Wednesday, October 24, 2012

Untuk Dia...



Bismillahirrahmanirrahim...




Lama sangat tak update blog ini. Hangat-hangat tahi ayam ke? InsyaAllah tak. Iman dah merosot? Boleh jadi. hehe. Banyak sangat yang lagha dan sedikit sangat yang 'berisi'. Terfikir juga bila lagi lah agaknya nak dapat peluang tadabbur sama-sama, berjaulah dan berdaurah di tengah-tengah hutan, tak pun duduk berusrah dalam kumpulan. Hmmm... Nasib baik ada bacaan al-Mulk via skype tiap-tiap hari, ada juga lah yang terisi selain perut yang dah mula naik isi. hehe. Sebenarnya aku masih sibuk mengadaptasi, secara fizikalnya, Alhamdulillah dah siap, secara dalaman nya masih ada yang berbaki. Nak kena cari balik momentum yang sepatutnya, nak nyalakan balik semangat yang kadang-kadang pudar, nak bulatkan semula matlamat dan tekad. Moga-moga dapat settle down secepat mungkin.


Sepatutnya, sambungan daripada post Salam Perantauan yang akan menyusul dulu, tapi bila difikir-fikir balik isu ini macam lagi best dikongsi daripada gambar-gambar overseas yang boleh membangkit jealousy. hehe.




Bila dah sampai dekat sini bermacam-macam jalan terbentang luas depan mata. Yang berturap, yang berlubang, yang berliku-liku, yang basah licin, yang gelap gelita, yang malap-malap cahaya, yang silau dengan panas matahari dan banyak lagi. Senang cerita macam-macam ada. Tinggal pilih yang mana berkenan. Untung langkah kanan dapat ganjaran, nasib langkah kiri dapat dugaan. =)


Memang seronok bila kita dapat penuhi rasa darah muda yang membuak-buak, dapat pegang "semangat adaptasi dunia baru" dan dapat gapai fasa kedewesaan yang nun jauh tinggi waktu dulu-dulu. Tanpa diminta kita pun melompat terjun menjunam daripada zon selesa ke zon yang ternyata memang lain 'feel'nya. Bagus ! Bukan senang nak dapat peluang macam ini. 


Kata orang, (Sila baca tulisan dalam gambar di bawah ini kuat-kuat)










Betul ! Betul ! Betul ! Jom kita melangkah keluar daripada zon selesa masing-masing. Jom kita cuba perkara-perkara baru yang kita sendiri tak tahu. Jom kita korban sedikit rasa malu dan rasa kematu untuk bangun dan bergerak ke tempat dan kedudukan yang baru. 


Cuma....

Untuk kita terus terjun tebing zon selesa itu tanpa peralatan yang lengkap, bagi aku, macam tindakan yang sangat melulu dan tak berapa nak waras. Sebab kita tak tahu tebing yang akan kita terjun ini dalam ke tidak (kut-kut bila dah lompat tak boleh nak panjat balik), gelap ke tidak (kut-kut bila dah gelap, kita mengagau mencapai benda yang tak sepatutnya), berbatu tajam ke tidak (takut nanti terluka susah nak sembuh) dan macam-macam lagi. Senang cerita, sebelum terjun pasti kan kita berpegang erat pada 'tali' yang satu, nanti agak-agak tersasar lompatan kita, cepat-cepat capai dan panjat balik tali itu. Sebelum nak lompat juga, duduk sebentar, tarik nafas dalam-dalam, fikir semula, untuk apa kita terjun ? Apa yang kita nak di akhir terjunan ini ? Untuk siapa kita lompat tebing ini ?


Untuk dia ? atau...


Untuk Dia ?




Kalau untuk dia, mungkin kita boleh simpan tenaga untuk melompat itu, kalau untuk Dia, dipersilakan. Lompat lah dengan sepenuh kudrat, semampu tenaga. InsyaAllah ada hasilannya. 


Okay, habis cerita zon selesa. Aku dah lompat belum, itu belakang cerita. Pernah juga tersalah lompat, nasib baik aku cepat-cepat panjat balik, so, lepas ini, kena berjaga-jaga sikit sebelum lompat.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pernah tak bila kita nak buat sesuatu, kita tanya pada diri kita, untuk siapa kita buat benda ini. Pernah tak dalam hidup kita, bila kita nak beli barang, kita tanya pada diri kita, atas tujuan apa kita beli barang ini. Pernah tak sepanjang umur kita, bila kita ditimpa musibah, kita tanya pada diri kita, pada siapa kita perlu rujuk, atas sebab apa kita diduga, untuk apa kita diuji sebegini dan sebagainya. 


Kadang-kadang kita perlu banyak bertanya pada diri kita, biar diri ini tidak mudah terlupa, hati ini tidak mudah terleka, jiwa ini tidak mudah alpa.

Okay, mungkin semua orang dah buat pun benda ini, aku je yang macam bajet bagus padahal jarang-jarang je buat. Lupa. Tak ingat. Alasan banyak sangat ! 


"Aku masak ayam masak lada hitam hari ini untuk Dia"

Okay, bukannya bermaksud kita masak pastu hidang untuk Dia. Tak tak. Kita masak untuk mencari keredhaanNya. Kita masak dengan niat menjalin dan mengerat ukhuwah sesama ahli rumah dan sebagainya. Kita masak dengan niat untuk mencipta sumber tenaga buat diri sendiri dan ahli rumah supaya masing-masing dapat beribadah kepadaNya. Masak supaya dapat solat ? Makan supaya dapat berzikir ? Itu sebahagian daripadanya. Belajar juga suatu ibadah. Mendengar isi kuliah itu juga ibadah. Membedah mayat atas nama mencari ilmu, itu juga ibadah. =)


"Aku bersihkan rumah hari ini untuk Dia"

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan" 

Cantik biar sedap mata memandang, kemas biar selesa dan kondusif untuk belajar, bersih biar dijauhkan daripada penyakit dan jangkitan. Senang cerita, niatkan perkara ini kerana Allah. Jadikan matlamat akhir sesuatu perkara itu Allah. Bila hati tenang, keadaan bersih, nak belajar, nak beribadah semua jadi senang. Biar lah sapi ke bebiri ke unta ke hatta kuda padi sekalipun yang dapat nama, itu tidak menjadi masalah. Bila kita buat kerana Allah, nama dan penghargaan daripada manusia dah tak membawa apa-apa. Dipuji, kita berterima kasih, dikeji, kita tak rasa tersisih. Masih ada yang sentiasa di sisi kita. Allah. Kalau kita buat sesuatu perkara dan letakkan pengharapan pada manusia, tidak dipandang tidak dipuji, kita akan kecewa, tapi dengan Allah, tidak akan wujud terma "terlepas pandang", tidak akan ada perkara yang tidak diberi balasan, tidak akan pernah kita terkecewa. =)





"Aku beli epal 6 biji ini sebagai amal jariah untuk Dia"

Duit. Selalu sangat menjadi masalah. Kalau tak ada pun menjadi masalah, kalau ada pun akan menjadi masalah. Ingat, duit itu bukannya suatu bentuk kebahagiaan. Nombor yang berjela-jela dalam akaun bank itu bukan suatu bentuk kebahagiaan. Duit yang berkepuk menebal dalam dompet itu juga bukan ciri-ciri kebahagiaan. Duit itu hanyalah sebagai alat untuk menuju kebahagiaan. Untuk bahagia kita perlu berbelanja pada perkara dan tempat yang sepatutnya. Setiap ringgit, euro, pound, dinar dan sebagainya jika kita infakkan pada jalan Allah, nescaya akan ada kebahagiaan sebagai tukarannya, InsyaAllah. Tapi ini bukan lah 'green light' untuk kita berbelanja sewenang-wenangnya tanpa memikirkan simpanan masa hadapan. Bukan. Ingat berjimat itu juga ibadah. =)


Bila aku cerita semua ini, adakah bermakna aku ini baik ? Tidak. 




Aku tak lah baik mana, banyak cacat cela, banyak dosa. Kalau nampak baik itu pun sebab Allah bantu tutup aib yang ada. Mohon doa untuk kita sama-sama mendapat rahmat dari-Nya. Dan moga-moga aktiviti-aktiviti kita lepas ini, kita sandarkan pada Yang Maha Esa. Ameen.


Semoga berjumpa lagi. Ma'assalamah.


p/s: Selasa depan aku ada quiz. Doakan aku berjaya menjawab dengan lancar dan sempurna. Banyak gila nak kena baca.

p/s/s: Takut tak sempat pulak. Selamat Aidiladha kepada semua. Ini kira salam perantauan jugak ke? hehe. =)

p/s/s/s: Thanks Mad for this song. Sejuk hati mendengar. hehe.

3 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T
    Sol! setelah sekian lama menyepi ye. :)
    TQ atas perkongsian entri yg sgt bermakna. Terkesan dengan bacaan dan perbaiki apa yg lemah. Thanks Sol. :)
    Selamat menyambut Aidiladha di perantauan. :)

    ReplyDelete
  2. Keep it up Sol...Happy Eid Adha from India esp for u....

    ReplyDelete
  3. salam.. sol, selamat hari raye.. hee.. ada nama aku dalam blog ko. yeah.. hee. same2.. aku pun amek dr blog org.. hee...

    ReplyDelete