilangan nota WOW, terpanggillah aku untuk type, summarize dan catat nota-nota WOW dalam diari ini.




"Baguslah Qimi kau hilang note tu, kalau tak aku pun tak start blog ni. InsyaAllah the knowledge will last longer bila aku abadikan nota-nota ini di alam maya daripada simpan dalam fail yang hampir renyuk tu. haha."



For those who doesn't have a clue about WOW, this video may explain a bit about this programme in the most awesome, cool, short, simple and yet professional. 





*SPOILER ALERT : aku baru nak cerita Day 1, tapi video ini dah merumuskan sampai habis*



Haa... WOW ini sebenarnya a pre-departure programme organised by the seniors for their juniors. Ianya melibatkan semua aspek kitaran hidup seorang mahasiswa luar negara daripada lokasi universiti, pengangkutan, penempatan, masjid, tempat makan sampailah fiqh-fiqh yang perlu diamalkan dalam situasi-situasi tak terjangka. Best tak? Best kan. Rugi tak pergi.



Awal-awal pagi hari Jumaat itu, aku bertolak ke KTM Klang, tangan sentiasa pegang phone, kut-kut ada sesiapa text or call nak tanya dekat mana. Malam itu pun nak puas ber-skype dengan Aman bincang-bincang pasal WOW, nak bawa apa, nak gerak pukul berapa, nak makan dekat mana. haha. Sepanjang perjalanan itu, asal nampak remaja-remaja yang  pakai jubah je, hati mesti terdetik "Oh, ini mesti nak ke WOW" asal nampak yang bertudung labuh je "Sah, nak berkumpul dekat WOW", asal nampak yang berketayap je "Kalau tanya ni, mesti cakap akan ke WOW". Nak cerita betapa terujanya waktu itu, sampai ke mana pun asyik nampak WOW. haha.




Oh, the best part was when we (Qimi and I) were heading to Masjid Jamek for Jumaat prayer. Subhanallah, ramainya manusia, berpusu-pusu ke masjid. Dalam masjid pun tersangatlah padat sampai every single spot, eh correction, every single shaded spot was fully occupied, hatta bayang-bayang halus sebatang pokok kelapa sekalipun ada 3 orang berbaris dekat belakang itu. Cuaca pulak panas terik membahang. Lastly, kami sembahyang atas tikar (nasib baik ada tikar), di bawah sinaran sang suria. Kulit rasa macam nak terbakar, tapi pujuk hati kata ini sebahagian daripada kafarah dosa. But somehow, the feeling was very different when compared to the solat that I performed dalam masjid yang ber-air cond dan berkipas. At that moment, I felt that we, humans, are nothing compared to Allah, rasa sangat rendah dan tak berkuasa. Memang lain sangat. So, I guess it is not a bad idea at all for us to try, once in a while, performing solat in an extreme and unique environment. 


Dipendekan cerita, sampai-sampai saja kami ke UPM, terus mendaftar bilik, dapat sebilik dengan Aman. Memandangkan bilik di Kolej Kalui itu boleh tahan luasnya, kami sumbat je 3 orang satu bilik, heret tilam masing-masing masuk dalam itu. Baru meriah sikit. Lepas Asar ada sesi pembahagian kumpulan dan sedikit taaruf dalam kumpulan. Main ping pong berjemaah, barulah terjalin ukhuwah. Dari situ lah kenal dengan mahasiswa-mahasiswa dari merata pelosok Malaysia dan bidang-bidang yang berlainan dari perubatan. Mathematics ! Bidang yang rare entah ada tak ada dekat Intec. Berkembang sikit minda budak-budak Intec bila dapat bersosial dengan orang lain course ni.


Selepas Isya', bermulalah Wisewords 1, talk daripada penceramah-penceramah terkemuka dan yang pernah belajar atau bekerja di luar negara. Jadi semua nya fresh dari pengalaman masing-masing. 



 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-Wisewords 1 - Islam Heritage or Choice
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil






Ceramah dimulakan dengan bertanya respon peserta-peserta program, dari situ ada yang nampak bersemangat, ada yang kedengaran nya bersemangat, tak kurang juga yang 'bersemangat'. Dapatlah jugak satu fakta dari Ustaz Hasrizal yang aku rasakan sangat berguna kalau-kalau esok lusa nak bagi talk dekat ratusan audiens. Bila seseorang individu itu memberi respon sebenarnya hanya 10% sahaja dari perkataan, 30% daripada intonasi dan selebihnya daripada bahasa tubuh badan. 


10% - Words
30% - Intonation 
60% - Body Language


So, kalau suara je bersemangat tapi badan melentuk atau nada sarkastik semacam je, ada lah yang tak kena tu. Penceramah kena lah cepat-cepat bertindak untuk boost up the mood. 


Kata Ustaz Hasrizal, sebelum nak ke luar negara, pelajar-pelajar sangat sangatlah perlu untuk mengenal pasti objektif mereka ke luar negara. Nak merasa Sonata Musim Salju? Nak merebut peluang melihat negara orang? Nak kenali budaya Mat Salleh? Nak melepaskan diri daripada kekangan keluarga? Nak ambil segulung ijazah? Nak penuhi hasrat ibu bapa? Nak menuntut ilmu dan mengembangkan syiar Islam? Terpulang. Soal hati ini bukan boleh dipaksa, kita sendiri yang kena lentur.


Kata Ustaz Hasrizal lagi, sebelum diri itu nak menjejak kaki ke tanah orang. Wajib! Tidak boleh tidak, mesti kena upgrade ilmu. Dalami ilmu agama yang ada, banyakkan bacaan dan libatkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Contoh yang diberi kepada kami waktu itu, takkan lah nak solat diumur 20 tahun tapi masih berbekalkan ilmu Darjah 2. Sewaktu Darjah 2 itu, kita belajar the basic things about solat, tapi bila kita meningkat dewasa ini kena lah sentiasa update kan diri dengan ilmu yang tak pernah kita tahu. Cari yang mana Sunat ab'ad yang mana hai'at yang mana khilaf ulama', apa yang hadis yang dirujuk, ayat al-quran mana yang dirujuk, macam mana ulama'-ulama' itu boleh come out dengan keputusan sebegitu. SubhanaAllah, waktu itu rasa tertusuk sangat hati yang tak berapa nak bersih ini. Banyaknya ilmu yang nak kena dalami, banyaknya nak cover zaman-zaman jahiliah muda-mudi dulu. Harap-harap lah aku mampu. Cara-cara nak upgrade ilmu ini ialah dengan banyak mempersoalkan sesuatu perkara itu.





"Kamu belum betul-betul beriman sehingga kamu sudah mempersoalkan keimanan kamu" -Abu al-Hassan al-Asy'ari- 



Kalau kita sendiri takut nak mempersoalkan keimanan kita, kalau kita takut nak berbincang pasal agama-agama lain, bukankah itu menandakan ilmu kita cetek, iman kita rapuh, kita akan goyah bila diserbu dengan persoalan-persoalan daripada penganut agama-agama yang lain. Inikah ilmu yang nak dijadikan pegangan di luar negara nanti, silap-silap hanyut di sana nanti. Aku pun tertunduk-tunduk mengiyakan, dekat Malaysia yang majoritinya Muslim pun aku macam ini, kalau dekat sana nanti. Nauzubillah. Kena buat sesuatu ini. Jom ! Jom!
Okay, ini ada satu cerita best ini. Jemputlah baca. hehe.




"Al-kisahnya dekat satu negara yang tak tahu entah dekat mana sekarang ini, ada seorang pahlawan yang sangat hebat. Semua raksasa dibunuh, tutup mata pun boleh. Bila dia mati, rakyat-rakyat jelata pun berbondong-bondong datang bina tugu dia dekat tengah-tengah bandar. Pada suatu hari ada seekor gagak datang bertenggek betul-betul atas kepala patung itu. Elok je burung itu nak terbang, dia pun melepas, setepek kena kepala patung pahlawan yang gagah perkasa katang badang six pack itu. Apa patung itu boleh buat? Pasrah je lah."




ILUSI VS REALITI


Itulah bezanya antara ilusi dan realiti. Si gagak itu realiti dan patung pahlawan itu ilusi. Macam itu lah situasi umat Islam dan kaum Yahudi hari ini. Kaum Yahudi itu realiti sebab kalau kita teliti ayat-ayat al-quran, apa yang diceritakan di dalamnya masih relevan dengan kaum mereka sekarang ini. Tapi umat Islam? samakah dengan umat Islam yang diceritakan dalam Quran? Semuanya hanya tinggal ilusi dan lagenda.




"Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam"-Muhammad Abduh-


Persoalan yang dilontarkan oleh Ustaz yang betul-betul buat aku rasa terpaku, terkesima adalah :




"Cuba kita bandingkan antara Jepun dan Malaysia. Apa point yang boleh kita gunakan untuk menarik minat mereka tentang Islam. Kita nak cerita pasal Surah al-Asr? Budaya menepati masa mereka jauuuuuuuuuh lebih baik daripada Muslim di Malaysia. Kita nak cerita pasal attitude dalam bekerja? Budaya tekun dan gigih mereka dalam kerja sangat keterhadapan daripada Muslim di Malaysia. Kesimpulannya mereka lebih Islam daripada Muslim sekarang ini. Etika-etika yang diajarkan oleh Islam dah lama diterapkan dalam komuniti mereka. Fikir-fikirkan"



Beralih ke topik perbincangan yang seterusnya. 




Sunnatullah VS Syariatullah



Perbincangan kami dimulakan dengan satu analogi,

Kebun Pak Haji:
  • Pak Haji seorang yang sangat warak, tiap-tiap hari qiam, dhuha, sembahyang di awal waktu, rawatib tak tinggal. Tiap-tiap pagi lepas Subuh, dia baca Quran dan lepas dhuha baru dia ke kebun. Sebelum cucuh benih tu dia baca doa'. Dalam pukul 12 dia dah balik sebab nak bersiap-siap untuk Zohor. Ada  hari yang sempat dia membaja ada hari yang tak. Ada hari yang dia sempat menyiram ada yang tak. Ouh ya. Keluasan kebunnya ialah 12km persegi, terletak di bahagian kanan kampung, menghadap kiblat dan sebelah Masjid. Betapa Islamiknya tanah kebun beliau bak kata Ustaz Hasrizal. 
  • Hasilnya: pokok hidup segan mati tak mahu.

Kebun Henry Middleton:
  • Henry ni seorang kaki judi, tiap-tiap hari berzina, rasuah pegawai-pegawai pertanian seminggu sekali. Senang cerita segala jenis maksiat dia buat. Tapi lepas Subuh, kata Ustaz, dengan tak mandinya air liur kering kat pipi, tahi mata kat hujung mata dia pergi ke kebun. Dia pastikan baja yang diberi cukup mineral dan nutrisi nya, pH of the soil is perfect, light and water availability tip top. Dalam pukul 1 baru dia balik ke rumah untuk sambung aktiviti maksiatnya. Keluasan kebunnya juga 12km persegi, tapi terletak di sebelah kiri kampung, membuntuti kiblat, sebelah rumah pelacuran.
  • Hasilnya: pokok hidup segar bugar shining brightly.


Kedua-duanya mengamalkan sekularisme. Bak kata Ustaz, sekularisme itu apabila mementingkan satu sahaja di antara melengkapi Syariatullah dan Sunnatullah. Pokok Pak Haji bagai bunga kembang tak jadi sebab dia tidak menepati Sunnatullah untuk tumbesaran pokok tersebut. Pokok memerlukan nutrisi dan mineral untuk tumbuh membesar. Pokok si Henry subur mekar sebab dia menuruti Sunatullah yang ditetapkan untuk pokok tersebut. Tapi duit hasil yang dia dapat mugkin tak berkat, keluarga tak tenteram, masalah menimpa tak henti-henti. Kesimpulannya, untuk menjadi Muslim produktif kedua-duanya mesti seimbang. Kita kena bertindak adil barulah bahagia dunia akhirat. Contoh paling mudah, makanan yang terbaik hendaklah Halal dan Toyib. 


Halal (disembelih dengan nama Allah, bukan daripada anjing atau babi dan campurannya) untuk menuruti Syariatullah dan Toyib (baik) (rendah kolestrol, cukup vitamin, kurang lemak). Haaa... barulah sihat walafiat.


To sum up, kita sebagai Muslim ada banyak lagi tanggungjawab yang tak tertunai, kita sendiri harus membuktikan kita adalah Muslim atas pilihan kita sendiri bukan warisan keluarga. Kalau kita sedar ianya adalah pilihan, kita tak akan merasa peraturan dan hukum yang ada sebagai kekangan. Sedikit kekangan itu perlu untuk membawa kesejahteraan. Kebebasan total hanyalah membawa musibah daripada kebahagiaan. Aku umpamakan macam main wau, kalau tak ada tali, wau itu dah hilang di bawa arus angin, tapi dengan adanya tali yang mengawal pergerakan, bila agak-agak dah nak terbang tanpa hala tuju je, ada tali yang mengongkong pergerakan wau itu. okay tak?


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya nak tulis sikit je, tapi terpanjang pulak. Sebahagian daripada isi kandungan talk tersebut ada yang diolah dan diubah sedikit mengikut kesesuaian dan kefahaman aku. Kalau ada salah minta tolong tolong tolong betulkan. Okay? Ini baru Day 1, insyaAllah akan disambung pada masa hadapan. Ma assalamah.
 
p/s: Qimi O.K ke K.O post aku?



     

Friday, July 20, 2012

Bekalan Untuk Muslimah #1


-Khutbah Jumaat "Di Ambang Ramadhan"
-Masjid Jalan Kebun
-20/7/2012 bersamaan 30 Syaaban 1433

Bismillahirahmanirrahim.

Jam 1.15 tengahari, cuaca sangat terik. Nasib baik esok baru bermula puasa, so dapat lagi aku teguk air sebelum bergerak ke masjid. Alhamdulillah, bila sampai masjid, khutbah tak mula lagi, azan pun belum. Selesai solat sunat tahyatul masjid, sunat qabliah dan berniat i'tikaf, khutbah pun bermula.


Bila khatib cakap "Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bika Ya Ramadhan!", rasa terkesima sekejap. Ramadhan yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. InsyaAllah dalam lagi satu jam doa yang kita selalu amalkan, 


“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah hidup kami menempuh bulan Ramadhan” 


akan dimakbulkan. Masuk lah kita ke dalam madrasah Ramadhan. Alhamdulillah.


Tapi yang paling super duper best nya, inilah tahun pertama aku akan berpuasa sepenuhnya di rumah, lepas tu tak ada kerja sekolah atau bahasa mahasiswa nya assignment, tak ada exam atau peperiksaan yang menunggu, yang tinggal cuma keputusan a-level yang akan menentukan hala tuju masa depan aku. Perfect ! Waktu yang sangat sempurna untuk berdoa dan bertawakkal. Oh, lagi satu, tidak ada alasan untuk tak berterawih penuh dan berqiamullail. Jadi jom kita cabar diri untuk memaksimakan ibadah kita !


Back to the khutbah, 


Lepas tu, khatib menceritakan satu riwayat berkenaan kuliah lepas Maghrib yang pernah Rasulullah sampaikan pada akhir bulan Syaaban. Kuliah itu dicatatkan oleh Ibn Huzaimah dalam Sohih Ibn Huzaimah. Dalam kuliah itu Nabi Muhammad s.a.w menceritakan kelebihan bulan Ramadhan dan betapa istimewanya bulan Ramadhan ini berbanding bulan-bulan yang lain. 


Pertama : Lailatul qadar. Satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik dari seribu bulan. Jadi moh le kita semua jadi "Lailatul qadr's hunter". Berjaga tiap-tiap malam untuk memburu malam special ini. 
  

Kedua : Kesabaran. Masa inilah kita nak boost up tahap kesabaran kita. Bermacam-macam dugaan diturunkan Allah untuk hambaNya, tak boleh makan, minum, "bermanja-manjaan dengan isteri/suami" dan cabaran yang paling besar ialah menjaga telinga, mata, mulut dari perkara-perkara lagha dan maksiat. Senang cerita ujian itu ada 24/7 lah. 


Ketiga : Pahala 70 kali ganda. Sesiapa yang melakukan perkara kebaikan  pada bulan ini dia akan mendapat pahala tujuh puluh kali ganda amalan fardhu yang dibuat pada bulan-bulan lain.


Keempat : Bulan kebajikan. Sesiapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa ia akan 
mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, walaupun sekadar bersedekah seteguk air atau sehirup susu. So, lepas ini, alang-alang membeli-belah kat bazaar itu, beli lebih sikit and on the way back, singgah ke surau dan masjid terdekat dan sedekah kat pak bilal dan tok siak. Tak dapat banyak sikit jadi lah. karipap 3-4 ketul pun okay asalkan ikhlas. :) 



Kelima : Dipermulaan bulan Ramadhan adalah rahmah atau belas  kasihan daripada Allah, dipertengahannya pula keampunan dan maghfirah,  bahkan dipenghujungnya bebas dari api neraka. Peluang keemasan untuk semua Muslimin dan Muslimat.



Alhamdulillah. Banyak peluang yang nak direbut. Jadi janganlah jadi macam dalam hadis ini :

“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak 
mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar 
dan dahaga sahaja”


So, lepas ni, kalau dah rasa agak-agak penat, putus asa, (especially di pertengahan atau akhir Ramadhan) ingat sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Tidur orang yg berpuasa diberi pahala sebagai 
ibadah, diamnya sebagai  sedang bertasbih, balasan 
pahalanya berlipat ganda, doanya diperkenan dan 
dosanya pula diampun”                    
(Riwayat al-Baihaqi)


Akhir cerita, JOM MERIAHKAN RAMADHAN kali ini dengan ibadah-ibadah fardhu dan sunat. Sampai sini dahulu, dah mati akal dah. Maasalamah.